Pada 21 Disember 2022 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, sebagai Pengerusi Felcra yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lalu, ditangguhkan.
Menurut Perdana Menteri, pelantikan semula itu sememangnya sudah dimaklumkan oleh Ahmad Zahid.
Pun begitu, beliau berkata, wujud kekeliruan berhubung lantikan politik dalam badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Saya tidak pernah menyatakan tidak boleh mana-mana pihak yang terlibat politik itu menjadi pengurusan tetapi mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan," katanya.
Beliau memberitahu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Dan hari ini..
KOTA BHARU: Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas ditangguhkan sebelum ini.Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang itu disambut tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir ke majlis tersebut.Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penangguhan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra.- UTUSAN
Hipokrit & penipu
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!