Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua kepada Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyerahkan notis tuntutan permohonan maaf terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Notis Tuntutan oleh Zainab, 56, itu dikeluarkan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, pada Khamis.
Difahamkan, ini merupakan kali pertama Zainab tampil kepada media melalui peguam untuk memberikan penjelasan dan mengambil tindakan terhadap Rafizi.
Berdasarkan notis tuntutan, Zainab yang juga ahli perniagaan mendakwa, Rafizi melalui beberapa laman sesawang dan media sosial yang dimiliki atau dalam kawalannya mengaitkan dirinya sebagai isteri kepada Dr Abd Latiff yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang didakwa terpalit kontroversi isu projek kapal tempur persisir (LCS).
NOTIS TUNTUTAN
Astro AWANI berkesempatan melihat notis tuntutan tersebut yang mengaitkan beberapa artikel dimuat naik di laman sesawang atau blog Rafizi Ramli bertarikh 22 Ogos hingga 23 Ogos dan 25 hingga 26 Ogos 2022 serta 1 November 2022 telah mendakwa Zainab adalah isteri kedua kepada Dr Abd Latiff.
Antara artikel disiarkan dalam laman sesawang atau blog Rafizi Ramli bertajuk ''Syarikat Palsu Dimiliki Keluarga Menteri', 'Dr. Latiff dan Zainab Memiliki Bersama Subkontraktor Projek Pertahanan Negara', 'Konon Bekal Alat Gantian, Tapi Boleh Beli Dekat Mydin, Latiff Belum Nafi Zainab (tarikh lahir 30 April 1967) Isteri Kedua Dia', 'Latiff Ahmad Perlu Saman Auditor, BHIC dan Saya' dan 'Rakan Niaga Latiff Ahmad Dinamakan Sebagai Penerima Bayaran Palsu Dalam Progek SGPV.
Dalam notis tuntutan tersebut juga mengaitkan satu video di aplikasi Tik Tok bertajuk 'Dari Jho Low ke Jhay Nab' yang mendakwa Zainab merupakan isteri kepada Dr Abd Latiff dan lahir pada 30 April 1967.
Peguam Zainab, Yusfarizal Yussoff berkata, anak guamnya mengambil keputusan untuk tampil menjelaskan perkara tersebut bagi membersihkan namanya.
Jelasnya, Facebook dengan akaun nama Rafizi Ramli yang membuat naik artikel-artikel berkenaan bertarikh 22 hingga 26 Ogos dan 1 November secara keseluruhan mendapat 60,200 tanda suka, dikongsikan 7,876 kali dan 8,658 komen, setakat tarikh pemfailan tuntutan itu.
"Twitter pula dengan akaun Rafizi Ramli yang menerbitkan artikel-artikel berkenaan juga mendapat keseluruhan 6,402 ciapan semula, 11,701 tanda suka dan 535 komen.
"Manakala video-video yang disiarkan di Tik Tok dengan akaun Rafizi Ramli berkaitan dengan anak guam kami turut mendapat 13,600 tanda suka, 1,114 komen dan 1,538 perkongsian serta 475 jumlah simpanan.
DOKUMEN 'REVIEW OF LCS.......PROGRAMME' BUKAN LAPORAN FORENSIK AUDIT
Tampil menjelaskan perkara tersebut Yusfarizal memaklumkan, anak guamnya menegaskan, artikel dan video yang dimuat naik itu adalah suatu pembohonan, tohmahan jahat dan penyelewengan yang direka berdasarkan fakta yang tidak sah serta dimanipulasi.
Jelasnya lagi, dokumen bertajuk 'Review of LCS....Programme' disediakan oleh Alliance bagi tujuan kegunaan dalaman syarikat BHIC adalah draf yang tidak ditandatangani dan bukan laporan forensik audit serta bukan bertujuan untuk disebar kepada orang awam.
Malah, katanya, beberapa muka surat di dalam dokumen tersebut juga telah digelapkan (redacted).
"Dokumen tersebut yang diaudit Alliance secara jelas mempunyai 'Notice to Reader' yang menyatakan mereka bergantung kepada representasi lisan dan dokumen diberikan pihak yang terlibat dengan isu terakit di mana Alliance tidak dapat menilai keesahan representasi diberikan.
"Oleh itu, kandungan di dalam dokumen tersebut menyatakan anak guam kami adalah isteri kepada Dr Abd Latiff adalah tidak benar dan dimanipulasi yang selanjutnya digunakan untuk memfitnah Zainab.
ZAINAB TIADA SUAMI / BEKAS SUAMI BERNAMA ABDUL LATIFF AHMAD
Yusfarizal yang bercakap bagi pihak Zainab berkata, anak guamnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan individu bernama Abdul Latif Ahmad.
"Anak guam kami tidak mempunyai suami atau bekas suami yang bernama Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad malah beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Dr Abd Latiff sama ada secara peribadi atau secara profesional," jelasnya.
"Ia secara jelas menfitnah anak guam kami dan merendah-rendahkan maruahnya di mata masyarakat sekali gus menjejaskan reputasinya dalam kapasiti peribadi atau profesional," tambah beliau.
KENYATAAN RAFIZI DIKELUARKAN MENJELANG PRU15
Yusfarizal menambah, Zainab mendakwa, tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah itu berniat jahat dan didorong oleh motif yang tidak wajar atau lebih sekadar satu sensasi bagi menjatuhkan reputasinya demi kepentingan peribadi atau politik.
"Ia dibangkitkan dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang jelas merupakan sebahagian daripada bahan kempen.
"Tiada sebarang pemeriksaan latar belakang secara teliti berkenaan identiti sebenar yang dikaitkan dengan Dr Abd Latiff dan bertindak secara melulu mendedahkan maklumat-maklumat sulit yang jelas mencerobohi hak peribadi anak guam kami.
ZAINAB BERI MASA 14 HARI KEPADA RAFIZI MOHON MAAF
Sehubungan itu, Yusfarizal menegaskan anak guamnya Zainab memberikan tempoh 14 hari kepada Rafizi untuk mengeluarkan aku janji untuk berhenti daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan kenyataan serupa terhadapnya.
"Rafizi juga dituntut mengeluarkan draf permohonan maaf dalam kenyataan media bagi tujuan penerbitan dan mencadangkan jumlah ganti rugi yang munasabah," ujarnya.
LATAR BELAKANG KES
Pada 1 September 2022, Dr Abdul Latiff dilaporkan membuat laporan polis terhadap Rafizi yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog dan menyiarkan semula di Facebook (FB), Twitter dan Tiktok.
Ia berkaitan kenyataan yang menyebut Dr Abdul Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS.
Pada 22 Ogos 2022, Dr Abd Latiff yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan dilaporkan menafikan wanita yang dikaitkan dalam siasatan projek LCS adalah isterinya.
Dr Abd Latiff dilaporkan berkata, beliau juga bersedia memberikan kerjasama penuh dengan siasatan pihak berkuasa terhadap isu itu.
Akhirnya Zainab Mohd Salleh Muncul, Nafi Dakwaan Isteri Ke-2 Dr Abdul Latiff..
byAnak Sungai Derhaka
-
16
Harap sotong siasat sebelum buat fitnah lain kali.
ReplyDeleteSeronok tibai belakang tanpa melihat perkara sebenar.
Macam membina formula yang buat rakyat marhaen mengharap.
Jika inilah bakal pengganti pmx agak keberatan rakyat bergantung harap.
Ego atau tidak si mangkuk kena tunduk jika bersalah sebelum dihukum oleh pencacai.
DeleteTerpulang kepada raja formula untuk memohon maaf.
DeleteKalau ego kena saman.
Kena saman memalukan kerajaan madani.
Memohon maaf adalah langkah terbaik tapi merosakkan reputasi sendiri.
Terpulanglah...
Hanya perlu pilih bijak dan bangang.
Sebab itulah kurang yakin dan percaya dengan mamat yang hebat berhujah dan berdebat.
Khasnya bab formula songsang.
Nampak bijak bila membangang. Jadi bangang bila berpeluang.
Di sebalik ego untuk menang akan penuh dengan tipu muslihat dan air kencing demi meyakinkan mahacai.
Pemimpin yang tidak berguna untuk rakyat.
Tiada sumbangan....
Wahai ahli UMNO,
ReplyDeleteSedarlah.
UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi.
Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
24 Mac 2023
Pssstt.. barua barua LeeKwanYew@DAP sudah bergadoh sesama barua LeeKwanYew@DAP.. Jom siapkan pop corn tambah dan kopi panas ...Lupo kan ajo proklaiminasi bangang kau tu
Haah Jommm orang Melayu' semua tepok tangan Dan layannnn..!
Majoriti rakyat dah tak pandang dan dengar sampah yang keluar dari mulut munafik atok.
DeleteHanya segelintir mahacai yang sekadar mengutip kata-kata sampah atok untuk memujuk hati sendiri.
Yang nyata bangkai adalah atok sendiri.
Berjuang bukan demi bangsa dan negara.
Berjuang hanya untuk keseinambungan kekayaan anak, waris, proksi dan kroni.
Kenyataan yang perit tapi melayu mudah lupa siapa sebenarnya atok.
Baru2 ini dlm video pc tun madey minta org ramai buktikan yg anak dia kaya.
DeleteDia juga kata anak2 dia tak ikut politik dan hanya tumpu pada bisnes.
Habis selama ini boboi botak tu anak siapa?
Anak luar nikah?
Anak angkat?
Adakah bekas mb kedah tu bukan ahli politik?
NYANYUK DAH KOT....
Mahdey nie bijak bermain dgn sentimen. Khasnya perkauman.
DeleteSejarah dia menjatuhkan tunku abdul rahman mggunakan sentimen perkauman sehingga teruk tar dibenci org melayu.
Hebat mahdey menjalankan fitnah sejak dulu hingga penghujung nyawanya. Kental dan bersemangat seolah-olah tiada seksa kubur dan neraka dalam hati dia.
Masuk mahkamah baru boleh tau siapa cakap benar. Baru boleh tau siapa Zainab.
ReplyDeleteIni kes boleh jadi mistaken identity. Rafizi boleh saja minta Jab.Pendaftaran Negara senaraikan orang yg nama sama dgn binti sekali. Melainkan Rafizi memang merujuk kpd dia.
ReplyDeleteAda alasan kalau ingin terlepas.
DeleteHanya Bossku yang mampu lakukan dengan baik bila berurusan dengan Arab Saudi. Pemimpin lain semua hampeh..
ReplyDeleteHubungan diplomasi tertinggi pernah dicapai oleh Malaysia dengan Arab Saudi adalah ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional ditunjanggi UMNO.
Apabila menyaksikan, bukan sahaja kuota Haji Malaysia dinaikkan secara mendadak, tetapi juga pelaburan luar biasa Arab Saudi ke atas Malaysia, seperti RAPID Pengerang di Johor.
Namun selepas Bossku dijatuhkan oleh musuh politiknya, hubungan Malaysia dengan Arab Saudi suram, dengan dasar luar Mahathir - PH yang gemar bermusuh dan suka syok sendiri di persada antarabangsa.
Pemulauan tertinggi yang diterima oleh Malaysia daripada Arab Saudi adalah pada KL SUMMIT 2019, apabila Arab Saudi secara tegas mengatakan Sidang Kemucak 2019 itu adalah sidang perpecahan.
Hari ini, hubungan Malaysia-Arab Saudi tidak lagi semesra dahulu. Jiran kita, Indonesia, kini dilihat sebagai negara 'yang boleh dipercayai' berbanding kita.
Malah kesemua Perdana Menteri selepas kejatuhan Bossku tidak dapat bertemu dengan pemerintah tertinggi Arab Saudi itu.
Antara pm terbaik setakat ini. Yang lain hanya mampu menyamun hasil dikumpul oleh pm6.
DeleteKalau nak cepat melingkup nya Selangot makan KJ harus diwar warkan sebagai calon MB Selangor DUN di kawasan Sg Buloh...
ReplyDeleteHot FM Dan KJ jadi DJ bakal mendapat liputan meluas media social setiap Hari Isnin Dan Jumaat...
KJ secara simbolik nya sudah berkempen dengan Hot FM untuk melingkupkan Selangor secara total.
UMNo bukan pilihan untuk Melayu' sebab UMNo Dan malu untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu' Dan Islam
Elit Indonesia bertindakbalas pada perusahaan minyak Singapura... Curi minyak guna rangkaian kartel mafia LeeKwanYew di Indonesia. Elit Malaysia bagai mana pula .!?
ReplyDeletehttps://youtu.be/sJRRKH6MBek
Dalam masa yang sama cobaan Tun nak heret orang Melayu' ke kancah perang barua barua DAP@LeeKwanYew sedang kan orang Cina DAP,MCA Gerakan dah mula tepok tangan macam Jho Low tepok tangan tengok orang Melayu' berbunuhan dolu.. tak hingat lagi ke wooii
https://vt.tiktok.com/ZS8VUs7K1/
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara.
Bekas menteri itu dipercayai Tun Daim kroni Tun Mahathir
https://youtu.be/MfvAoPKiCyE.
Brother sudah buka gelanggang mulut pasal Tun Dan Daim.. haha tepokkkk..!!
Aliran kewangan dan aset berkenaan disyaki dihantar melalui Singapura sebelum dialihkan kepada empat negara terbabit.
Jokowi sudah berani beri kata dua pada Singapura tapi di Malaysia pemimpin Melayu' terkinja kinja mahu jadi Barua LeeKwanYew @DAP
https://youtu.be/a9Nb4r0W3WA
Seperti biasa Singapura akan membantu siasatan sambil ambil kesempatan membatu api dan melaga lagakan umat Melayu Malaysia supaya bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.
Seperti kes Jho Low dan Zety Singapura akan membantu siasatan sambil menbatu ai dan melaga lagakan pemimpin Melayu berbunuhan.
https://youtu.be/Sc1-DniL9hE.
Tun buat press... Battle of barua DAP@ LeeKwanYew is begin.
Pada orang Melayu' sekelian siapkan pop corn dan tepokkk..!!
Masa untuk Malaysia Dan Indonesia rapatkan barisan dan eratkan perekonomian antara dua negara serumpun. Lupakan Singapura pedulikan Singapura buat selama lamanya..!!
PRN June 2023 ini Mari kita lingkupkan saki baki barua barua DAP@ LeeKwanYew dari tampuk kuasa
kah kah kah....
ReplyDeletebila rafizi dah arah latip ditangkap? hahahahahaha
bankami.blogspot.com
Brown Flesh Vibrator says: walau umo da 56, tapi maseh mampu menggetar alat sulit. Untong laki dia. Mujo bkn dlm senarai Tim Leissner
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!