Cukuplah Tun, Usah Bermain Api..

Apabila dia (Mahathir Mohamad) kalah dalam Pilihan Raya Umum tahun 1969 di Parlimen Kota Setar, Kedah, maka doktor muda itu berubah menjadi “ultra-Melayu”. Beliau menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Beliau menyerang Tunku selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

Lima puluh tiga tahun kemudian, apabila dia kalah di parlimen Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022 sehingga hilang deposit, pemimpin yang telah lanjut berusia itu dengan pencapaian dua kali jadi perdana menteri Malaysia, kini menyerang pula Perdana Menteri ke-sepuluh Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2019, apabila sudah sampai masanya sebagai perdana nenteri ketujuh untuk menyerah kuasa perdana menteri kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan oleh gabungan Pakatan Harapan, maka tokoh tersebut berdalih-dalih.

Tetapi dalam masa yang sama dia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai pertubuhan dan NGO ke dalam suatu pertemuan yang diberi nama Perhimpunan Melayu Bermaruah.

Kesan dari perhimpunan itu maka berlakulah episod Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas itu.

Sekarang tokoh yang telah lanjut berusia ini terus mengasak, mengasak dan menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.

Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan. Kali ini tokoh tersebut terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.

Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan.

BERIKAN DEWAN BINCANG DENGAN SELESA

Nasihat saya kepadanya: Usahlah bermain api; nanti terbakar negara sendiri. Cukup-cukuplah.

Bagi saya, tidak ada salahnya untuk tokoh berusia ini berbincang dengan penyokong-penyokongnya berkenaan isu nasib orang Melayu sekarang dan akan datang.

Berikan kepadanya dewan untuk perhimpunan itu boleh diadakan bagi mereka berbincang secara aman dan selesa.

Tetapi saya ingin bertanya kepadanya. Dia telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.

Sekali lagi pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi perdana menteri selama 22 bulan. Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?

Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu. Sedang peluang telah diberi dengan luas sehingga lebih dua dekad kepadanya sebagai perdana menteri.

Anwar Ibrahim baru empat bulan jadi perdana menteri. Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.

Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada

Kedudukan Bahasa Melayu terjamin. Kedudukan Islam terjamin. Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin.

Anwar Ibrahim menegaskan perkara ini berkali-kali sama ada di dalam parlimen dan di luar Parlimen. Telinga ini mendengar. Diri ini menjadi saksi komitmen Anwar Ibrahim menjaga kepentingan Melayu.

Bezanya, sebagai seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama, Anwar tetap tegas menjaga kepentingan dan hak-hak kaum-kaum lain dan agama lain seperti yang dijamin oleh undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi apa salah Anwar Ibrahim sehingga dia hendak ditumbangkan secara tidak sah sekarang, di luar proses pilihanraya?

Ini bukan demokrasi. Ini suatu tirani gerombolan politik songsang.

Maka, adalah sangat wajar nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang secara tidak bertanggungjawab cuba membakar sentimen kaum dan agama sehingga menimbulkan ketegangan dan ancaman terhadap ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Demi keselamatan Malaysia, saya menyokong ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

JANGAN ULANGI GUNA AKTA DRACONIAN

Hanya satu, saya berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melakukan kesalahan yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh perdana menteri ke-4 Mahathir Mohamad pada tahun 1988 apabila berhadapan dengan gugatan dan cabaran terhadap kedudukannya sebagai perdana menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Mahathir telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1988 itu dengan menahan tanpa bicara lebih 100 orang pemimpin parti politik, pertubuhan NGO dan aktivis masyarakat.

Satu titik hitam dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Saya berharap dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau dapat mencari segala ikhtiar alternatif untuk mententeramkan suhu sentimen kaum dan agama yang panas sekarang ini.

Elakkanlah Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekarang ini dari menggunakan akta-akta draconian seperti Akta Sosma untuk menangani tantangan dan cabaran dari pihak lawan.

Sebagai alternatif, gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah, berdiplomasi, berunding dan berlibat urus dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan sivil serta NGO yang kini menentang secara terbuka terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Gunakan kaedah perundingan bukannya perang.

 

HASSAN KARIM 
Ahli parlimen Pasir Gudang.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila dah kalah teruk baru ingat bangsa, agama dan negara.

    Masa berkuasa...melayu mudah lupa, rakyat kena ikat perut, melayu pemalas, jangan dengki dengan org kaya(anak2 dia, kroni dan proksi dia).

    Balik tido lah!!!!
    Rakyat dah bosan!!!!

    ReplyDelete
  2. Brown Flesh Vibrator says: Haram jadah! Tiap kali kalah ade je isu melayu nak bangkit. Dulu kongres ekonomi melayu nak jatoh Najib. Sepanjang jadi PM apa kepentingan maruah dan masa depan melayu ko dah buat atok ooii? Cube cek isu-isu ni:-
    a. keselamatan negara;
    b. kemasukan pendatang haram;
    c. pemilikan kewarganegaraan;
    d. kekangan pintu masok negara;
    e. pelancong2 yang tak keluar dari negara;
    f. pengganas2 negara lain boleh senang2 menetap disini;
    g. kesungguhan semangat pihak berkuasa menangani isu ni;
    h. membiarkan UNHCR menunjal kepala pemimpin;
    i. budaya akhlak dan kesopanan masyarakat dan pendatang haram;
    j. ...aaaaahhhh banyak lagi nak tules

    memang siyaal dan poookey marrk laa ko atok (dan semua pemimpin politik malaysia tak kira parti apa). Memang korang bangsat pengkhianat keparat.

    ReplyDelete
  3. Datuk Yip Kum Fook took the monks out of the Temple because he was afraid that the monks would break his secret and then he called the police and thugs came to the Temple to harass the Buddhist monks, and his team locked the Temple doors to not allow the monks to enter....this is very bad karma for or in Buddhist teachings ...

    Today he can know what happened to him, MCA will lose power, a good temple like Samnak Sambodhi, Taman Desa Jaya, Kepong, will not collapse for one day...this is the law of nature in Buddhist teachings...now he is always changing Buddhist monks to chant throwing bad things into the Temple..

    Many people say, Datuk Yip Kum Fook is afraid to come to his office lawyer and does not leave the house too, maybe he scares his own shadow to follow...this is very suffering forever, please do not bad things in this life

    Danny Yap…..Kepong, KL

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post