GST Mungkin Diperkenal Semula - Rafizi Kata?

CUKAI Barangan dan Perkhidmatan (GST) mungkin akan diperkenalkan semula apabila tiba masanya, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau bagaimanapun berkata GST tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatan kerajaan kerana ia menjadi “ketagihan”, lapor media.

Rafizi juga menegaskan isu tadbir urus, perbelanjaan dan kecekapan belanjawan perlu diperbetulkan dahulu sebelum GST boleh dilaksanakan.

“Jika anda tidak membetulkan tadbir urus, anda tidak menetapkan perbelanjaan anda dan keberkesanan atau kecekapan belanjawan, sangat mudah apabila anda mempunyai GST – anda hanya terus menaikkannya daripada 5%, kemudian kepada 7% dan seterusnya 20%.

“Ini hanya akan menyebabkan belanjawan negara dan kewangan awam dalam keadaan lemah yang berterusan,”

“Pandangan saya tentang GST ialah apabila tiba masanya, ia sesuatu yang kita perlu lihat, tetapi sebelum itu kita mempunyai ruang yang mencukupi dalam tempoh 12 hingga 15 bulan untuk membaiki keadaan,” katanya ketika berucap pada forum ekonomi anjuran alumni penjawat awam di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Jumaat lepas berkata kerajaan masih belum bercadang melaksanakan cukai kepenggunaan berasas luas seperti GST.

“Dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan lebih 5%, kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenal dan melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sebaliknya bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.

GST dimansuhkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya berikutan kemenangan dalam pilihan raya umum 2018. Cukai itu kemudiannya diganti dengan pengembalian semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) mulai 1 September 2018 - TheMalaysiaInsight

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post