KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Husam ketika dihubungi mengesahkan pelantikan berkenaan namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
"Saya belum masuk pejabat lagi, Insya-Allah cadangnya hari Khamis. Nanti selepas itu (beri kenyataan)," katanya ketika ditanya berhubung pelantikannya itu.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan pelantikan Husam sebagai Pengerusi SPNB.
Husam yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Mas sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Husam tewas kepada calon PAS, Ahmad Fadhli Shaary.
Mantan Pengerusi PH Kelantan itu pernah menjadi Naib Presiden PAS dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan dalam kerajaan negeri pada tahun 2008 - BH
Husam Musa Dilantik Sebagai Pengerusi SPNB
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Masyuuuk. Hancur semua janji manis kata tak ada perlantikan politik untuk GLC. Lidah bercabang
ReplyDeleteDatuk Yip Kum Fook took the monks out of the Temple because he was afraid that the monks would break his secret and then he called the police and thugs came to the Temple to harass the Buddhist monks, and his team locked the Temple doors to not allow the monks to enter....this is very bad karma for or in Buddhist teachings ...
ReplyDeleteToday he can know what happened to him, MCA will lose power, a good temple like Samnak Sambodhi, Taman Desa Jaya, Kepong, will not collapse for one day...this is the law of nature in Buddhist teachings...now he is always changing Buddhist monks to chant throwing bad things into the Temple..
Many people say, Datuk Yip Kum Fook is afraid to come to his office lawyer and does not leave the house too, maybe he scares his own shadow to follow...this is very suffering forever, please do not bad things in this life
Danny Yap…..Kepong, KL
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!