Kenapa 'Raja Formula' Gagal Melaksanakan Formulanya Kini?

SHAH ALAM: Jolokan 'Raja Formula' sinonim dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, malah Menteri Ekonomi itu juga seringkali diejek dengan gelaran itu termasuk ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Hari ini (18 Mac), Rafizi menggunakan pentas Kongres Khas PKR untuk menjawab ejekan 'Raja Formula' yang seringkali dilemparkan pembangkang terhadapnya.

Berucap ketika menggulung Ucapan Dasar Presiden pada kongres dihadiri lebih 1,200 perwakilan PKR itu, Rafizi berkata pembangkang sengaja mengungkit kisah lama sewaktu PAS dan PKR berada dalam satu gabungan parti politik.

Mengulas lanjut, katanya segala formula yang pernah beliau perkenalkan sebelum ini semuanya untuk dilaksanakan semasa keadaan ekonomi negara tidak seteruk seperti sekarang.

"Dia (pembangkang) akan ungkit perkara lama. Contoh pada 2008 soal harga minyak, walaupun (sedar) sebenarnya keadaan cukup berbeza berbanding sekarang, dia (pembangkang) akan mainkan kempen.

"Soal pengurangan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ataupun mengurangkan harga kereta, bukan dia (pembangkang) tak tahu kerana PAS masa itu yang paling ghairah sekali jemput kami daripada Keadilan (PKR) untuk berkempen atas pentas PAS.

"Sebabnya orang PAS tak boleh nak terangkan benda macam ini," katanya.

Rafizi menegaskan, formula untuk mengurangkan harga kenderaan sebagai contoh boleh dilaksanakan ketika formula terbabit dicadangkan memandangkan kedudukan hutang negara tidak sepertimana sekarang.

"Dia (pembangkang) tahu contohnya untuk turunkan harga kereta, dulu kita boleh buat kerana hutang kita tak banyak.

"Sebab untuk turunkan harga kereta, kita kena kurangkan dan lama-lama hapuskan cukai eksais yang kita kenakan kepada kereta itu.

"Masalahnya kita sekarang ada hutang RM1.5 trilion yang mereka tinggalkan," katanya.

Wujud trend sokongan pengundi Melayu terhadap PH

Dalam perkembangan berasingan, Rafizi mendakwa wujud trend sokongan daripada pengundi Melayu terutama membabitkan orang muda kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan ketika negara berkira-kira untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau berkata, trend itu ditunjukkan berdasarkan peralihan undi di kawasan sebelah pantai barat susulan data terkini yang diperolehnya.

"Memang betul ada peralihan undi besar kepada Perikatan Nasional (PN), tetapi ia berlaku di kawasan tertentu sahaja dan bukannya di seluruh negara.

"Memang betul ada peralihan undi Melayu contohnya di Kelantan, Terengganu, utara Kedah, utara Pulau Pinang dan utara Perak.

"Sebahagiannya (peralihan undi di kawasan terbabit) kerana kita tak pernah kuat pun di beberapa tempat ini. Sebahagian lagi kerana peralihan undi itu datangnya daripada UMNO kepada PN," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata tahap sokongan pengundi Melayu di negeri yang dikuasai PH seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak banyak menunjukkan perubahan jika dibandingkan antara Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15.

"Kalau kita tengok keseluruhan terutamanya di negeri yang memang menjadi kekuatan kita iaitu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apabila dibandingkan tahap sokongan pengundi Melayu dalam 2022 (PRU15) berbanding 2018 (PRU14), sebenarnya tidak ada perbezaan sangat besar," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberi contoh pengundi di Wilayah Persekutuan yang terarah kepada PH pada 2018 di mana undi diterima gabungan itu kira-kira 50 peratus, berbanding lebih 40 peratus pada PRU15.

Tambahnya, trend sama turut ditunjukkan di Selangor termasuk di kawasan sebelah timur yang lebih terarah kawasan bandar, membabitkan undi Melayu.

"Baru-baru ini pada PRU15, lebih kurang 40 peratus (undi Melayu). Namun begitu, ada peralihan yang besar di pantai barat negara iaitu di Selangor, tetapi lebih kepada (undi) Melayu berbanding PN. Bukan sangat PH hilang undi," katanya - BH

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Komen paling mudah untuk si rapiji nie adalah jangan dipercaya sangat setiap apa yang keluar dari mulutnya.

    Sama dgn ulama.
    2 jenis ulama yg wajib dijauhi iaitu ulama yg gagal jaga adab dan ulama yg ikut nafsu.

    ReplyDelete
  2. Masalah Melayu x guna otak.

    Ada Melayu nak fikir selesai masalah.

    Melayu x da otak asyik cari masalah Melayu yg nak fikir selesai masalah.

    Patutlah Melayu ketinggalan dr bangsa lain

    ReplyDelete
  3. Syukur Perikatan Nasional tolak Parti Pejuang menyertai gabungan nya.

    Alhamdulillah parti Boboi Dan Apak nya di tolak dari menyertai Perikatan Nasional. Parti Pejuang acah acah power Melayu' Islamik' saja. Masa tak ada kuasa terpekik terlolong Melayu' itu dan ini.

    Ayat power (macam gampang celaka ayat ni) Tun bila berkuasa "Melayu itu pemalas, tidak pandai berniaga. Atas sebab itu jangan dengki pada bangsa lain yang berjaya. Ini lah cap ditampal pada dahi kaum Melayu."

    Bila berkuasa kroni Vincent Tan, Ananda, Robert Kwok, Pengerusi Hong Leong , Pengerusi Public Bank , YTL Dan semua Kartel Judi Mafia Mata Sepet dibela nya..

    Bila Apak dah dapat kuasa 4 ekor anak nya bertaraf billionaire sambil mengutuk Melayu' pemalas, Melayu' tak pandai berniaga sedangkan bila 4 ekor anak nya rugi terpekik terlolong minta bailout.

    Anak nya bukan Melayu' Islamik' sangat pun julang plakad COMANGO LGBT Lisbo Seksuality Merdeka dan lebih Mesra ke gereja.. alahaii

    Syukur PN menolak total Parti Pejuang.. helok rasa ya Boboi menyertai Pakatan Harapan atau bergabung dengan PKR.. Baru buku bertemu ruas waris barua DAP@LeeKwanYee Boboi yang wakili Tun bergabung dengan Brother Anwar Bin Ibrahim dalam PH.

    Dalam senyap 22 Bulan berkuasa Pulau Batu Putih diberikan pada anak Lee Kwan Yew, Jho Low depa yg terpekik terlolong baring atas jalan sebelum PRU 14 bebas lepas kaya raya.

    Akhirnya Jho Low dan kaum nya sedang tepok tangan lihat sesama Melayu' barantakan kena bodoh bangangkan orang Melayu' yang kena tempiasnya. Anak taikin kroni Vincent Tan Navin Tan berkilo ladang ganja lepas bebas, penyanyi Melayu' tanam ganja hukum gantung. Dasar barua haramjadah.!!

    Zety Taufik Ayman dan keluarga penyamun sakau 700 juta duit AMLA sampai sekarang tak diheret ke mahkamah lagi.. Ini semua kerja barua si tua paling renta bejaya dibaruakan oleh DAP@ LeeKwanYew.

    Orang tuan celaka tu yang dick'tator.

    Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

    Baru layak digelar diktator. Tunggu sampai malam sebelum Ramadan. Suruh media datang saksikan dan buat live coverage. Geledah rumahnya untuk beberapa hari.Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

    Beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit. Beku juga akaun-akaun bank parti dia. Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

    Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

    Biarkan orang tuan renta tu berbunuhan sesama barua LeeKwanYew@DAP Brother Anwar Bin Ibrahim....Orang Melayu' lain siapkan pop corn tambah dan haah tepokkk...!!

    Jaga diri jangan kena bodoh bangangkan lagi macam Jho Low sampai sekarang bebas lepas kaya raya tepok tangan terbahak tengok barua barua Melayu' DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri.

    Menjalang PRN June 2023 ini semua saki Baki barua barua DAP@LeeKwanYew ini semua pengundi Melayu' wajib lingkupkan semua barua LeeKwanYew ini secara total...!!!!!

    Itu baru dikatakan diktator.... Dasar barua haramjadah..Aleutoh mak lu lahh..!!

    ReplyDelete
  4. Beberapa MP PN setiap kali rafizi bangun berucap di parlimen menyebut 'formula'. Mereka orang tua yg berperangai kebudak2an (childish). Sepatutnya mereka berhujah dgn rafizi tapi mereka tau mereka tak mampu, jadi mereka berubah menjadi budak2 nakal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka lupa rafizi ada bagi formula tentang harga ayam naik.
      Jangan makan ayam.
      Mudah jer formulanya.

      Delete
  5. Roger Ng mohon masuk penjara ‘selebriti’ bagi kes 1MDB... Taufik Ayman Zety anak penyamun Zety, Jho Low dan Nik Faisal bila nak ke dalam..!?

    Roger Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs yang dibicarakan dan disabitkan kesalahan dalam skandal 1MDB global, meminta hakim membenarkannya menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut.

    Penjara persekutuan itu terletak 90 kilometer (km) dari bandar New York dan menjadi inspirasi untuk penjara wanita dalam siri Netflix “Orange Is the New Black”.

    Taufik Ayman Zety anak penyamun Zety, Jho Low bila nak heret ke mahkamah. Apa jasa Taufik Ayman dan Jho Low pada negara..!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau zeti dan keluarganya naik mahkamah maka akan muncul saksi2 dan konspirator lain bakal keluar.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post