Lagi Lantikan Politik Dalam GLC..

Selain dari melemahkan peluang kemenangan parti-parti kerajaan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat juga berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan hilang kelayakan moral untuk mendakwa mereka berlainan daripada kerajaan sebelumnya.

Menurutnya, dengan mengikuti amalan lapuk Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), pembatalan pelantikan politik sebelum ini akan dipandang sinis sebagai semata-mata untuk merampas imbuhan daripada yang kalah, bukannya untuk menjaga kepentingan awam.

“Amalan sebegini sudah berlaku di zaman BN dan menjadi paling teruk semasa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila hampir 90 peratus ahli Parlimen kerajaan yang bukan menteri diberikan jawatan lumayan.

“Jadi, apabila amalan ini diteruskan, pandangan sinis terhadap kerajaan baharu meningkat, maka pengundi medan tengah yang pada asalnya mungkin cendorong menyokong Kerajaan Perpaduan mungkin malas mengundi.

“Ia seterusnya melemahkan peluang kemenangan parti kerajaan dalam PRN akan datang,” 

Tambah Chin Huat, pelantikan ahli politik untuk mengisi jawatan tinggi di badan berkanun dan GLC juga akan menimbulkan dua masalah utama.

“Pertama, kalau ahli-ahli politik ini tidak berkeupayaan untuk memegang tanggungjawab, maka pelantikan ini bermaksud kepentingan awam dikorbankan untuk menyaji orang parti pemerintah. Ini kerana badan-badan berkanun dan GLC dinafikan peluang untuk mendapat bakat terbaik.

“Kalau yang dilantik ialah wakil rakyat, sekalipun mereka berkeupayaan akan terjadi percanggahan kepentingan kerana mereka yang seharusnya menyelia pantau di Dewan Rakyat kini duduk dalam pihak yang patut diselia pantau,”

Kerajaan dikritik hebat susulan beberapa siri pelantikan politik untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Antara yang dilantik ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) sementara Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub kekal sebagai Pengerusi Felcra.

Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik sebagai pengerusi cabang pelaburan milik Kementerian Kewangan iaitu MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Dan dilaporkan ada beberapa lagi lantikan yang dibuat..

SHAH ALAM - Empat lagi pemimpin politik dalam Kerajaan Perpaduan dilaporkan dilantik dalam pengurusan tertinggi badan berkanun Persekutuan.

Terbaharu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA).

Semalam, akaun Facebook rasmi RISDA memuat naik poster ucapan tahniah berhubung pelantikan tersebut, namun tidak lama kemudian ia telah dipadamkan.

Bagaimanapun hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) mengesahkan pelantikan Noraini.

RISDA merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.

Sementara itu, pada Jumaat tular di media sosial surat makluman pelantikan tiga pemimpin politik bagi menerajui agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Mereka ialah Pengerusi Biro Pekerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai Pengerusi Lembaga Tekun Nasional (Tekun) manakala Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai Timbalan.

Bekas Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Giluk Dompok pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga SME Corp.

Bagaimanapun Mohd Sany ketika dihubungi oleh Sinar Harian berkata, beliau belum menerima sebarang surat berhubung pelantikan tersebut.

“Saya tidak dapat apa-apa surat lagi (pelantikan),” katanya pada Ahad. Setakat ini belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak mengenai pelantikan tiga pemimpin berkenaan - SH

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkiri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.”

    ReplyDelete
  2. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post