Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka akan menghadapi enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Bagi kesemua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).

Sementara itu satu sumber ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh didakwa di mahkamah pagi esok.

Pendakwaan dipercayai berkaitan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).


Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik Covid -19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN yang diterajui Muhyiddin.

Terdahulu pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Kemudian pada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, ditahan berhubung kes Jana Wibawa.

Selang sehari, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.

Dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta. – KOSMO! ONLINE.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila nak heret Zety dan keluarga penyamun Taufik Ayman ke mahkamah. Bila nak tangkap Jho Low. Apa jasa Taufik Ayman pada negara..!?

    Sehingga saat ini Zeti Aziz masih lagi belum sihat semenjak ‘day one’ beliau sepatut menjadi saksi.
    Sehingga kini juga , Zeti masih berada didalam cuti sakit yang Panjang. Berak cair, terkincit lam seluar vertigo dan muntah darah alasan yang diberi pada mahkamah..!!

    Beberapa nama telah dapat kami kumpul kan sebagai amat terkesan , kecewa , takut atau gusar jika DSNR dibebaskan.
    Ikut pendapat kami mereka ada lah Empat “M”.
    Nama nama mereka ada lah Mahathir, Muhyiddin dan Mael. Mereka mereka ini lah yang akan merasa tidak selesa. DSNR jika bebas akan seperti biasa aktif semula dilaman media nya.

    Maka tindak tanduk mereka mereka ini dan kenyataan kenyataan mereka pasti sahaja akan mendapat respon dan counter komen dari DSNR jika didapati nya tidak betul atau berbohong.
    DSNR pula terlena; dengan bermain dengan fakta dan ketelitian dan bukan nya sembrono.
    Maka , sudah pasti DSNR akan menegur dan berhujah dengan fakta untuk berdepan dengan mereka mereka ini.

    Maka , kehidupan tidak sama lagi untuk Mahathir, Muhyiddin dan Mael Sabri. Ditambah lagi dengan laporan media yang dikawal oleh taikun2 Tun Mahathir yang tidak melapor seluruh dan sebenar nya.

    Pada sesi beberapa hari yang lalu , Joana Yu , Pegawai AMBANk yamg diselamatkan oleh mahkamah dari disaman oleh DSNR telah beberapa kali terkantoi dalam jawapan dan perakuan nya.

    Jho Low dan kaum mata sepet DAP@ LeeKwanYew sedang terbahak bahak ketawa tepok tangan melihat barua barua Melayu mereka diarah bercakaran berbunuhan sesama sendiri. Jho Low sedang bersenang lenang dengan duit curi 1MDB..

    Tan Sri Shafee juga ada menyatakan beliau ada bukti bahawa Jho Low akrab dengan keluarga Zeti terutama nya suami Zeti, Tawfeq Ayman.

    Jho Low juga dilaporkan kerap datang kerumah Zeti. Maka, jelas lah sebab apa kes rasuah Zeti sendiri masih belum dibuka2 lagi dan syak wasangka rakyat ada individu tertentu campurtangan hang dibuka demi menutup kerja konspirasi nya.

    -----

    https://my-tv.online/2022/12/14/joana-yu-sudah-kantoi-kini-tunggu-giliran-zeti-pula/

    ReplyDelete
  2. Jika yiddin sanggup dan mampu(guna kuasa sbg PM) isytihar dharurat semata2 utk pertahankan kerajaannya drp tumbang, dia sanggup dan mampu(guna kuasa sbg PM) utk sakau duit buat perbelanjaan gabungan parti beliau semasa PRU15. Biar mahkamah menentukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post