Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun?

PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini.

Menurut sumber parti itu kepada Utusan Malaysia, hala tuju GTA akan diperincikan selepas mesyuarat agung tahunan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada April ini dengan memutuskan untuk merombak Putra dan ditukarkan nama kepada GTA.

Kata beliau, GTA akan mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden dengan membentuk gabungan bersama parti-parti di bawah gerakan itu sebelum ini seperti Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

“Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada mengadakan pertemuan tertutup bersama Dr. Mahathir selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut berjumpa bekas Perdana Menteri itu.

“Perbincangan mereka adalah ke arah perpaduan antara GTA dan PN sebagai satu permulaan kebangkitan Melayu berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, GTA berkemungkinan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebaliknya hanya menyokong PN untuk menawan semua enam negeri.

Katanya, PN diyakini mampu menarik sokongan pengundi Melayu kerana sentimen politik menjelang PRN adalah pilihan antara Melayu-PN atau UMNO-DAP.

Beliau menjelaskan, situasi itu menjadi liabiliti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berdepan pertuduhan rasuah yang belum lagi dibuktikan duit masuk ke akaun miliknya sendiri.

“Kalau ikut data Melayu bergabung ke arah PN, kerana Melayu dalam UMNO sendiri pun tidak akan undi UMNO lagi dan di Selangor akan jatuh ke tangan PN kecuali di bandar-bandar Cina, situasinya 50-50.

“GTA akan menyokong PN kerana matlamat kita untuk menghadapi PRU16 kerana PRN ini tidak membantu kita mengubah apa-apa dasar.

“PRU16 bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara pakatan parti politik terbesar sekali gus mengulangi peristiwa bagaimana Melayu memberontak melawan Malayan Union,” katanya. – UTUSAN

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tun M saja yg tahu bgmn utk tumbangkan kerajaan madani al penipu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun mahdey juga kaki kencing....
      Mcm mana dia nak yakinkan org lain...
      Buat video nangis2.0 dgn cucu?!

      Delete
  2. Kah kah acah acah power Melayu' Islamik' baru lepas bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew... Pastikan Boboi tidak jadi calon mana mana PRU atau PRN.

    Anak anak bukan Melayu' lebih pada COMANGO LGBT Dan Gay

    Udah lupa ke anak beranak julang plakad Sksuality Merdeka LGBT Lisbo bersama DAP Hanna Yeoh..

    Berambossss la kau Tun jadi warga negara Lee Kwan Yew mana tahi anak Lee Kwan Yew jadi wakli Parti Melayu'.kat Pulau Batu Putih nanti... Silap ari bulan.mengenang jasa jadi barua DAP@ LeeKwanYew Pulau Batu Putih tukar nama pada Pulau Mahathir..

    Berambossssss kauu

    ReplyDelete
  3. Setelah Tun melepaskan jawatan. Lihatlah apa yang berlaku pada Malaysia hariini. Dulunya membanggakan. Sekarang memalukan.

    ReplyDelete
  4. Anwar kena buat apa yg saka tua tu buat masa dia PM. Semua pihak yg menentang dia ditekan. Jangan bagi peluang dia kucar kacir kan kerajaan hari ini. Dia bukan berani sangat. Kena main kasar dgn dia. Itu saja yg dia takut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post