Siapa Diktator Sebenarnya? Anwar atau Mahathir?

Rentetan dari pembatalan Program Proklamasi Melayu selepas tiga lokasi yang sepatutnya menjadi tempat ia berlangsung, dilaporkan menarik balik kebenaran pada 19 Mac lalu, satu sidang akhbar khas sempena pelancaran Proklamasi Orang Melayu di Ibu Pejabat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘diktator’ dan ‘penakut’.

Mantan Perdana Menteri itu mendakwa, pentadbiran Anwar tidak boleh ‘disentuh’ walaupun ada perkara yang memerlukan teguran.

Dakwanya, di sebalik usaha ditunjukkan Anwar bahawa kerajaannya mahu memiliki ketegasan untuk melawan rasuah, beliau bersikap ‘pilih kasih’ apabila pemimpin yang dituduh atau disiasat berhubung salah laku berkenaan hanyalah daripada parti lawan.

“Padahal (pemimpin) parti kerajaan pun terlibat, terutama UMNO, belanja cukup banyak duit dalam PRU (Pilihan Raya Umum), kita tahu sebab nampak bendera, sepanduk semua perlu duit, dari mana datang duit kalau tak secara rasuah.

“Tapi kita lihat kerajaan tumpu parti lawan seolah-olah tak terlibat rasuah padahal terlibat sebab tu mereka takut perkara ini disebar luas, konon nak lawan rasuah tapi nak lawan diri sendiri yang terlibat,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pentadbiran Kerajaan Perpaduan seperti takut dengan beliau menerusi beberapa tindakan diambil pihak terbabit ketika ini.

Dakwanya, ia termasuk pembatalan program Proklamasi Melayu oleh Sekretariat Tanah Air yang sepatutnya dihadiri beliau pada hari tersebut.

Malah, beliau mempersoalkan mengapa kepimpinan kerajaan sedia ada seperti bimbang dengan diri dan perjuangan dibawanya.

“Mereka (kerajaan) sekarang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Kalau difikirkan, kenapa nak takut dengan saya? Saya orang baik, dalam pilihan raya lalu, saya kalah teruk.

“Program Proklamasi Melayu ini bukan nak jatuhkan kerajaan tapi proklamasi sahaja, kita bukan nak terbalikkan kereta atau apa,” dakwanya...

Siapa Diktator sebenarnya? Anwar atau Mahathir?

Baca ni..
 

KUALA LUMPUR: Mr ISA gelar orang lain diktator.

- Sekat dia dan keluarganya dari keluar negara sebelum ada apa-apa dakwaan.

- Letak roadblock kat depan lorong ke rumah dia.

- Tunggu sampai malam sebelum Ramadan.

- Suruh media datang saksikan dan buat live coverage.

- Geledah rumahnya untuk beberapa hari.

- Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

- Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit.

- Beku juga akaun-akaun bank parti dia.

- Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

- Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

- Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat.

- Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

Baru layak digelar diktator.

Pentadbir akaun FB bekas perdana menteri itu dipercayai mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diktator apabila mendakwa perdana menteri itu menyekat kebebasan umum bersuara.

Dalam kiriman terbaru di FB Najib, pentadbir akaun itu menyebut; "Tak tunggu lama selepas PRU14, polis di bawah kerajaan Mahathir dan Muhyiddin sebagai Menteri KDN sekat dan check siapa yang keluar masuk ke rumah Najib.

Pondok sementara diletakkan di jalan masuk lorong ke rumah Najib yang terletak di hujung lorong. Bukannya untuk jaga keselamatan, tetapi tapis siapa yang boleh keluar masuk.
Semua pelawat yang masuk atau keluar lorong tersebut perlu serah MyKad untuk daftar dengan polis.

Keadaan ini diteruskan bagi tempoh sekitar sebulan.

Tujuannya ialah untuk tidak menggalakkan kawan-kawan dan saudaranya untuk melawat Najib ketika itu. Pada masa itu semua jadi takut untuk datang jumpa Najib - BH

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Wowwww!!!!!!
    Atok ISA sedang meroyan!!!!!
    Atok pendendam sedang kegilaan!!!!
    Atok penyamun dan perasuah kerasukan!!!!!!
    Hihihihi....

    Zaman dia jadi peeM, nak tutup mulut rakyat yg tak puas hati kalau bersuara akan di ISA.
    Kemunting....
    Dalam parti dia bukan sikit yg kena buang dan pecat. Diktator....

    Sebab itu anak2 dia kaya raya dengan mendadak sebab tiada yg berani bersuara. Sukati dia buat kerja demi anak2. Rasuah, salahguna kuasa dah jadi darah daging sebab takut dgn diktator...
    Bapak ISA!!!
    OOPPsss...skrg atok ISA kembali bersuara sambil meludah mukanya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Sudah-sudahlah atok oiii
    Ko dulu diktator dan guna Isa untuk tutup mulut lawan.
    Baik berehat dan berhenti jadi munafik.
    Hanya mangkuk bodoh jer yg percaya apa yang keluar dari mulut ko sekarang.
    Rakyat dah cop ko sebagai kaki kencing. Hancing sangat dah kencing ko sekarang.

    ReplyDelete
  3. Dah gol nanti helok hanyut kan mayat dia kat Pulau Batu Putih...Mana Tau anak Lee Kwan Yew namakan Pulau Batu Putih pada Pulau Mahathir sempena jadi barua LeeKwanYew@DAP 22 Bulan beekuasa.. Kan dia bagi anak Lee Kwan Yew sambil gentle telo labuh atok...

    ReplyDelete
  4. Kalau ya pun tunggu la sekurang2nya 1 tahun nak tuduh orang diktator. Kah kah kah. Sama la juga pencacai PN. Tunggu la, beri masa sedikit ...... sebelum nak isytihar kerajaan gagal. Kenapa GEL(OMBANG)ABAH sangat.... KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tak sabar. Pemimpin mereka lagi tak sabar setelah seronok menjana ekonomi peribadi melalui jana wibawa. Mana tak mereng bila gagal berkuasa...hihihihi

      Seronok tengok tiktok abahkau nyanyi hoiyahoi.
      Sekarang kena kifarah.Hati busuk penuh dgn dendam.
      Spin baik tapi masih kantoi..hihihihihi

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post