Wisma Putra Perlu Jawab 'Kesilapan Diplomatik' Lawatan PM Ke Saudi

KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi, dianggap sebagai 'kesilapan diplomatik yang besar' berikutan Perdana Menteri gagal mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Perdana Menteri tidak sepatutnya pergi ke Arab Saudi tanpa menetapkan temu janji bersama Raja Salman dan Mohammed bin Salman.

Mengulas lanjut, Khairy yang dipecat dari UMNO pada Januari lalu, berkata sedangkan pertemuan dengan dua pemimpin Arab Saudi itu disifatkan penting untuk negara dari segi geopolitik, hubungan dua hala, diplomatik dan perdagangan.

"Saya setuju dengan pandangan yang dikatakan bahawa ini adalah kesilapan diplomatik yang besar (huge diplomatic blunder).

"Macam manapun alasan dan dikatakan diminta Perdana Menteri tinggal sehari dua lagi, lepas itu jumpa...Perdana Menteri tidak patut pergi ke Arab Saudi kalau tiada ketetapan temujanji dengan Raja Salman dan Putera Mahkota.

"Lainlah kalau ini lawatan peribadi untuk kerjakan ibadat Umrah tapi ini lawatan rasmi, maksudnya pembayar cukai bayar untuk Perdana Menteri pergi ke sana...ia adalah kunjungan untuk berjumpa dengan Raja atau sekurang-kurangnya Putera Mahkota," katanya melalui siaran podcast 'Keluar Sekejap' episod ketujuh bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Anwar dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi selama tiga hari, bermula 22 Mac lalu, hanya disambut Gabenor Jeddah, Putera Saud Abdullah Jalawi Al Saud, dengan upacara sambutan rasmi membabitkan kawad statik.

Dalam kenyataan akhbar sebelum lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Salman dan Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, di Istana Al-Salam.

Pada masa sama, Khairy berkata, pihaknya juga sudah membaca kenyataan akhbar terbabit dan isu membabitkan soal tarikh itu tidak sepatutnya timbul.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam penyusunan program ke luar negara termasuk membabitkan Perdana Menteri, berkata lawatan itu tidak sepatutnya dibuat sekiranya jadual pertemuan berkenaan tidak dapat dimuktamadkan.

"Lebih-lebih lagi kalau orang tahu mengenai budaya di Arab Saudi, dia (delegasi) tidak akan pergi minggu pertama Ramadan sebab minggu pertama Ramadan memang jadualnya padat.

"Selain tidak boleh melakukan pada saat akhir (lawatan) mungkin mereka (Arab Saudi) sendiri beri isyarat, datang kemudian sebab minggu pertama Ramadan memang padat dan akhirnya ini yang jadi," katanya.

Dalam hal itu, Khairy menganggap Wisma Putra harus bertanggungjawab terhadap isu terbabit yang mana ia tidak boleh dianggap perkara kecil, sebaliknya adalah sesuatu yang amat memalukan.

Katanya, lawatan rasmi membabitkan Perdana Menteri selepas ini perlu dibuat dengan lebih berhati-hati kerana ia membabitkan nama negara.

"Walaupun kita bukan dalam kerajaan namun beliau adalah Perdana Menteri kita, apabila berlaku di luar negara, ia bukan hanya malu kepada Perdana Menteri namun kepada rakyat dan juga kita," katanya.

Khairy turut mengulas mengenai kenyataan seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Sany Hamzah yang mempertikaikan mengenai manfaat rakyat Malaysia, sekiranya Perdana Menteri dapat memasuki Kaabah.

Beliau menegaskan, sekiranya Perdana Menteri dapat memasuki Kaabah, ia adalah satu pengiktirafan bahawa pemimpin negara adalah tetamu Raja Arab Saudi.

"Itu bukan tujuannya...beliau cuba serang balik agaknya sebab rasa malu...kalau dapat masuk Kaabah itu satu pengiktirafan bahawa anda adalah tetamu Raja...maksudnya darjat pengunjung atau Perdana Menteri sangat tinggi," katanya.

Beliau berkata, Arab Saudi adalah salah satu daripada hubungan diplomatik yang sangat penting bagi negara dan ia bukan hanya berkaitan soal kuota haji.

"Ramai orang kata pergi Arab Saudi nak selesaikan kuota haji dan sebagainya...tapi kalau kita lihat dari segi geopolitik, peranan yang dimainkan Arab Saudi sangat penting, mungkin lebih penting dari Turkiye.

"Selain itu banyak peluang perniagaan dan pelaburan lebih-lebih lagi dengan projek bandar futuristik, NEOM dan sebagainya yang boleh membabitkan syarikat dari Malaysia tapi akhirnya ia tidak berlaku," katanya - BH

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Yesss yahooooo ...

    Barua LeeKwanYew@DAp yg dibakul sampahkan lawan Barua DAP@LeeKwanYew yang diperbaharui...

    Dr M beri Anwar 7 hari tarik balik dakwaan atau berdepan saman. “Saya telah ambil tindakan menuntut Anwar sebagai perdana menteri menjelaskan tentang tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam kenyataannya beberapa kali tetapi khususunya dalam mesyuarat partinya, PKR.

    “Saya beri masa tujuh hari untuk dia tarik balik

    Battle of Barua DAP@LeeKwanYew bermula sudahhh...!!

    Baru lah Tun nampak ada telo sket walaun dah labuh Kali ni tak goyang... Yangg ..yanggg..!! Kikikiki ..

    Kaum Melayu' sklian opera Cina barua barua sudah bermola... Jangan nak terkinja Kinja sama plak udah leer yeopp ooii

    Ajommm pop corn tambah kena cukup.. kenapa 7 Hari kan baguih 3 Hari baru nnpk telo labuh tak goyang nampak mantap dan kuat.. kikikiki

    Haaaahhhh tepokkkkkk


    Kikikikiki..

    #steadytoklawantetaplawanhaatepok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sosmed ada banyak artikel berkenaan hasil songlap dan salahguna atok kerala.
      Ada yang jelas dgn bukti dan penceritaannya.
      Rasanya atok kerala boleh cari dan baca. Tanpa penafian jelas maka atok kerala memang seorang penyangak antarabangsa.

      Delete
  2. Mat poyo muka sembab tak bercahaya nie mmg elok tak pegang apa jawatan parti mahupun kerajaan. Nampak timbul sikit akalnya.
    Masa hidup dgn mahiadin hanya bijak memuji dan menjilat walaupun sedar kerajaan tebuk atap tanpa mandat rakyat dan gagalkrasi tapi berkokok seolah-olah dia adalah paling hebat.
    Syukurlah ko dah kena tendang dari parti dan hidup di luar sebagai rakyat biasa. Nampak sikit bijak tu...

    ReplyDelete
  3. Yang bersekongkol dgn jholok perlu dihadap ke mahkamah.

    ReplyDelete
  4. Tetiba lepas KJ hantam Brother Anwar Bin Ibrahim gagal Dan memalukan lawatan brother ke Arab Saudi... Hari ini KJ jadi DJ di Hot FM tak ke udara lagi....

    Kebebasan bersuara .... dah mcm kerajaan Taliban

    Dah Macam pantekkkk Mesia skg ni

    Selagi Barua DAP@ LeeKwanYew menguasai kerajaan kebebasan besuara sudah hilang... Mesia Dan jadi Singapura semua bisu Dan Saman

    Reply

    ReplyDelete
  5. Pengerusi Panel 5 hakim semakan semula ini adalah merupakan satu-satunya Hakim yang memihak kepada DSN dalam keputusan 4-1.
    Penghakiman beliau sangat kukuh. Dimulakan dengan membalun hakim-hakim lain kerana bersifat hipokrit. “Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah.
    Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil. Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali.” – YAA Dato Abdul Rahman Sebli

    ReplyDelete
  6. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

    ReplyDelete
  7. Suara Melayu' sudah mati dalam Parti UMNo..

    Undang persepsi buruk, imej parti terganggu.. Politik kotor dalam UMNo menjauhkan lagi orang Melayu' dan Islam pada parti UMNo

    Orang muda pun dah lama menjauhkan diri Dari UMNo. Kalau mengundang persepsi buruk, perkara itu akan menjadi kesan jangka panjang kepada parti terutamanya melibatkan golongan muda

    Umno sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehinggalah episod pemecatan dan penggantungan beberapa ahli parti yang popular menjadi bualan dalam kalangan pemerhati politik.

    Malah, ada yang menyatakan bahawa, kedudukan parti keramat Melayu itu sudah semakin goyah dan mungkin akan semakin kurang mendapat sokongan pengundi. Umno sekarang penuh kekeliruan dengan keputusan yang tidak popular.

    "Umno perlu melihat dan jangan terpisah dengan rakyat. Apa sahaja keputusan tak boleh dilihat secara dalaman sahaja. Mesti lihat pandangan orang luar.

    Sebaliknya, sokongan ahli parti sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya. Ahli parti mungkin 30 peratus sahaja daripada jumlah pengundi di kawasan bertanding.

    Lansung tidak kedengaran pasal Melayu' di bawah Zahid Dan Mat Hassan..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post