Azeez Dilantik Pengerusi KEDA, Syed Ibrahim Mengetuai MDEC..

JITRA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melantik bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Santuni Kasih Ramadan Kedah di Masjid Al-Aqla, Pekan Jitra, di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Abdul Azeez akan menggantikan bekas Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi memegang jawatan itu.

"Di bawah kementerian, kami ada Lembaga Kemajuan Wilayah yang meliputi kawasan-kawasan di luar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan luar bandar untuk negeri Kedah.

"Dahulunya, KEDA di bawah pimpinan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang telah dilantik oleh kerajaan (kini) diberikan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Ahmad Zahid menyatakan, Jamil Khir yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai akan diberikan peluang lain di peringkat nasional.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap jalinan agensi-agensi di bawah KKDW dan kerajaan negeri perlu dilakukan dengan cara paling mudah.

Pada Ogos 2022, Jamil Khir menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi KEDA menggantikan Exco Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail lapor Sinar Harian.

Hari ini pula Astro Awani melaporkan orang kuat PKR yang juga Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkuat kuasa 1 April lepas.

Menurut MDEC dalam kenyataan hari ini, Syed Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Bhd iaitu dari 1989 hingga 2014 dengan jawatan terakhir adalah penolong pengurus besar.

"Beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem," menurut MDEC - AstroAwani


.... Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat sementara pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula menerajui Felcra.

Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA).

Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik dilantik pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd, juga bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Digital.

Bakhtiar adalah juga bekas timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya.

Tiga ahli politik juga dilapor dilantik ke agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Tekun Nasional dan SME Corp.

Bekas ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dari PKR dilantik pengerusi Lembaga Tekun Nasional sementara Ahli Parlimen Hulu Langat dari Amanah, Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai timbalannya.

Bekas presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga bekas menteri Bernard Dompok pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga SME Corp.

Apa dah jadi?.. Reformasi apanya macam ni?

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mahkamah dah macam bijik kelentit...

    Hakim Nazlan Ghazali didapati melanggar etika semasa mengetuai kes SRC International Najib Razak.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Nazlan menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes itu.

    Dah tahu itu salah ini salah SPRM kata salah menteri kata salah tunggu apa lagi heret Dan ambil lah tindakan sewajarnya.. macam bijik kelentit Hakim kat mMalaysia ni

    ReplyDelete
  2. Kalau semua kata salah , semua kata tak betul bila nak ambil tindakan..!?

    Menteri undang-undang Azalina Othman Said mengesahkan dalam surat kepada peguam Najib Razak bahawa SPRM mendapati Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mempengerusikan kes SRC International.

    Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata ini juga merupakan kes campur tangan eksekutif.

    campur tangan eksekutif yang jelas, melampaui bidang kuasa oleh SPRM dan rancangan licik untuk menjejaskan badan kehakiman.

    “Semuanya kerana beberapa pelanggar undang-undang enggan bertanggungjawab. Adakah ini boleh diterima oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?”

    Bila nak tangkap Zety, Taufik Ayman dan Jho Low...!?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post