Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai orang tua beliau menegur dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada DAP dan UMNO agar tidak bergaduh di khalayak ramai.
"Bila kamu berkelahi secara terbuka menggunakan media, semua orang akan baca. Jadi rakyat berpandangan pemimpin parti sudah tidak sehaluan kerana bergaduh sesama sendiri.
"Untuk mendapatkan rumah tangga bahagia, mereka bergaduh dalam bilik dan tempat tertutup, barulah tidak nampak. Orang tua-tua dulu kata jangan bergaduh di halaman rumah, tepi laman sebab jiran tetangga dan orang yang lalu lalang boleh tengok, jadi semua boleh tahu masalah kita,"
Beliau berkata demikian ketika membeli baju raya kepada 41 orang penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat yang berusia lapan bulan sehingga 14 tahun.
Tapi.. depa bergaduh dihalaman rumah juga..
Ini antara Naib Pengerusi DAP Chow Kon Yeow dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed.
Ini pula antara Seorang Ahli Parlimen DAP dan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Michael Chong
kalau dibiarkan.. lama-lama kudis boleh merebak jadi kanser ni..
GEORGE TOWN: DAP tidak seharusnya dipersalahkan atas perjuangan Umno mendapatkan semula sokongan Melayu kerana parti itu sudah kehilangan sokongan masyarakat sebelum kerajaan perpaduan ditubuhkan lagi, kata Naib Pengerusi DAP Chow Kon Yeow.Menjawab kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, Chow berkata, parti yang memimpin Barisan Nasional itu sudah kehilangan banyak sokongan orang Melayu pada PRU15, sebelum bekerjasama dengan DAP.“Komen (Nur Jazlan) tidak munasabah langsung. Kehilangan sokongan Melayu terhadap mereka, daripada (menjadi) parti dominan (Melayu) kepada parti yang hanya mempunyai 20 kerusi, (itu) tiada kena mengena dengan DAP,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini.Pada Sabtu, Nur Jazlan dilaporkan berkata hubungan Umno dengan DAP dalam kerajaan perpaduan menyukarkan usaha untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu.Umno mempamerkan prestasi pilihan raya terburuk dengan hanya memenangi 26 kerusi Parlimen pada PRU15. Parti itu kehilangan sebahagian besar kerusi kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.laporan penuh sila baca di SINI
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP membidas gesaan MCA supaya Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengambilan pekerja asing.“Mengapa MCA tidak minta bekas perdana menteri Najib (Razak) bercuti apabila terdapat pelbagai siasatan berhubung 1MDB di dalam dan di luar negara?” soal Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.“Mengapa MCA bukan sahaja berdiam diri apabila dana negara dirompak oleh Najib, malah memberikannya sokongan tanpa syarat untuk memerintah negara (ketika itu)?”Lim menjawab gesaan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Michael Chong semalam agar Sivakumar bercuti sementara menunggu hasil siasatan SPRM bagi mengelak menjejaskan imej kerajaan perpaduan.Sivakumar, yang juga Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, menarik perhatian umum selepas SPRM menahan dua pegawai kanannya dan seorang ahli perniagaan minggu lalu berhubung siasatan ke atas pengambilan pekerja asing. Ketiga-tiga mereka dibebaskan daripada reman pada Isnin.Sivakumar juga disoal siasat SPRM sebanyak dua kali sebagai sebahagian daripada siasatan, menurut sumber.laporan penuh sila baca di SINI
UMNo menumpang kasih DAP@LeeKwanYew.. kata Mat Hassan
ReplyDeleteUMNo bukan tuan...macai saje kah kah kah..!!
Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew melalui proksi DAP... Ingat tu..!!
Bila Zahid Dan Mat Asan jadi jurucakap UMNo.. ini lah bahana yang mendapat Link bawah ni haah.. lu fikir lah sindri
https://suaramelayubaru.blogspot.com/2023/01/penentu-kedudukan-kerajaan-ds-anwar.html?m=1
UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!? Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.
Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.
Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6).
BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.
Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!? Keretakan dalam gabungan antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu.
"Umno Hanya Penumpang, Bukan Tuan Rumah, Tuan rumah sebenar ialah Lee Kwan Yew di Singapura melalui proksi nya Parti DAP", Kata Tok Mat..
Bila orang (UMNo) dah lemas tong taik pun orang (UMNo) boleh berpaut..mana ada hala tuju. Hala tuju kita(Umno) adalah untuk hidup menumpang kasih..", kata Mat Hasan lagi
Makna kata UMNo sekarang ini hanya kuli dan macai Lee Kwan Yew@DAP dalam PH.. kah kah kah
Haah tepokkkkk..!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!