Ini Langkah Bijak Anwar - KJ Kata

Seorang bekas menteri memuji langkah Anwar Ibrahim melibatkan komuniti perniagaan Islam semasa lawatan perdana menteri ke China, dengan berkata ia secara tidak langsung menunjukkan solidariti pada etnik Islam Uighur.

Khairy Jamaluddin berkata, langkah Anwar secara tidak langsung menyentuh kedudukan minoriti masyarakat Islam di China tanpa membangkitkan isu yang boleh memalukan tuan rumah.

“Menunjukkan solidariti dengan umat Islam di negara itu tanpa membangkitkan isu Uyghur adalah satu langkah bijak,” kata bekas menteri kesihatan itu dalam podcast “Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan” yang dimuatnaik hari ini.

Shahril, bekas ketua penerangan Umno mempersoalkan sama ada isu Uighur telah dibangkit dalam lawatan, memandangkan kekurangan laporan dikeluarkan mengenai perkara itu.

Khairy berkata, terdapat isu-isu sensitif yang mungkin dibincang secara dalaman menerusi mesyuarat antara delegasi negara ini dengan China tanpa perlu disebut di luar.

“Saya pernah jadi saksi kepada pelbagai isu dibangkitkan dalam perjumpaan tertutup tetapi tidak disebut dalam kenyataan akhbar ataupun sidang media sebab ingin menjaga hubungan diplomasi,” katanya.

Sebelum lawatan itu, wujudnya pakar dasar luar mendesak Anwar membangkitkan dua isu sensitif dengan Presiden China Xi Jinping, iaitu pertikaian wilayah Laut China Selatan serta layanan buruk republik itu terhadap Uighur.

Laporan sepenuhnya sila baca di SINI

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Baru gadai Pulau Batu Putih pada anak LeeKwanYew@DAP sekarang nak gadai wilayah pulak dah..

    Dari dulu dah kata jangan lantik PM Dari Utara..!!

    Semua depa gadai.. Pulau depa gadai Iman akidah depa gadai dengan COMANGO, Pluralisma Murtad Syiah LGBT Gay..!!

    Anwar menambah, ‘kalau negara China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan’....!? Whattttt...!???

    Tuntutan bertindih Malaysia - China di Laut China Selatan ‘terutama kebimbangan negara China kerana PETRONAS telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang juga dituntut oleh negara China’.

    Kawasan cari gali PETRONAS yang dirujuk oleh Perdana Menteri adalah dalam wilayah Malaysia dan tidak boleh dirundingkan walaupun dituntut oleh negara China.

    Kenyataan ini adalah cuai dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri. Implikasi kenyataan ini secara tidak langsung telah memperakui tuntutan negara China terhadap kawasan yang sudah sah merupakan wilayah Malaysia yang mesti dipertahankan.

    Keduanya, Perdana Menteri juga membuat kenyataan berikut di Dewan Rakyat:

    ‘…tentang kehadiran kapal dan sebagainya, itu diterangkan oleh negara China. Itu perairan Antarabangsa. Akan tetapi pihak kementerian luar akan terus memantau dan sekiranya ada pelanggaran, akan mengeluarkan bantahan.’

    Pertindihan tuntutan, sebarang perbincangan mesti dibuat selaras dengan Konsensus ASEAN dan South China Sea Code of Conduct.

    Dalam soal kehadiran kapal tentera laut China di kawasan perairan yang turut dituntut oleh tujuh negara termasuk Malaysia tetapi didakwa oleh China sebagai perairan Antarabangsa, Perdana Menteri sepatutnya tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara seperti yang termaktub dalam peta Malaysia 1979.

    #lubangjubopundepagadaibroo

    ReplyDelete
  2. Ini lah fakta Malaysia ada Hakim Mahkamah Kepalo Butoh..!!

    Contoh penghakiman yang menyebabkan kami sangat tidak berpuas hati dan percaya Najib tidak diberikan perbicaraan yang adil.

    SRC melantik syarikat Ihsan Perdana untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    SRC membayar RM50 juta kepada Ihsan Perdana.

    Ihsan Perdana pula membayar dana RM42 juta dari RM50 juta itu kepada akaun atas nama Najib.

    Ketika disoal dalam mahkamah, Pengarah Urusan Ihsan Perdana ketika itu Dr Shamsul Anwar Sulaiman memberitahu bahawa dia diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling untuk pindah RM42 juta kepada akaun atas nama Najib.

    Ung Su Ling juga kata dia tak tahu akaun tersebut adalah milik Najib tetapi dia kata dia diarahkan oleh arwah Datuk Azlin melalui WhatsApp untuk pindahkan RM42 juta terbabit.

    Lalu, peguam Najib pula mengeluarkan bukti bahawa Ung Su Ling yang juga merupakan seorang peguam pernah bekerja untuk Jho Low selama 8 tahun dari tahun 2004 ke 2012.

    Peguam Najib turut mengeluarkan bukti catatan Blackberry antara Ung dengan banker Joanna Yu bahawa ianya Jho Low yang arahkan pemindahan dana RM42 juta tersebut.

    Selepas Nazlan menjatuhkan hukuman ke atas Najib, bekas pengurus besar Goldman Sachs memberi keterangan dalam kesnya di Amerika Syarikat bahawa Datuk Azlin dan Nik Faisal pernah dibayar RM5 juta seorang oleh Jho Low.

    Tetapi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Najib untuk memasukkan bukti bayaran Jho Low kepada Datuk Azlin dan Nik Faisal biarpun ianya secara langsung membuktikan penghakiman Nazlan sudah salah.

    Menteri undang-undang Azalina Othman Said mengesahkan dalam surat kepada peguam Najib Razak bahawa SPRM mendapati Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mempengerusikan kes SRC International.

    Akhirnya, tiada satu daripada lebih 40 bukti yang Najib ingin masukkan ke dalam perbicaraan dia pernah diterima oleh mahkamah.

    Jho Low lesap kaya raya sambil tepok tangan bersama kaum Cina DAP@ LeeKwanYew, Zety Taufik Ayman dan anak penyamun depan bijik mato penguasa pun buat bodoh.. yang penguasa mampu lakukan hanyalah gentel telo Palo Butoh sajo..!!!

    Yang hado hanya lah Hakim Kepalo Butoh..!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post