Pegawai Kanan Kementerian Sumber Manusia Ditahan SPRM


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam berhubung isu pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, pegawai berkenaan sebelum ini ditempatkan di pejabat Menteri Sumber Manusia, sebagai pembantu kanan.

Dalam penahanan itu, seorang lagi suspek yang dipercayai ejen pengambilan pekerja asing turut ditahan SPRM untuk membantu siasatan.

Dalam siasatan itu, SPRM juga dikatakan sudah menyerbu pejabat kementerian terbabit yang didakwa mengadakan proses pengambilan pekerja asing yang dikaitkan dengan KSM.

Mereka didakwa ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari negara jiran.

Siasatan SPRM ketika ini adalah berkaitan penubuhan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

Dalam siasatan itu, SPRM juga dikatakan sudah menyerbu pejabat yang didakwa mengadakan proses pengambilan pekerja asing yang dikaitkan dengan KSM.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu - BH

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post