Pelajaran Dari Ukraine Buat TUDM

PADA 2011 di bawah program Engineering Change Proposal 618 atau ECP, pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dinaik taraf dengan beberapa kelengkapan baharu untuk memberi peningkatan kuasa tempur.

Di bawah program naik taraf itu, pesawat Hornet TUDM dipadankan dengan pod pencarian sasaran baharu, integrasi sistem Joint Helmet-Mounted Cueing System (JHMCS) yang membolehkan pengoperasian paparan sasaran dan persenjataan pada visor helmet juruterbang serta keupayaan menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X.

Pesawat juga dilengkapkan dengan Sistem Penentududukan Global (GPS) untuk kegunaan bom-bom tanpa panduan daripada jenis GBU-31, -32, -38 dan -54 yang apabila dipasangkan pada bom-bom tersebut bakal menjadikan ia sebagai bom pintar atau Joint Direct Attack Munitions (JDAM).

JDAM menggunakan panduan sistem GPS dan inersia melalui komponen khas di pasang pada bom jenis GBU buatan Amerika Syarikat (AS) yang sedia ada dalam inventori TUDM.

JDAM membolehkan pesawat Hornet F/A-18D TUDM menyerang sasaran dalam apa juga keadaan cuaca tanpa masalah dengan ketepatan tinggi walaupun sasaran berada lebih 24 kilometer jauhnya dan pesawat boleh terus meninggalkan lokasi sebaik sahaja sasaran dikenal pasti dan bom dilepaskan.

Dengan peningkatan itu, pesawat Hornet TUDM tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem kawalan peluru berpandu panduan optik atau pancaran laser yang kerap gagal berfungsi dengan baik sekiranya terdapat halangan awan tebal atau asap di atas sasaran.

Pada 2011, tahun sama pesawat Hornet F/A-18D TUDM mula menjalani peningkatan program ECP, beberapa insiden berkaitan sistem GPS yang digunakan dalam sistem kelengkapan dan persenjataan mula menimbulkan keresahan terutama dalam kalangan negara-negara Barat.

Pada tahun tersebut, Korea Utara telah berjaya menyekat sistem isyarat GPS Korea Selatan menggunakan sistem penyerakan elektronik (jammer) dipercayai buatan Rusia. Pada tahun sama, sebuah dron pengintip RQ-170 Sentinel milik AS telah dirampas oleh Iran.

Menurut Iran, mereka berjaya mengelirukan data GPS dron, mengambil alih kawalan dan mendaratkannya di salah sebuah lapangan pendaratan di dalam kawasan negara tersebut.

Menyedari ancaman ke atas sistem GPS, pihak Rockwell Collins telah memperbaiki sistem GPS pada bom keluaran firma Boeing itu dengan memasang lebih 225,000 sistem anti-jammer JDAM dalam sistem digunakan AS dan yang dieksport.

Apabila konflik Ukraine/Rusia meletus, ia adalah peluang untuk melihat keberkesanan sistem bom pintar JDAM terhadap lawan yang mempunyai keupayaan peperangan elektronik yang baik.

Pada 7 Mac lalu, Jeneral James Hecker, Komander Tentera Udara Amerika di Eropah (USAFE) mengesahkan AS telah mula membekalkan sejumlah kecil sistem terkini JDAM iaitu JDAM-ER kepada tentera Ukraine.

Berbanding JDAM, JDAM-ER mempunyai jarak pelancaran sehingga 72 kilometer daripada sasaran! Ia diharapkan oleh AS agar mampu menjadi azimat yang bakal mengubah nasib tentera Ukraine di medan tempur.

Tiga hari kemudian, media rasmi Rusia, TASS mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Ukraine telah melancarkan JDAM-ER terhadap kedudukan tentera Rusia di Bakhmut yang menjadi rebutan sengit kedua-dua pihak.

Apabila maklumat sulit berkaitan strategi, kelengkapan dan kemampuan tentera Ukraine dibocorkan oleh seorang tentera AS melalui media elektronik dua minggu lalu, antara maklumat terbongkar adalah penilaian berkaitan prestasi sistem JDAM-ER. Ia jelas sekali kurang memberangsangkan.

Menurut laporan itu yang turut disahkan AS sendiri, sembilan bom pintar JDAM-ER telah digunakan dan hanya lima berjaya mengenai sasaran, manakala empat lagi gagal.

Antara sebab kenapa prestasi tidak memuaskan menurut beberapa penganalisis pertahanan adalah akibat langsung daripada kemampuan sistem jammer-elektronik Rusia yang baik.

Kemampuan itu termasuklah keupayaan menghalang atau merosakkan isyarat komunikasi serta GPS sehingga kepada jarak antara 200 hingga 500 kilometer.

Penilaian kemampuan JDAM bukanlah membawa maksud bahawa sistem sama yang wujud dalam inventori TUDM telah menjadi lapuk.

Apa yang mahu ditonjolkan ialah bagaimana teknologi dan keberkesanannya adalah satu evolusi yang mesti dicerna oleh TUDM.

Keupayaan untuk menambah baik, melakukan reverse technology untuk mempertingkat kemampuan sistem terutama berkaitan spektrum elektromagnetik adalah kunci meneruskan kesinambungan kemampuan platform pertahanan udara negara.


Muhammad Fuad Mat Noor 
Penganalisis Pertahanan


Asal artikel dari SINI

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Baru Hari ini setelah 22 tahun 22 Bulan berkuasa telo atok tak goyang lagi..

    Dalam perkongsian bertajuk ‘Cari Gaduh’ menerusi Facebook petang ini, Dr Mahathir berkata, tindakan saman diambil kerana Anwar masih meneruskan fitnah terhadapnya walaupun selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.

    YESS pertarungan battle of Barua DAP@Lee Kwan Yew dah dibakul sampahkan Vs Barua Lee Kwan Yew yang baru...

    Mana mana barua DAP@ LeeKwanYew yg melingkup nanti kita hanyutkan ke Pulau Batu Putih haahh..!!

    Haaahh orang Melayu' skliannn tepokkkk Dan batu api kan barua DAP@ LeeKwanYew ini

    Mahathir akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan menuduh bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa.

    “Tun (Mahathir) telah mengarahkan kami untuk meneruskan tindakan di mahkamah. Ini membuktikan bahawa Anwar tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataannya.

    Apabila dia dah jadi Perdana Menteri, dia masih teruskan fitnah. Jadi Atok minta tarik balik dan jika tidak Atok ambil tindakan undang-undang.

    Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh? “Bagi Tun, ia adalah pembohongan oleh perdana menteri,” kata peguam Mahathir,

    Pada orang Melayu' Mari kita ramai ramai tepokk tangan Dan mohhh kita Laga laga kan semua barua barua DAP@ LeeKwanYew ini sampai lunyai... Yang melingkup Kasi hanyut di Pulau Putih

    PRN June 2023 nanti Maka semua saki Baki barua barua LeeKwanYew@DAP orang Melayu' hapuskan semua barua ini secara total..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post