PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada Adun Bersatu Selangor ditahan polis bagi membantu siasatan kes pecah amanah jenayah berjumlah RM533,440.
Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan bersama dua yang lain termasuk isterinya pada 10 April lalu.
Difahamkan ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
“Polis sedang menyelesaikan siasatan dan akan menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya tidak lama lagi,” kata sumber itu kepada FMT, sambil menambah Adun itu bukan suspek dalam kes berkenaan.
Sumber itu berkata, pada Julai 2022, pembantu Adun itu menjemput mangsa, seorang pengarah syarikat, untuk membida kontrak RM1.7 juta bagi menganjurkan program Kementerian Belia dan Sukan di Perak.
Mangsa diminta membayar komisen 3% dan membida projek itu melalui NGO yang dikaitkan dengan pembantu berkenaan.
Bagaimanapun, selepas menerima bayaran, mangsa menyedari dia mengalami kekurangan wang sebanyak RM533,440, kata sumber itu.
Mangsa dikatakan mendapati jumlah itu dipindahkan oleh NGO itu kepada sebuah syarikat milik isteri suspek.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah - FMT
Sakau RM533,440.00, Pembantu ADUN BERSATU Ditahan Polis
byAnak Sungai Derhaka
-
1
UMNo menumpang kasih DAP@LeeKwanYew.. kata Mat Hassan
ReplyDeleteUMNo bukan tuan...macai saje kah kah kah..!!
Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew melalui proksi DAP... Ingat tu..!!
Bila Zahid Dan Mat Asan jadi jurucakap UMNo.. ini lah bahana yang mendapat Link bawah ni haah.. lu fikir lah sindri
https://suaramelayubaru.blogspot.com/2023/01/penentu-kedudukan-kerajaan-ds-anwar.html?m=1
UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!? Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.
Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.
Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6).
BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.
Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!? Keretakan dalam gabungan antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu.
"Umno Hanya Penumpang, Bukan Tuan Rumah, Tuan rumah sebenar ialah Lee Kwan Yew di Singapura melalui proksi nya Parti DAP", Kata Tok Mat..
Bila orang (UMNo) dah lemas tong taik pun orang (UMNo) boleh berpaut..mana ada hala tuju. Hala tuju kita(Umno) adalah untuk hidup menumpang kasih..", kata Mat Hasan lagi
Makna kata UMNo sekarang ini hanya kuli dan macai Lee Kwan Yew@DAP dalam PH.. kah kah kah
Haah tepokkkkk..!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!