Angka 126 Sebabkan Penyokong Kerajaan 'Meroyan'?

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman, memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau turut menyifatkan angka '126' yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook kelmarin, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

"Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai 'Ƨyber troopers' prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

"Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya," katanya.

Kelmarin, Dr Muhammad Faiz memuat naik catatan di Facebooknya dengan menulis '126 dah…jika benar Alhamdulillah'.

Hantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka itu sebagai jumlah Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Beliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen atau sebaliknya.

"Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Kami bukan seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu, yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut 'I have the numbers'.

"Adakah salah saya sebut 126?," soalnya.

Isnin lalu, Anwar tidak menolak wujud konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun beliau menegaskan ia sebagai tidak berasas.

Dalam perkembangan sama semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan, menafi dakwaan sesetengah pihak bahawa ada Ahli Parlimen daripada parti itu terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Jelasnya, BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan, sebaliknya akan terus berpegang kepada janji untuk membentuk kerajaan yang stabil - BH

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Harapkan Bersatu nak tanggung kos beli wakil rakyat dah tak kesampaian kerana akaun dah kena beku. Sekarang bergantung kpd kekayaan peribadi anak2 Atok dan Daim. Konspirasi geng KORUP disokong oleh penunggang agama tersohor! Bukalah matamu kaum bani Melayu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post