Apa Beza Kerajaan Najib, Muhyiddin Dan Anwar?

Dasar Kerajaan Perpaduan akan dilihat tidak jauh berbeza dengan prinsip kerajaan terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya amalan agihan jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun dalam kalangan pemimpin politik berterusan dipraktikkan kerajaan sedia ada.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, beliau bimbang keyakinan rakyat terhadap agenda reformasi politik dan pentadbiran kerajaan yang dilaung-laungkan Pakatan Harapan (PH) selama ini semakin terhakis sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertindak segera untuk membendung amalan berkenaan.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan amalan 'ghanimah' jawatan politik terpaksa dilaksanakan Kerajaan Perpaduan demi mengukuhkan kestabilannya.

Hal ini memandangkan beliau berpendapat, PH tidak boleh mempraktikkan amalan pelantikan 'ayam-ayam tambatan' parti-parti kerajaan ke jawatan penting GLC dan badan berkanun semata-mata untuk menjaga kepentingan politik dan poket individu-individu berkenaan.

"Dahulu kita (PH) janji pada rakyat bagaimana? Nanti bila amalan ghanimah politik ini sudah jadi 'asal bisa tegal biasa', sudah tidak ada beza prinsip kerajaan sekarang ini dengan kerajaan zaman pimpinan Najib, Muhyiddin.

"Saya tidak boleh terima alasan kerajaan terpaksa amal agihan jawatan GLC, badan berkanun kepada pemimpin politik demi kestabilan kerajaan. Nampak tiada asas sebab sebahagian besar lantikan itu diberi kepada pimpinan politik yang kalah pilihan raya.

"Dari dahulu lagi saya suarakan kesedihan mengenai perkara ini dan bimbang rakyat akan semakin hilang keyakinan terhadap PH dan Kerajaan Perpaduan.

Takkan amalan lantik 'jack of all trades' atau ayam-ayam tambatan parti politik kerajaan untuk jawatan GLC akan berterusan?," kata wakil rakyat PKR itu kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman terkini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melantik lima pemimpin politik PH bagi jawatan pengerusi baharu lima badan berkanun di bawah kementerian itu, berkuat kuasa 15 Mei ini.

Pengumuman ini menimbulkan polemik perdebatan dalam kalangan pemimpin PH dan Kerajaan Perpaduan memandangkan amalan agihan jawatan GLC dan badan berkanun kerajaan dilihat berterusan dilaksanakan menteri UMNO dan PH sejak tertubuhnya kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Hassan turut mempersoalkan keengganan menteri-menteri di dalam Kerajaan Perpaduan mengutamakan pelantikan jawatan penting GLC dan badan berkanun dalam kalangan pakar atau tokoh teknokrat yang sememangnya berpengetahuan luas dalam bidang-bidang diterokai syarikat kerajaan berkenaan.

Pandangan Hassan itu bagaimanapun ditolak sepenuhnya oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang menegaskan isu pelantikan lima pemimpin PH memegang jawatan pengerusi badan berkanun tidak seharusnya dipolitikkan.

Beliau turut menegaskan ramai terkeliru dengan asas pendirian PH sebelum ini yang tidak menyatakan lantikan jawatan tertinggi badan berkanun termasuk dalam kempen koalisi itu menolak sebarang usaha pelantikan jawatan GLC untuk pemimpin politik.

"Lima pemimpin PH yang dilantik oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bukan melibatkan jawatan syarikat GLC, sebaliknya badan berkanun yang tidak terikat dengan tanggungjawab terhadap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

"Lagi satu, ramai tidak faham pelantikan jawatan politik bagi syarikat badan berkanun adalah berbeza dengan prinsip lantikan jawatan untuk syarikat GLC. PH tidak pernah kata kita menolak sebarang pelantikan politik untuk jawatan badan berkanun, cuma GLC sahaja yang kita tidak terima.

"Lagipun, kelima-lima pemimpin Amanah dan DAP yang dilantik menteri memang ada merit dan sangat berkelayakan untuk jawatan digalas, jadi apa isunya?," ujarnya.

Mujahid yang juga Pengerusi PH Perak turut meminta rakan-rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan terutama UMNO supaya tidak mempertikaikan pelantikan dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang sememangnya berasaskan autoriti yang sah.

"Adakah lima pemimpin PH ini terpalit kes mahkamah? Mereka dilantik atas merit dengan keputusan itu tidak bercanggah dengan dasar PH. Jadi, jangan polemikkan keputusan berkenaan.

"Dengan pelantikan itu dibuat atas merit kepimpinan parti oleh kuasa menteri, pelantikan itu perlu dihormati semua pihak sebagai agenda mengukuhkan Kerajaan Perpaduan," katanya - SH

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Guan Eng marah atau acah acah marah pasal OPR naik... Possible marah bebeno tu ado Le sbb orang orang kaya mata sepet ni suka pinjam bank...

    Raja Formula Rafizi pulak kato sokong tindakan Bank Negaro.. ni acah acah pandai formula atau mme Dio sorang yang bangang

    Sesama duduk dlm kerajaan pun tak sehalua

    Bang Non pulak lansung tak bunyi..


    Kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kau tu bodoh hahahahaha.

      OPR tu untuk kawal inflasi. Kalau rakyat sukar kawal inflasi Bank Negara akan kawal melalui OPR.

      Zaman sekarang Contohnya harga minyak masak RM 26.99 untuk 5 kg. Munasabah juga.

      Zaman PN harga mintak masak 5 kg hampir RM50. LEPAS TU OPR NAIK 4 KALI. TAK KE BANGANG NAMANYA TU HAHAHA!!!

      HADI MANA??? SI BANGANG TU MANA TAHU APA-APA!! ORANG BINCANG PASAL BELANJAWAN DIA SIBUK CERITA TEBUK ATAP DALAM PARLIMEN HAHAHAHAHA!!

      PATUTLAH NEGERI-NEGERI DI BAWAH PN MELINGKUP PEMIMPIN-PEMIMPIN BODOH-BODOH BELAKA HAHAHAHAHA!!!!

      Delete
  2. HAARP punca cuaca tidak menentu bukan fenomena alam.

    Asia Pacific pentas Utama dunia Abad ke 21. Kekayaan ekonomi peningkatan faraf hidup dan teknologi terkini sedang meningkat drastik. Tak hairan sekutu USA China dan Russia sedang berusaha menguasai Asia Pacific.

    Sebalum ini taufsn Katarina, Sally Emily dsb nya selalu melanda Miami Florida, Bermuda dan Amerika Latin. Tiba tiba lansung tiada taufan tornado kategori F1 melanda kawasan tersebut.

    Cuaca tidak menentu panas, kering hujan lebat ribut petir dan gempa bumi banyak berlaku di Asia Pacific. Tentera USA berkubu di Filipina Dan Taiwan kesan kebangkitan China dan Russia.

    Sesiapa yang menguasai cuaca mereka akan menguasai dunia. Eastland mengemukakan laporan rahsia Pentagon, HAARP. Eastland sengaja menegaskan: "Ia boleh mengubah cuaca di kawasan tertentu, musuh menghadapi keadaan cuaca yang sangat keras dan juga boleh membuat musuh tidak boleh mengambil apa-apa tindakan balas.

    Teknologi dalam persenjataan dan peperangan baru ini berteraskan apa yang dikenali sebagai elektromagnetik scalar, iaitu gelombang tenaga yang mudah tetapi begitu berkuasa sehingga menjadikan senjata nuklear ketinggalan zaman. Secara ringkas, formula terkenal Albert Einstein e=mc2 kini mempunyai saingan lebih hebat iaitu e=tc2.

    Hujan tiruan, kabus tiruan dan anti-kabut, kilat tiruan, taufan kesan tiruan, teknik-teknik ini sama ada sebagai seorang awam, juga sering digunakan cara-cara berperang cuaca.

    Peperangan cuaca dalam sejarah, terdapat tiruan skala menjejaskan teknologi cuaca tempatan yang digunakan di medan perang, berasal dari Perang Dunia I, Perang Dunia II, telah mencapai kemajuan besar ke. AS kajian tentera "penggerak dan penggoncang" teknik makmal iklim, setakat ini

    Kewujudan senjata dan peperangan baru ini dinyatakan seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War yang diterbitkan pada 2000.

    Bumi akan digunakan sebagai senjata pada alaf baru iaitu dengan menggembleng kuasa alam semula jadi untuk peperangan.

    Senjata elektromagnetik ‘mempunyai keupayaan untuk memancarkan ledakan serta kesan lain seperti cetusan gempa bumi merentasi benua terhadap mana-mana sasaran di dunia ini dengan kekuatan yang menyamai beberapa letupan nuklear yang kuat.’

    Katanya, sejak 40 tahun lalu, tentera AS sudah melakukan uji kaji terhadap atmosfera bumi dengan menggunakan gelombang serta bahan kimia iaitu cubaan untuk memusnahkan lapisan ozon di ruang udara kawasan musuh, sekali gus merosakkan tanaman dan kesihatan manusia menerusi pendedahan sinaran lampau ungu matahari.

    Pada Disember tahun sama, Dr Bertell mengejutkan peserta Perhimpunan Kesihatan Rakyat di Dhaka, Bangladesh, apabila beliau mendedahkan bahawa ‘senjata terkini dalam persenjataan tentera AS ialah bumi dan cuaca akan menjadi antara senjata pemusnah terburuk menjelang 2025’.

    Mulai cuaca tak menentu masa kini taufan Katarina, Emily, Sally dll taufan kategori F1 akan berlaku di rantau Asia Pacific bukan di Bermuda, Florida Jamaica Atlantik lagi...Cuaca panas sejuk hujan banjir ini baru permulaan ... Tornado F1 dan gempa bumi... Tungguuu..

    Beliau merujuk bagaimana gempa bumi dan tornado yang dicipta akan menyebabkan kemusnahan terhadap sesetengah negara dan rakyat negara terbabit.

    Fikir fikir dan renungkan sesiapa menguasai cuaca dunia mereka menguasai dunia ini...!!

    ReplyDelete
  3. Kesalahan PAS ialah melayan Mahathir setelah Angkat Kaki Dari GTA Dan PejWang..

    Sepatutnya biarkan saja legacy itu melingkup di Pulau Batu Putih Singapura sana..

    Mana mana pemimpin yang melayan kerenah Tun Mahathir akan melingkup bersama sama Tun dan boboi dalam pilihanraya nanti..!!

    GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi terutama ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lepas.

    Dr Mahathir memaklumkan, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu selain tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

    Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersama 12 lagi ahli yang lain.

    Sepatutnya biarkan saja Tun Mahathir Dan Boboi melingkup jangan layan barua DAP@ LeeKwanYew ini. Proklaminasi Gun sekadar Proklaimanasi pantek Tun Dan Boboi semata mata..!! Bukan untuk Melayu' apa lagi untuk Isle..

    Anak anak Tun bukan Mesra masjid anak perempuan nya Mesra gereja, COMANGO, LGbT Politik toksik..

    Mana mana pemimpin yang melayan Tun PRN akan datang akan kalah dalam mana mana pilihanraya

    ReplyDelete
  4. Kesalahan PAS ialah melayan Mahathir setelah Angkat Kaki Dari GTA Dan PejWang..

    Mana mana yang layan Tun Mahathir Mohammad bakal melingkup dalam pilihanraya nanti.

    Sepatutnya biarkan saja legacy itu melingkup di Pulau Batu Putih Singapura sana..

    Mana mana pemimpin yang melayan kerenah Tun Mahathir akan melingkup bersama sama Tun dan boboi dalam pilihanraya nanti..!!

    GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi terutama ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lepas.

    Lupakan Tun Mahathir Dan Boboi... Mana mana pemimpin yang bersama Tun pasti melingkup di PRN... Stay away from Tun..!!!

    ReplyDelete
  5. Terang lagi bersuluh UMNO hanyalah macai DAP.

    UMNo akhirnya berjaya menghadiahkan DAP@LeeKwanYee Dewan Merdeka, Dewan keramat UMNo keramat ini.

    Hidup Malaysian Malaysia..! Soal Raja Raja, hak kesamaan agama, hak kesamaan gender, hak murtad bertukar agama, hak setiap bangsa, soal bahasa, soal budaya, azan dan tulisan jawi, perarakan komunis, perarakan LGBT, pengiktirafan UEC, pilihanraya PBT, jual aset tabung haji dan banyak lagi yang di perjuangkan oleh komunis DAP@LeeKwanYew tentu akan berkumandang dan di pertahankan di Dewan Merdeka selepas ini.

    Hilang maruah dan akal budi hanya kerana merelakan diri menjadi pelacur politik. Perjuangan demi Agama, Bangsa dan watan tercinta hanya gumam yang laku di jual di depan kuda belang sendiri sementara komunis terus bertapak dan mencengkam menanam uri berduri lebih dalam, kukuh dan pasti terpatri.

    Dunia akhir zaman, umat akan mengikut dan menurut musuh Islam itu sehasta demi sehasta, sedikit demi sedikit namun kemudian walau masuk ke dalam lubang biawak sekali pun mereka tetap menurut kepadanya.

    Maka PRan June 2023 ini nanti maka kesemua saki Baki barua barua DAP@LeeKwanYew mesti dihapuskan secara total...

    ReplyDelete
  6. Hello there! I came across your blog post discussing the differences between the Najib, Muhyiddin, and Ismail Sabri administrations. It's an interesting and insightful read. On another note, I appreciate your mention of the 24 off $100 Target coupon code. As a savvy shopper, I'm always on the lookout for ways to save money, and this code will certainly come in handy. Thank you for sharing valuable information on both political matters and shopping vouchers. Keep up the great work!

    ReplyDelete
  7. Hello there, fellow readers! I stumbled upon this thought-provoking blog post, which explores the differences between the governments of Najib, Muhyiddin, and Ismail.Fetch, the popular receipt-scanning app, has been revolutionizing the way people earn rewards for their shopping habits. Although I couldn't find any specific information about the How Many Receipts Are Scanned On Fetch In February more details check it

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post