Bagaimana Hendak Tingkatkan Simpanan Kalau Harga Barang Turut Meningkat?

KUALA LUMPUR: Kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berpotensi memberi risiko peningkatan semula kepada inflasi kerana memberi kesan kepada kos input import yang lebih tinggi, demikian menurut penganalisis.

Profesor Adjung Tun Ahmad Sarji School of Goverment and Public Services (TASSGPS) Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Dr Zulkiply Omar, berkata kelemahan ringgit dijangka menyumbang kepada peningkatan inflasi berikutan inflasi import.

Beliau berkata, harga barangan pengguna kemungkinan besar akan meningkat kerana peniaga dijangka tidak akan menyerap kenaikan harga, sebaliknya akan dibebankan kepada pengguna.

"Inflasi diimport juga akan meningkatkan kos pengeluaran bagi barangan memerlukan input yang diimport, seterusnya menyumbang kepada kenaikan harga barangan pengguna," katanya.

Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pula berkata secara amnya, kelemahan ringgit akan menjadikan import lebih mahal.

Beliau berkata, keadaan itu akan memberi tekanan kepada inflasi, yang dikatakan sebagai inflasi import berikutan keperluan untuk mengimport sesetengah barang.

"Namun, ia juga bergantung kepada permintaan," katanya.

PERKASA PEMANTAUAN

Sementara itu menurut Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, secara umumnya, kadar inflasi di negara ini sudah mencatatkan trend penurunan, iaitu 3.3 peratus pada April lalu berbanding 4.7 peratus yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, penurunan itu banyak didorong oleh sektor makanan dan minuman bukan beralkohol serta pengangkutan kepada 6.3 peratus dan 2.1 peratus, yang mana kedua-dua komponen itu masing-masing mewakili 29.5 peratus dan 14.6 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

Katanya, trend itu seharusnya menunjukkan bahawa tekanan inflasi yang disumbang oleh faktor permintaan sudah berkurangan, sekali gus menunjukkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 125 mata asas sepanjang 2022 sehingga kini telah pun memenuhi objektifnya.

"Justeru, kebarangkalian OPR untuk dinaikkan lagi adalah kecil. Ini berikutan dasar monetari perlu juga mengimbangi keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi memandangkan prospek pertumbuhan pada masa akan datang dilihat semakin mencabar.

"Walau bagaimanapun, kadar inflasi bagi makanan dan minuman bukan beralkohol masih lagi dikira tinggi. Namun, penyelesaiannya memerlukan dasar yang lain seperti dasar pertanian negara bagi memenuhi keperluan makanan oleh rakyat tempatan," katanya.

Mohd Afzanizam juga tidak menolak bahawa kelemahan ringgit akan memberi kesan kepada inflasi berikutan negara sentiasa mengimport bagi kebanyakan produk agro makanan.

Beliau berkata, jika inflasi meningkat, ia masih dalam paras jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini, iaitu antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.

Katanya, jika rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan, paras inflasi akan bergerak menghampiri paras 3.8 peratus.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, pemantauan aktiviti perniagaan sepanjang rantaian industri perlu diperkasakan supaya harga makanan tidak melambung tinggi akibat kegiatan perniagaan yang songsang seperti perbuatan sorok, manipulasi harga dan juga aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, penyelesaian kepada masalah inflasi tidak terhad kepada kawalan harga, subsidi dan dasar monetari.

Katanya, ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, terutama landskap di dalam sesebuah industri - BH

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Akhirnya... dolu pandai berjubo, skg dah pandai fitnah...kah kah kah

    Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM

    SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

    "Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

    Fitnah fitnah dan fitnah lagi.. Itulah senjata PMX kita punya Brother Anwar Bin Ibrahim..!

    Inilah sebabnya sejak menjadi PMX, Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat.

    Rakyat melihat seorang pemimpin korup seperti Zahid diangkat menjadi TPM. Rakyat melihat nepotisme Anwar dalam lantikan Nurul Izzah yang kalah dalam PRU-15 sebagai penasihat khas PMX.

    Cerita dongeng Al Jubori ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta.

    Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Ini lah contoh PMx "Bapa Pembohong Negara"

    Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Brother Anwar Bin Ibrahim.

    Keesokkan hari, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Pas akan mengambil tindakan terhadap Anwar ekoran dakwaan itu.

    Brother Anwar Bin Ibrahim membalas kenyataan Takiyuddin dengan berkata, “I sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama I tau.”

    Cuba fikir, jika benar Brother Anwar Bin Ibrahim memiliki dokumen bukti, sudah pasti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menggunakan bukti itu untuk mendakwa kepimpinan PN di mahkamah dan memohon membekukan akaun berkaitan.

    Namun, Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan bahawa SPRM gagal menemui sebarang bukti dan tidak membuka sebarang fail siasatan setakat ini.

    Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan Anwar mendedahkan lima bulan lalu bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim memiliki ‘dokuman’ bukti?

    Jika benar kenyataan Anwar berasas dan berpandukan ‘dokumen bukti’, kenapa pihak SPRM gagal menemui sebarang bukti setakat ini?

    Dulu kuat berjubo, sekarang kuat Pembohong

    Lingkup kan saki Baki barua DAP@LeeKwanYew di PRN 2023 Jun nanti..

    ReplyDelete
  3. Hidupkan semula cukai GST.
    Sistem percukaian yang merapu antara punca kenaikan barang tidak menentu.
    Makan di restorans membayar ikut sedap mulut peniaga tanpa resit.
    Membeli barangan ikut suka peniaga menjual barang tanpa pantauan secara online.
    Lain kedai, lain harga barang.
    Harga tak selaras.
    Peniaga kaut keuntungan ikut suka.
    Tiada sistem online memantau harga barang ikut standard pengeluar sehingga kepada pembeli.
    Dulu nak beli susu jenama A, harganya sama di semua tempat.
    Sekarang ikut suka para peniaga.
    Kaut untung mendadak ikut suka.

    Dulu aku kutuk dan kecam gst.
    Ikut demo tolak gst.
    Sekarang sedar kenapa peniaga hasut pengguna/pembeli tolak gst.

    Kepada kerajaan madani atau mana-mana bakal kerajaan di negara kita.
    Jika gst boleh dihidupkan semula boleh dimulakan dengan 2% atau 3% untuk menyelaras dan memantau harga barang seluruh negara.

    X-Anti GST

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post