Oleh JUANI ABU BAKAR
PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan seolah-olah dalam dilema bagi menangani isu pengampunan diraja Datuk Seri Najib Tun Razak, sama ada mahu mempercepatkan proses permohonan tersebut atau sebaliknya.
Ini kerana, sebarang reaksi, tindakan mahupun keputusan kerajaan akan memberikan kesan terhadap semua pihak terutamanya parti-parti kerajaan yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Jika bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat, beliau akan menjadi individu terawal diampunkan dalam tempoh tidak sampai setahun selepas dipenjarakan.
Namun, jika Najib tidak diampunkan dalam masa terdekat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan tekanan dan desakan dalam menjaga hati sesetengah pihak yang mahukan pengampunan Najib diproses segera.
Ini kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan Lembaga Pengampunan terhadap mana-mana individu termasuk Najib.
Bercakap kepada media, bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, walaupun keputusan akhir pengampunan terletak pada Agong, proses pengampunan banyak melibatkan pandangan Perdana Menteri.
“Pandangan Perdana Menteri boleh mempengaruhi Lembaga Pengampunan, malah beliau boleh menasihatkan kes yang sesuai untuk pertimbangan baginda.
“Agong mendengar pandangan semua ahli lembaga, tetapi pandangan Perdana Menteri paling diambil kira,” katanya.
PENGAMPUNAN
Katanya, ia boleh dibuktikan menerusi tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon pengampunan daripada Agong bagi membebaskan Anwar pada 2018, dalam tempoh beberapa hari selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri susulan pertukaran kerajaan.
“Agong ketika itu terus mengampunkan Anwar, berdasarkan nasihat iaitu mengapa Anwar patut diampunkan dan atas apa-apa sebab yang munasabah. Jadi, pandangan Perdana Menteri adalah penting,” katanya.
Berbeza dengan Anwar, ketika ini Najib mempunyai lima kes yang belum selesai secara muktamad termasuk kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih boleh dirayu oleh pihak pendakwaan.
Kes-kes lain dihadapi Najib ialah penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International, RM27 juta dan enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion (didakwa bersama-sama bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah).
Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula menyifatkan, Najib mempunyai hak untuk membuat permohonan pengampunan, namun semua pihak perlu menyerahkan kuasa pengampunan sepenuhnya kepada budi bicara Agong.
Bagaimanapun, beliau berharap proses itu dapat dijalankan dengan mengambil kira implikasi terhadap imej mahkamah sebagai institusi kehakiman yang membuat keputusan.- UTUSAN
Dilema Pengampunan Najib Razak
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Proklaiminasi Melayu'...
ReplyDeleteAsalkan bukan acah acah power Proklaimanasi Melayu' Pantekkk udah ler...!!
Sokong saja tapi kena ber hati hati dengan si pantek lidah bercabang ni.. Asal boleh tumbang kan saki Baki barua DAP@LeeKwanYew boleh saja kita sokong...
Asalkan Boboi bukan jadi calon dan Parti Pejuang tidak berada dalam Perikatan Nasional..!! Anak anak bekas barua DAP@LeeKwanYee ini adalah Mesra Gereja, pejuang COMANGO, pejuang liberalisma SIS dan LGBT politik toksik.. Fakta anak beranak sama Tok Wan nya julang plakad COMANGO Seksuality Merdeka di jalan TAR..
Tragedi Pulau Batu Putih baru saja digadai pada anak Lee Kwan Yew oleh barua lidah bercabang paling renta berjaya dibaruakan oleh DAP@ LeeKwanYew.
Silap ari bulan serban janggut Dan kopiah dengan telo labuh ulamak ulamak PN pulak kena jual pada anak Lee Kwan Yew pulak nanti...
Mac, percubaan sebelum ini untuk mengadakan acara yang menampilkan Mahathir telah dibatalkan selepas tempat tuan rumah membatalkan tempahan penganjur.
Pada masa itu, Mahathir menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pembatalan itu.
"Tiada perkara seperti ini boleh dilakukan tanpa persetujuan atau arahannya," katanya.
Minggu lalu, Mahathir berkata orang ramai tidak perlu takut dengan “gelombang hijau” sokongan kepada Perikatan Nasional, sambil menunjukkan bahawa Malaysia menyaksikan pembangunan pesat apabila ia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.
Ini nama nya gerakan Proklaminasi Melayu' oleh pemimpin acah acah power Melayu' Islamik' oleh legasi barua DAP@LeeKwanYew yang sudah dibakul sampahkan oleh Singapura setelah Pulau Batu Putih diberikan pada anak Lee Kwan Yew semasa pH berkuasa diterajui oleh parti DAP melalui barua Melayu' mereka proksi PAP..
Hingat yer read my lips slowly and 'gentely'
P.R.O.K.L.A.I.M.A.N.I.S.I
Haahh..
Proklaminasi pantek...!!!
Hati hati dengan lidah bercabang pemimpin acah acah power Melayu' Islamik' ni...
Sokong bersyarat..
#hatihatipemimpinacahacahpowermelayuislamik
Mahathir saman Anwar RM150 juta... Haa tepokkkk..!!
ReplyDeleteDr Mahathir Mohamad memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bahawa dia mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.
Peguam Mahathir memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dua hari lalu.
tindakan undang-undang selepas Anwar tidak mematuhi surat tuntutan agar membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar di Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac lepas.
Hikmah selepas Atok dan Boboi melingkup dari PRU hilang wang deposit tetiba Allah beri kan atok suatu keberanian luar biasa, telo atok tak goyang dah berani Saman menyaman..!!
Penyakit mudah lupa dah makin helok dan sembuh... Telo labuh Atok makin mantap tak goyang.. Sekarang apa yang orang cakap sebalom ini memory Atok boleh ingat dengan cepat Dan bertindak dengan begitu berkesan sekali.
Otak nya makin cerdas , memory mudah lupa sebelum ini makin bertambah helok. Dengan pantas Atok saman sana saman kini....
Cuma satu saja penyakit Masih kekal dolu kini dan selamanya jikalau bertemu 10 Kali lallatul qadar belum tentu penyakit atok yang satu ini akan pulih dan sembuh...!!
Iaitu penyakit lidah bercabang nya iaitu "Itu bukan salah saya.. itu semua salah Najib..!"
Dr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya itu membawa maksud dia membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya
Kaum Melayu' sklian opera Cina antara barua barua LeeKwanYew@DAP sudah bermola... Jangan orang Melayu' nak terkinja Kinja sama naik dng barua barua DAP@LeeKwanYew plak udah leer yeopp ooii..!!
Jom minyak kasi taruk lebih, kipas Kasi laju agar cepat barua barua DAP @LeeKwanYew ini dibatuapikan Dan dilaga lagakan agar semua barua DAP@LeeKwanYew cepat melingkup.. Menang jadi arang yang kalah jadi debu..
Ajommm Mealyu sekelian opera Cina LeeKwanYew@DAP dah mola, pop corn tambah kena cukup dan haaah tepokkkk.
#hapuskanbaruaDAP@LeeKwanYew
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!