Menurut satu laporan media, Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menukar Azam Baki mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak mahu menimbulkan persepsi ketua pesuruhjaya perlu diganti sekiranya perdana menteri bertukar.
Perdana menteri berkata, mengikut peraturan dan perundangan semasa, SPRM merupakan badan bebas yang tidak tertakluk kepada arahan perdana menteri.
“Sebab itu bila saya ambil alih (menjadi perdana menteri), saya tidak memilih untuk menukar ketua pesuruhjaya SPRM yang dilantik oleh Pagoh (Muhyiddin Yassin) untuk tidak menimbulkan persepsi bahawa seorang perdana menteri baharu akan melantik seorang ketua SPRM baru, sebab itu saya kekalkan.
“Dan peruntukan undang-undang sekarang ini menjamin kebebasan SPRM tidak tertakluk di bawah di bawah arahan perdana menteri,” katanya.
Bagaimanapun lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki didakwa telah “merosakkan” kredibiliti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata aktivis anti-rasuah Edmund Terence Gomez.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana kontraknya (Azam) boleh dilanjutkan apabila reputasinya dipersoalkan?
Laporan berkaitan..
PETALING JAYA: Lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki telah “merosakkan” kredibiliti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata aktivis anti-rasuah Edmund Terence Gomez.
“Bagaimana kontraknya (Azam) boleh dilanjutkan apabila reputasinya dipersoalkan? Lanjutan kontrak ini terletak di bawah seorang perdana menteri yang bercakap tentang menghapuskan rasuah,” kata Gomez.
“Ia satu kerosakan serius terhadap (kredibiliti) Anwar dan beliau perlu menjelaskan mengapa beliau membenarkan lanjutan itu.”
Gomez meletak jawatan daripada panel penasihat SPRM pada Disember 2021 berikutan laporan mengenai dakwaan terhadap Azam berhubung isu pemilikan saham korporat secara meluas walaupun terdapat had RM100,000 ke atas pegangan ekuiti untuk kakitangan awam.
Azam berkata, dia memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaunnya pada 2015, dan pihak atasannya dimaklumkan mengenai perkara itu.
Ketika Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan panel penasihat SPRM membersihkan Azam daripada salah laku, beberapa kumpulan pemantau dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggesa siasatan dibuka berhubung perkara itu.
Pada Rabu, tempoh perkhidmatan Azam telah dilanjutkan selama setahun. Kontraknya sepatutnya tamat pada 12 Mei.
Azam dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020, berikutan peletakan jawatan pendahulunya, Latheefa Koya, selepas kejatuhan kerajaan PH.
Sementara itu, bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Ramon Navaratnam berkata kerajaan perlu menjelaskan mengapa ia memilih untuk melanjutkan kontrak Azam berikutan kontroversi dagangan saham.
Beliau berkata ini amat penting dalam memastikan keyakinan orang ramai terhadap keputusan kerajaan.
“Orang ramai mesti mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap keputusan (kerajaan) (untuk menyambung kontrak),” katanya - FMT
Lanjutkan Kontrak Azam ‘Rosakkan’ Imej Anwar?
byAnak Sungai Derhaka
-
0
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!