Macam Kuali Mengata Belanga Hitam Saja Ni Zahid..

Peribahasa Kuali mengatakan belanga hitam ini membawa maksud, Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. Peribahasa lain yang sama makna 'Kata periuk belanga hitam', 'Periuk mengumpat belanga.

Media melaporkan, Penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang ditahan Sabtu lalu kerana disyaki pecah amanah membabitkan jumlah RM24.8 juta, dipercayai menggunakan identiti sembilan individu dalam Kesedar.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ia perbuatan licik lebih-lebih lagi apabila dilakukan untuk satu tempoh yang lama iaitu lapan tahun.

Laporannya sepatutnya macam ni..

Putrajaya: Penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang ditahan Sabtu lalu kerana disyaki pecah amanah membabitkan jumlah RM24.8 juta, dipercayai menggunakan identiti sembilan individu dalam Kesedar.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juga ringgit dana milik Yayasan Akal Budi, menyifatkan ia perbuatan licik lebih-lebih lagi apabila dilakukan untuk satu tempoh yang lama iaitu lapan tahun.

Laporan berkaitan..

Putrajaya: Penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang ditahan Sabtu lalu kerana disyaki pecah amanah membabitkan jumlah RM24.8 juta, dipercayai menggunakan identiti sembilan individu dalam Kesedar.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ia perbuatan licik lebih-lebih lagi apabila dilakukan untuk satu tempoh yang lama iaitu lapan tahun.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan tindakan tegas diambil, selain tidak akan berkompromi kerana perkara itu membabitkan wang rakyat.

"Saya mengambil tindakan tegas dan saya tidak akan pernah berkompromi kerana ini adalah wang cukai rakyat yang sepatutnya digunakan untuk peneroka Kesedar tetapi sebaliknya individu berkenaan guna untuk kepentingan peribadi.

"Tangkapan telah dibuat, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian mengambil tindakan perundangan dengan segera," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, suspek akan dikenakan tindakan berdasarkan tata kelola sedia ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuklah digantung tugas.

Media sebelum ini melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada 12.21 tengah malam oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilapor berkata, suspek ditahan di rumahnya di bandar Gua Musang dan direman tujuh hari bermula Sabtu.

Penahanan itu susulan laporan diterima polis berkait salah laku oleh kakitangan Kesedar, berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan Kesedar melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan dari Disember 2016 hingga Mei 2023 - myMetro

Atau bila kena kat orang lain.. baru ditahan kerana DISYAKI, kita dah hukum bersalah walaupun mahkamah belum membuktikannya sebagai bersalah tapi bila kena kat diri sendiri 'Tidak boleh dianggap bersalah selagi mahkamah tidak membuktikan benar-benar bersalah?

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Semoga kerajaan madani dapat menyelesaikan masalah rangkaian 5G seberapa segera tanpa monopoli ikut suka syarikat komunikasi dengan lebih murah dan liputan yang lebih luas.Sejak 2013 lagi perkara ini masih belum selesai sejak dari rangkaian 3G kepada 4G dan seterusnya 5G.
    Sebelum ini jelas mereka tak peduli sangat dengan masalah rakyat malah seronok mengaut keuntungan berlipat kali ganda berbillion-billion ringgit setahun.
    Biasalah, bila dah untung berganda buat apa peduli dengan rakyat yang tiada liputan.Buat apa peduli dengan kelajuan internet kerana rakyat pasti akan membayar.Kalau nak ada liputan dan internet yang laju sila ke pekan atau bandar.
    Tak nak tak apa.Untung tetap mari.

    Semoga kerajaan madani yang sedar masalah rakyat ini tidak tunduk dengan tuntutan pihak proksi dan kroni terdahulu.Dan tidak juga terbeli dengan permintaan mereka.
    Semoga diberkati usaha kalian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post