JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang menteri kanan kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan projek telekomunikasi sehingga menyebabkan negara ini menanggung kerugian berjumlah separuh bilion dolar.
Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Johnny Gerard Plate, menyarung jaket merah jambu yang kebiasaannya dipakai suspek kes rasuah ketika tiba di Pejabat Peguam Negara untuk disoal siasat sebelum dibawa ke pusat tahanan di Jakarta.
“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kami memperoleh bukti yang mencukupi untuk mendakwa Johnny terlibat dalam kes rasuah stesen pangkalan pemancar (BTS),” menurut Pengarah Siasatan Jenayah Luar Biasa di pejabat peguam tersebut, Kuntadi.
Projek BTS diketua oleh sebuah agensi di bawah kementerian Johnny dan mempunyai misi untuk menyediakan akses internet 4G di kawasan pedalaman di seluruh Indonesia.
Dalam pada itu, pejabat peguam tidak memperincikan mengenai peranan Johnny dalam kes tersebut atau jumlah rasuah yang diperolehnya berikutan siasatan masih berlangsung.
Namun, Kuntadi memaklumkan, jenayah itu menyebabkan negara mengalami kerugian berjumlah AS$540 juta (RM2.44 bilion).
Kes itu bermula selepas pejabat peguam mengesan perkara mencurigakan dalam proses perolehan membabitkan syarikat tempatan dan luar negara.
Terdahulu, lima suspek termasuk seorang eksekutif di anak syarikat Huawei turut didakwa dalam kes tersebut.
Jika disabit kesalahan, Johnny boleh dipenjara sehingga 20 tahun. – AFP
Menteri Komunikasi Ditahan Terlibat Rasuah
byAnak Sungai Derhaka
-
0
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!