Pemberontakan Akan Berlaku Dalam UMNO?

Seorang penganalisis politik meramalkan berlakunya pemberontakan dalam Umno jika parti itu menunjukkan prestasi buruk pada PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Mujibu Abd Muis daripada Universiti Teknologi Mara percaya masih wujud keretakan dalam Umno, walaupun presidennya, Zahid Hamidi sudah menyingkirkan atau meneutralkan pesaing serta pengkritik parti.

Ini termasuk bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen seperti Noh Omar, Annuar Musa serta Shahidan Kassim.

“Umno sudah berpecah kepada beberapa puak, seperti kem Zahid, Bossku (Najib Razak) dan kem berkecuali yang mungkin mempunyai idea sendiri.

“Saya percaya ini (perpecahan dalam Umno) akan bertambah buruk, jika keputusan PRN tidak memihak kepada mereka,” kata Mujibu.

Beliau berkata, PRN akan menjadi pungutan suara terhadap keputusan pucuk pimpinan parti bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU tahun lepas, apabila Umno hanya memenangi 26 kerusi.

Susulan itu, ramai pemimpin Umno menggesa Zahid melepaskan jawatannya, seperti dilakukan oleh Najib Razak apabila Barisan Nasional hilang kuasa pada 2018.

Mujibu berkata, akar umbi Umno mungkin tidak seyakin pucuk pimpinan mengenai merit bekerjasama dengan PH, khasnya DAP, yang dikritik parti itu sekian lama.

Jika Umno menunjukkan prestasi yang bagus, katanya, ini dapat meyakinkan akar umbi bahawa kerjasama dengan PH adalah langkah yang tepat.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, PRN di Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan akan menjadi pengukur penting sokongan akar umbi terhadap keputusan pucuk pimpinan.

Katanya, keupayaan parti itu mengekalkan kerusi di enam negeri akan menjadi petunjuk jika parti itu masih relevan dalam kalangan pengundi.


“Jika prestasi Umno buruk, ini menunjukkan parti itu perlu berusaha lebih untuk mendapatkan semula sokongan.

“(Parti) perlu merangka strategi baharu dan memikirkan cara untuk terus memenangi sokongan rakyat,” katanya - FMT

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Boikot jam SWATCH... Act Now .!!

    Sokongan kumpulan rock Britain, Coldplay, terhadap masyarakat lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).

    Coldplay dijadualkan mengadakan konsert pertama di Malaysia pada November. Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS mendesak supaya konsert itu dibatalkan atas alasan menggalakkan budaya hedonisme dan songsang.

    CEO Kumpulan Swatch Nick Hayek Jr berkata, syarikat itu telah lama dikenali kerana meraikan pelbagai lapisan masyarakat menerusi jam tangan yang “berwarna-warni dan menyeronokkan”.

    ReplyDelete
  2. Kalau PN menang nanti ( insyallah menang PRN) Dan kerajaan bertukar maka

    1. Ujudkan pemodal pemodal Melayu' menguasai ekonomi negara.
    2. Ujudkan kapitalis Melayu' sebanyak mungkin.
    3. Ujudkan beratus ratus billionaire Melayu' agar negara tidak bergantung pada kapitalis mafia Mata Sepet bertuankan Lee Kwan Yew walaupun mafia Mata Sepet itu warga nagara Malaysia
    4. ujudkan rangkaian Kartel Kartel Melayu'
    5. Jika perlu dinujudkan rangkaian mafia mafia Kartel Melayu' Maka ia jugak perlu dilakukan
    6. Mengembangkan ekonomi orang Melayu' bila kesemua diatas sudah terbentuk
    7. Kapitalis kapitalis Melayu' yang ujud nanti harus lah bersifat natural dan tidak memihak mana mana pemimpin. Elakkan Dari adu domba Kapitalis Mata Sepet... Spt ujudkan Team A Dan B, Team Wawasn dsb nya. Itu semua adu domba halus supaya Melayu' screw Melayu Dari ucapan Super Man DAP.
    8. Elakkan jadi mangsa batu api musuh.. dah tingkat kan hubungan dengan Indonesia jiran serumpun.
    9. Lupakan Singapura pergi mampos dengan Singapura jiran tak guna Malaysia dan Indonesia.
    10. Semua bahana makanan dan bahan mentah yang dihantar ke Singapura perlu dikaji caj bayaran duti import dan sebagainya.

    Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post