Putrajaya Dititah Perhalusi Isu Kalimah Allah Dengan Cermat

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda masih berpegang kepada fatwa yang mewartakan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam, dan memberi amaran kepada Putrajaya supaya berwaspada susulan tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Arab itu.

“Kerajaan Persekutuan hendaklah memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan itu kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik rayuan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka.

Mahkamah Tinggi ketika itu membuat keputusan memihak kepada permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penganut Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dia memohon perisytiharan mahkamah bahawa hak Perlembagaannya dicabuli apabila Kementerian Dalam Negeri pada 2008 merampas cakera padat dan buku agama Kristian yang menggunakan kalimah "Allah" di bawah Seksyen 9(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kerajaan di bawah pentadbiran perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Tindakan menarik balik rayuan itu mencetuskan kritikan daripada kumpulan Islam, manakala Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya membenarkan mahkamah menyelesaikan pertikaian itu.

Dalam pada itu, Anwar mempertahankan keputusan berkenaan dengan mengatakan larangan terhadap orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam bahan agama mereka kekal.

Anwar ketika berucap di Dewan Rakyat semalam menegaskan langkah untuk menarik balik rayuan itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Agong bertitah bahawa sebarang keputusan mesti selaras dengan Majlis Raja-raja Melayu, yang melarang perkataan itu digunakan oleh penganut Kristian di Semenanjung, sambil memberi kelonggaran kepada mereka di Sabah dan Sarawak.

Sultan Ibrahim hari ini bertitah fatwa yang diwartakan di Johor pada 4 Jun 2009, jelas menyatakan orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah.

“Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam seni kata 'Lagu Bangsa Johor'," titah baginda.

"Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk kita akan terus terpelihara." - MalaysiaNow

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!


  1. Barua VS Barua sudah melibatkan anak cucu ... Haah tepokkkk ramai ramai.... Tak dapat Apak anak pin jadi lahh.. kikikiki

    Lingkup kan semua barua barua DAP@ LeeKwanYew PRN Jun 2023 kali ini

    Mahathir saman Anwar, Anwar gigit anak Mahathir... Barua barua DAP@LeeKwanYew gaduh dah mola libat kan anak anak pulak... Yeehaaa..!!!

    Haah barua barua sekelian ... haah gaduh jangantak gaduh..!! kah kah kah

    Haaaaah tepokkkk .. Tun Daim Dan anak Mahathir mungkin ditahan Dan di soal siasat SPRM..!!

    Barua versus barua is begin now....!!

    Yang pelik nya sekor babi pun tak terlibat. Asal babi lepas... Asal babi jer lepas ..!!

    INI LAH Bahana bila 22 tahun 22 Bulan kau bela babi babi sebagai kroni.. babi terlepas si barua anak beranak kena tuduh rasuah. Padan lah muko kau anak beranak ..!!!

    Ini baru padan muko kau bila babi kau jadi kan kroni untuk anak cucu... Padan muko dan Fucckkkk you all..!!

    Navin Tan kroni kau taikun mata sepet Vincent Tan lepas tanam berkilo pokok ganja anak kau soalsiasat SPRM...

    Anak Cino bunuh basikal lajak lepas, tukar anak Cino berjubo dalam kereta pun lepas .Asal babi lepas..!Asal babi je suma lepas.!!

    Padan muko kau sial bela lagi la kroni Kartel mata sepet bertuankan Lee Kwan Yew yg melingkupkan balik anak cucu kau..!!

    Haah Jommm tepokkk Battle of Barua is Begin Now...!!

    Saya ulangggg..!!! Padan muko kau hanatt

    Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti.

    Celaka lah kau barua barua sekelian..!! Serve your own fucking right ...!! Fucckkkk You...!!

    Asal babi lepas...asal babi aje lepas...!! Fucckkk

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post