Tiris RM4.5 Trilion Tu Tak Masuk Akal Laaa...

Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan, demikian kata EMIR Research.

Badan pemikir berpangkalan di Kuala Lumpur itu turut menjelaskan anggaran kerugian yang dihadapi negara bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini adalah secara konservatif dan jumlahnya berkemungkinan lebih besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, jumlah angka kerugian kewangan masih boleh menjadi jauh lebih tinggi disebabkan kesan pengganda pelaburan yang merujuk kepada impak stimulatif pelaburan awam atau swasta.

Bagaimanapun kenyataan EMIR Research yang dipetik oleh Perdana Menteri itu dipertikaikan oleh Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan juga Bekas Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Shahril Hamdan, tak masuk akal kata mereka..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR – Laporan EMIR Research yang menganggarkan Malaysia kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan disifatkan sebagai angka yang tidak masuk akal.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menyatakan fakta bahawa 80 peratus daripada Belanjawan tahunan kerajaan dibelanjakan untuk perbelanjaan operasi yakni gaji (emolumen) kakitangan kerajaan.

“Saya nak bagi penjelasan paling mudah, hampir 80 peratus daripada perbelanjaan operasi kita adalah ‘log in item’ iaitu gaji. Macam mana gaji boleh songlap?

“Tak masuk akal, 80 peratus perbelanjaan operasi kita adalah emolumen (gaji) pencen, log in item , bayar sewa, dari mana dapat jumlah berkenaan? Macam mana kamu boleh dapat angka ini? soal Khairy kepada kajian EMIR Research dalam podcast Keluar Sekejap pada Rabu.

Untuk rekod, baru-baru ini badan pemikir EMIR Research memaklumkan Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.

Malah kajian itu turut menjelaskan anggaran kerugian yang dihadapi negara bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini adalah secara konservatif dan jumlahnya berkemungkinan lebih besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, jumlah angka kerugian kewangan masih boleh menjadi jauh lebih tinggi disebabkan kesan pengganda pelaburan yang merujuk kepada impak stimulatif pelaburan awam atau swasta.

Sementara itu, bekas Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Shahril Hamdan pula berkata, angka yang diterbitkan EMIR Research itu jelas tidak masuk akal malah metodologi kajian yang diguna pakai juga tidak betul.

“Angka ini (RM4.5 trilion)tak masuk akal dan bukan kita nak perkecilkan rasuah, tidak. Tapi matematik itu salah, kita cuma perli matematik dia.

“Sekarang perbelanjaan bajet kerajaan sekitar RM300-350 bilion, kalau tahun 1997 mesti lagi kecil.

“Kalau RM4.5 trilion sepanjang 26 tahun hilang, ini bermakna secara puratanya RM173 bilion setiap tahun yang hilang. Takkanlah daripada RM300 bilion, RM173 bilion hilang. Tak masuk akal maksudnya setengah bajet kerajaan telah hilang,” bidas Shahril.

Pada 13 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah.

Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untukbertindak.

“Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion… Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah.

Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untuk bertindak.

“Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion… Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).

“Apa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN, ambil tindakan di bawah tapi yang di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu puluh-puluh bilion ringgit. Itu sebab maka saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum bagi sokongan terhadap tindakan ini,” kata Anwar.

Susulan itu, Khairy dan Shahril menyatakan kritikan mereka terhadap angka kajian itu bukan bermaksud mereka berdua memperkecilkan ketirisan tetapi gambaran, angka dan kaedah kajian yang tidak tepat akan dipertikaikan.

“Bukan bermaksud Khairy dan Shahril memperkecilkan ketirisan tetapi apabila Perdana Menteri keluarkan kenyataan, ini serius.

“Saya tak salahkan Perdana Menteri dalam perkara ini mungkin ada orang yang bagi dia nota tersebut dalam keadaan dia sibuk untuk pergi majlis raya tak sempat nak tengok metodologi.

“Tapi ini beri gambaran silap guna metodologi yang silap dan akhirnya akan dipertikaikan,” kata Khairy.

Senada dengan Khairy, namun Shahril mempersoalkan fungsi dan peranan kakitangan PMO.

“Kita tak boleh salahkan Perdana Menteri, tapi pejabat dia?

“Kalau bagi talking point dalam 5 minit dah tau tak masuk akal. Kena jaga kredibiliti kenyataan Perdana Menteri dan gunakan angka yang munasabah dan metodologi yang munasabah,” bidas Shahril - SuaraTV

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dolu dengar ringgit pulih bila nuar jadi pm .. sebab k3rajaan najib sakau duit.. skang nilai ringgit jatuh lagi. adakah kerajaan nuar sekarang juga sakau duit.???

    Dolu Cakap bergogar gogar dunio.. jubo ponoh dng taik..


    Puiii..


    kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermakna Rani Kulup juga selevel PMX sekiranya beliau di lantik PM

      Delete
  2. .PMX sembang Kari ja lebih.. No wonder tak nak gaji..!!

    Aljub and the gang.
    Tibai politisen melayu bukan DAP MCA
    Tibai usahawan billionaire melayu bukan taikun
    Tibai jutawan melayu taikun Judi online diam
    Tibai negeri melayu Pulau Pinang dia diam
    Tibai ulamak melayu filem Murtad dah onzz
    Tibai ustaz dari beri tazkirah tapi fitnah dijulang
    Tibai bantuan banjir orang melayua mcm LeeKwanYew tibai Melayu

    Kalau buat pinjaman loan boleh cagar wang KWSP tak kan itu nak kata Bank Negara punya kuasa... Kan helok bagi kuar terus wang KWSP

    Isu kalimah Allah dah ada kat Mahkamah Tinggi utk putuskan kenapa terhegeh dan tergesa nak tarik balik...? Apa Motif Brother Anwar Bin Ibrahim

    Kita ni ada Menteri Kewangan paling bangang rupanya... Sembang Kari goreng Al Jubori

    Rakyat dah nak mampos susah harga barang naik, minyak dijanjikan tak turun turun, formula ke laut dalam...

    Rakyat dah mampos susah ko suh buat pinjaman bank dng cagar duit KWSP.. Bayar lagi kat hutang kat bank dng bunga lagi... ko nak suh rakyat mampos tambah hutang lagi ke..!?

    Tak ko bodoh nama nnyer tuu... DAP diam sbb yg nak mampos cepat orang Melayu'...!!

    Buat pinjaman cagar wang KWSP.. no brain .. ohh.. no brain PMX . No wonder tak ada gaji sebab he has No Brain..!!

    Ini bukan penisehat ini punaisehat

    Saya ulangggg..

    punahsehat...!!!

    #DahKenaLahTuPMxNoBrainNoGajiLahh

    ReplyDelete
  3. Khas untuk 3.5 jota ahlul walaun UMNo Mesia sklian...

    Ini Amanat mauttt utk ahlul marhean UMNo.. Amanat ini bukan untuk ahlul kayangan UMNo

    Siapa yang dapat memastikan sama ada ahli-ahli UMNO bersedia untuk mengundi calon-calon DAP yang bakal bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan pada enam pilihan raya negeri (PRN) nanti.

    Gambaran sebenar tentang sikap ahli-ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 3.5 juta orang hanya akan diketahui setelah kajian dibuat selepas selesai PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

    Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua ahli UMNO mentaati arahan parti termasuk dari segi mengundi calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang menjadi sekutu dalam Kerajaan Perpaduan.

    Ada mata tengok
    Ada hidung bau
    Ada Otak fikir
    Ada telo goyang ke tak goyang

    Kalau tak goyang sila undi PN


    Kikikiki

    ReplyDelete
  4. No UMNo No DAP ramalan 8 daripada 10 ahli UMNO diramal tak sokong DAP

    Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, ramalan itu berdasarkan permusuhan antara UMNO-DAP yang sudah berlarutan sekian lama sebelum kedua-dua parti menjadi sekutu di bawah Kerajaan Perpaduan.

    Namun di peringkat bawahan (akar umbi) mungkin akan wujud protes sebab permusuhan kedua-dua parti ini sudah berlaku terlalu lama selain kita belum nampak kecenderungan pengundi UMNO untuk bergerak bersama DAP

    Menurutnya, hanya sekitar satu atau dua pengundi daripada 10 pengundi UMNO di satu-satu kawasan dijangka memangkah calon DAP pada PRN nanti.

    ReplyDelete
  5. SAYA SOKONG PENYAMUN JANA WIBAWA SERTA PENGIMARAH JUDI.

    ReplyDelete
  6. Kalau diri rasa boleh bangang kenapa nak jadi cerdik

    Dalam menghadapi PRN 6 negeri, naratif sonsang yang menyeru kepada menyokong dan mendokong Aljub, PKR dan DAPig terus di dendangkan. Tengok la siapa yang mendendangkannya.

    Kepimpinan UMNO langsung tidak mendengar keluh kesah ahli dan rakyat yang mahukan penjelasan apakah ameno sudah boleh menerima politik liberal, isu Kalimah suci, isu murtad Lina Joy, hak kesamaan kaum dan agama, hak kesamaan gender, perjuangan LGBT dan lain lain yang terang bertentangan dengan roh dan semangat perjuangan parti selama ini.

    No UMno No DAP

    Kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post