Ahli Parlimen DAP Dikecam Selepas Gesa Gelaran ‘Tun’ Ditarik

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dikecam selepas dikatakan membuat tuduhan dangkal dan membuta tuli serta mendakwa dua bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad serta Muhyiddin Yassin berhasrat untuk "memusnahkan negara".

Semalam, Rayer di persidangan Dewan Rakyat juga menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan penarikan balik gelaran “Tun” daripada Mahathir selepas tular klip video yang mengatakan beliau mengkritik institusi diraja.

"Siapa hak kita untuk menafikan gelaran yang dianugerahkan oleh Raja-raja Melayu," kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kepada MalaysiaNow.

Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun" pada tahun 2003 sebaik sahaja bersara sebagai perdana menteri buat kali pertama pada ketika itu.

Sehingga kini, Mahathir sudah membawa gelaran tersebut bagi tempoh dua dekad.

Dalam pada itu, peguam Rafique Rashid pula menyifatkan Rayer yang juga memiliki profesion yang sama dengannya bagaikan lupa dengan tugas hakikinya sebagai seorang pengamal undang-undang.

Katanya, Rayer seharusnya lebih memahami konsep tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Menurut Rafique, Rayer juga sepatutnya sudah mengetahui Mahathir sedang disiasat oleh pihak polis dan sudah berikrar untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan menghina Raja-raja Melayu.

Atas sebab itu, Rayer harus membenarkan sistem keadilan itu berjalan sehingga Mahathir terbukti bersalah di mahkamah.

“Pada dasarnya kalau nak tarik balik gelaran, kemudahan dan semuanya itu harus melalui proses keadilan dan sistem kehakiman.

"Takkanlah sebagai sorang peguam pun beliau masih belum faham konsep 'innocent until proven guilty itu?" katanya kepada MalaysiaNow.

Tiada kebebasan bersuara?

Kenyataan Rayer itu muncul di tengah-tengah suhu terbaru dalam politik negara yang bakal menyaksikan Mahathir dan Muhyiddin kembali bekerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Minggu lalu, dalam satu wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow, Mahathir tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

Keesokan harinya, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyambut baik hasrat tersebut mengatakan beliau turut bersedia untuk bekerjasama demi masa depan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Rafique turut mempersoalkan pendirian Rayer yang selama ini memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi kenyataan itu seperti memberi maksud bahawa Mahathir kini tidak bebas bersuara.

Pada perkembangan sama, beliau menjelaskan mana-mana gelaran yang dianugerahkan kepada individu hanya boleh ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang mengurniakan darjah kebesaran tersebut.

Ini bermaksud dari segi perundangan, pihak yang menganugerahkan gelaran itu sahaja yang boleh menarik balik apa juga gelaran yang diberikan.

Bukannya pihak kerajaan atau perdana menteri.

"Mengapakah perlu seorang ahli Parlimen yang sepatutnya faham undang-undang negara tapi masih tidak konsep keadilan itu?

"Tidak bersalah hingga terbukti bersalah."

Rafique turut membawa persoalan penting bersandarkan kenyataan Rayer di mana dakwaannya bahawa kerjasama Mahathir dan Muhyiddin adalah untuk "memusnahkan negara" jelas berunsurkan niat jahat.

Menurut Rafique, kenyataan balas antara kedua-dua bekas sekutu itu hanya menyatakan hasrat untuk menyatukan orang-orang Melayu.

"Adakah sekiranya menyatukan orang Melayu itu akan memusnahkan negara?

"Sedangkan bila orang Melayu ini bersatu kalau lihat pada sejarah pun orang British mampu kita kalahkan.

"Bila orang Melayu bersatu, Malayan Union pun kita kalahkan bahkan bila Melayu bersatu merdeka juga negara kita.

"Jadi, di mana kemusnahan negara bila orang Melayu ini bersatu?"

Katanya, seruan Mahathir dan Muhyiddin untuk bersatu juga satu panggilan untuk mengajak kaum itu menghormati Perlembagaan negara.

"Dalam Perlembagaan kita ada hak-hak orang Melayu. Itu sahaja yang dipertahankan oleh Tun (Mahathir).

"Tidak menuju kepada kemusnahan negara." - MN

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mencari Negari Kedah Lama.. jangan undi pemimpin 'poyo'...!!

    Tidak mustahil Pakatan Harapan akan tumbang di Pulau Pinang...

    Rakyat sudah tahu, perangai sesorang pemimpin begitu, tetapi masih undi dia. Kemudian tak sampai berakhir penggal PRU dan PRN, baru hendak komen itu ini. Jadi, dalam soal begini hendak dipersalahkan yang memilih atau dipilih?

    Kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti termasuk di Pulau Pinang.

    Pilihlah bakal pemimpin yang tidak ‘poyo’ supaya anda tidak kecewa. Pemimpin lama yang tidak capai indeks prestasi utama (KPI), tidak perlu lagi diberi undi. Berilah peluang kepada yang lebih berwibawa.

    Jika tersalah memilih pemimpin, hasilnya memang dapat tahi. Perkara tersebut yang didakwa tidak mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.

    Para pengundi dalam kalangan bukan-Islam telah semakin musykil dengan PH yang dirasakan mereka telah berbohong kerana berpakat dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

    Saya ulangggg..

    Menuju PRN masih nak sayang pemimpin ‘poyo’?

    ReplyDelete
  2. Syarat mudah Mahathir dan Muhyiddin kembali ‘bersatu’. No Boboi No PejWang..!!

    Jangan benarkan Boboi jadi calon dan jangan bagi Parti Pejuang masuk Pakatan Perikatan. Period

    Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

    Tugas Boboi Dan Parti PejWang kali ini panjat tiang letrik gantung gambar calon yang bertanding PRN June 2023 Kali ini..Period ..!!

    No Boboi No Pejuang..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post