DAP Perlu Minta Maaf Kepada UMNO - Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO hari ini menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak kepada UMNO.

"Pemuda UMNO menuntut DAP perlu membuktikan segala tohmahan, pemikiran dan cakap yang kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, rasis.. tidak sama sekali akan berlaku dalam Kerajaan Perpaduan ini.

"Kalau masa mahu tubuh Kerajaan Perpaduan dulu, DAP boleh terbang ke Sarawak berjumpa dengan GPS, minta maaf.

"Maka hari ini, kalau mahu lembutkan hati orang UMNO, kalau suci mahu menjalin tali persahabatan, kita mohon DAP tarik balik tohmahan diberi kepada UMNO dulu.

"Kalau jujur, kenapa dengan GPS boleh, kenapa tidak buat dengan kita. Saya mohon kepimpinan DAP kalau mahu nak menempuh Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ini, mahu hati orang UMNO lebur, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan selama ini, mesti dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.

Pemuda UMNO kekal dengan pendirian tidak menjemput wakil daripada mana-mana parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, selain parti komponen Barisan Nasional (BN).

Berbeza Wanita dan Puteri yang mana pentas persidangan dua sayap itu dilihat dihadiri pemimpin PH termasuk DAP yang membentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal mengakui sedar kedudukan UMNO bersama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini sedikit meresahkan akar umbi UMNO.

"Saya faham, dalam rumah kita ini ada yang resah, ada yang gelisah. Meskipun sudah memiliki telaga, tangan masih memegang tali, sedang orang mencapai timba.

"Ada yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan, risau sawah sejalur tinggal sejengkal, tanah sebidang mudah terjual. Risau bila bersama DAP, keris UMNO terperosok ke bumi. Risau bila bersama DAP, UMNO diam terbisu, kampung tergadai.

"Kita nak tegaskan, Pemuda UMNO akan pastikan yang UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP. Inilah cara kita, tiada selindung, jujur yang kita junjung," katanya.

Katanya, penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini juga dibuat atas faktor titah Yang di-Pertuan Agong untuk menjamin kestabilan politik negara.

"Kita bersama untuk membentuk kerajaan. Kita berkongsi ruang pentadbiran, tetapi bukan ruang fahaman. Kita rentas politik kepartian, tapi kita sempadankan prinsip perjuangan.

"Kalau ada yang berani melintas, Pemuda UMNO yang pertama akan datang mencantas," katanya - BH

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PRN Jun 2023 Menang sorak kampung tergadai - UMNO

    Terdapat 22 kerusi Parlimen. Kalaulah UMNO boleh bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, apakah ahli parti itu menerima keadaan tersebut?

    Katakanlah 10 kerusi itu di 10 Parlimen, bagaimana dengan pendukung UMNO di 12 Parlimen lagi?

    Adakah pemimpin UMNO bersedia menjadi pemerhati dan panjat tiang letrik gantung dan tukang tampal poster saja sedangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), mereka mendukung calon dari Barisan Nasional (BN)?

    Ramai meramalkan UMNO akan terpukul teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri itu nanti. Mungkin betul atau sebaliknya. Begitupun, kalau disandarkan kepada keputusan PRU15 lalu, berkemungkinan besar keputusan PRN nanti tidak membawa laba kepada UMNO.

    Kalau nasib malang terus melanda UMNO pada PRN, bagaimanakah perjalanan politik UMNO? Apakah UMNO akan berkelana membawa diri atau terus menumpang dagu kepada Pakatan Harapan (PH)?

    "UMNo bukan tuan rumah. UMNo tumpang kasih sayang DAP@ LeeKwanYew saja", kata Mat Asan

    Makna kata UMNo macai DAP tuan beso Lee Kwan Yew .!! UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu serta Islam mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau ‘Malaysian Malaysia’... Celah mana adanya persamaan UMNo/DAP.!?

    UMNO tidak ada seorang pun ahli Parlimen di Selangor malah di enam negeri lagi, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Melaka. Apa maknanya dari sudut pengaruh UMNO di negeri-negeri tersebut?

    PRN June 2023 ini UMNO ibarat menang sorak kampung tergadai. Ibarat Jong pecah yu kenyang

    Kiss and say goodbye UMNo.. Adios Amingos UMNo...!!

    kikikiki...

    ReplyDelete
  2. Sindiran bawa rebah melingkup...!! Kah kah kah..

    Bila parti perasan dah hebat, bila Presiden perasan UMNo dah kuat... Mentaliti perasan bagus ini yang akan menyebabkan UMNo bungkus PRN June 2023 ini..

    Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

    Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke PAU secara menyindir dan sengaja berseloroh. Ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan Umno, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi.

    “Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah Umno yang terkesan daripada pelawaan sinikal sedemikian.

    Ini mentaliti Presiden UMNo yang perasan UMNo dah cukup gah dan kuat. Sedangkan Timbalan Presiden UMNo Mat Asan pernah berkata UMNo bukan tuan rumah, UMNo sekarang sekadar menumpang kasih sayang DAP@ LeeKwanYew dalam Pakatan Harapan..

    Bahana perasan kuat ini yang akan melingkupkan UMNo lebih cepat lagi...!!

    Kah kah kah

    ReplyDelete
  3. .Kalau diri rasa selesa jadi bangang kenapa nak jadi cerdik.

    Dalam menghadapi PRN 6 negeri, naratif sonsang UMNo yang menyeru kepada menyokong dan mendokong Aljub, PKR dan DAPig terus di dendangkan. Tengok la siapa yang mendendangkannya.

    Kepimpinan UMNO langsung tidak mendengar keluh kesah ahli dan rakyat yang mahukan penjelasan apakah ameno sudah boleh menerima politik liberal, isu Kalimah suci, isu murtad Lina Joy, hak kesamaan kaum dan agama, hak kesamaan gender, perjuangan LGBT dan lain lain yang terang bertentangan dengan roh dan semangat perjuangan parti selama ini.

    Wak Jahit nafikan ada barua barua suruan AlJubori pujuk Hadi sertai kerajaan campuran. Fitnah Wak Jahit Hadi beebohong ada walaun nya pujuk PAS sertai Kerajaan Campuran.

    Tapi Hari ini jengg jengg... Timbalan PAS pulak yang mengesahkan ada walaun barua PH pujuk PAS sertai Kerajaan Campuran DAP@ LeeKwanYew. Skg apa pulak Wak Jahit cakap pulak nnti..!!

    Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan ada beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi membuat tawaran sama seperti yang didedahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

    Dakwa Tuan Ibrahim, tawaran menyertai kerajaan perpaduan itu disampaikan wakil kerajaan yang bertemu dengannya sendiri.
    “Namun kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi

    Kalau pemimpin UMNo utama rasa selesa jadi bangang kenapa nak jadi cerdik tapi bukan pada ahli marhaen UMNo hokeyyy..!!

    Saya Ulanggg..!!

    No UMno No DAP

    Kah kah kah

    ReplyDelete
  4. UMNo desak DAP mohon maaf tidak ada kena mengena Dan terkesan pada pengundi atas pagar terutama pada pengundi kaum Melayu.

    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata DAP sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan tidak perlu memohon maaf kepada parti itu.

    Pengundi atas pagar kaum melayu yang tidak menyokong Umno tiada kena mengena dengan parti DAP, melainkan kerana Umno sendiri.

    Sepatutnya para pemimpin Umno serta ahlinya perlu bertanya pada diri,mengapa pengundi atas pagar kaum melayu tidak menyokong.


    Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyambut baik seruan sayap pemuda Umno agar DAP meminta maaf daripada parti itu.

    Katanya, sebagai sebuah parti dalam kerajaan, DAP seharusnya berbesar hati menerima saranan berkenaan.

    Melihat pada PRU14, benar, pengundi atas kaum melayu menyokong PH, akan tetapi pada PRU15 sokongan pengundi golongan ini beralih ke PN/PAS.


    Akmal dalam ucapannya menuntut DAP supaya meminta maaf secara terbuka kepada Umno sekiranya ingin melembutkan hati mereka dng alasan, jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak Umno.

    Sepatutnya para pemimpin Umno serta ahlinya perlu bertanya pada diri,mengapa pengundi atas pagar kaum melayu tidak menyokong.

    Saya Ulanggg..!!

    Samada parti DAP meminta maaf atau pun tidak relevan sama sekali dan hanya signifikan pada ahli Umno. Ini bukan lah faktor penarik pengundi atas pagar kaum melayu untuk mengundi UMNo pada parti itu dalam PRN June 2023 kali ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post