Sayalah Menteri Yang Didakwa Buat Kecoh Di KLIA Itu..

Kenyataan Media

Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, 30 Jun 2023

“Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA: Menteri yang salah guna kuasa ataupun pegawai imigresen yang salah guna kuasa?”

Saya menerima pautan berita bertajuk “EKSKLUSIF: Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan.” Apa yang lebih mengejutkan, artikel tersebut turut mengatakan saya telah memasuki ke dalam ruang ketibaan tanpa memohon pas, sedangkan saya memiliki pas yang sah untuk memasuki kawasan tersebut. Jadi mengapa perlu memperbesarkan isu ini dengan memberi persepsi yang salah?

Benar, daripada gambar tular itu, memang ianya saya dan saya juga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada ketika itu selepas menerima aduan daripada pelancong, untuk memahami keadaan ketibaan pelancong asing ke Malaysia, ini pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.

Saya bersyukur, kerana kehadiran saya telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara. Pada mulanya saya tidak mahu mendedahkan perkara ini kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform yang lebih praktikal. Namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media menghubungi saya, maka ini penjelasannya.

1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh saya melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak imigresen. Saya tiada kuasa untuk itu, dan saya hanya merosakkan reputasi saya sendiri jika berbuat demikian. Saya masih waras dan tahu batas-batas sebagai seorang Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Apa guna saya sebagai Menteri sekiranya saya tidak memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara, tambahan pula ia menjejaskan imej negara dan menakut-nakutkan pelancong asing? Jika kita tidak serius dalam isu ini sekarang, sampai bila-bila pun ia tidak akan diselesaikan. Mungkinkah ada segelintir pegawai takut jika perkara ini terbongkar sehingga memberi kesan kepada kepentingan peribadi mereka?

2. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, beliau ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab beliau ditahan. Masalah timbul apabila kedua-dua, pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut mempunyai masalah komunikasi. Dimaklumkan bahawa pelancong tersebut telah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua pihak mengagalkan pihak Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan dari pihaknya.

3. Inilah sebabnya saya membangkitkan tentang isu komunikasi ini sejak bulan Mac lagi menerusi inisiatif 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴-𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵, 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝗽𝗶𝗻𝘁𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗯𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝘂𝗷𝗶. Timbul persoalan, kenapa mereka menolak penterjemah yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAB)?

4. Dalam lawatan ke KLIA itu, saya turut membawa pegawai siasatan dari unit integriti di bawah MOTAC. Saya merasakan sudah tiba masanya pasukan SPRM masuk ke KLIA1 secara besar-besaran untuk menyiasat apa yang berlaku di pintu masuk utama negara ini.

5. Terdapat juga isu mengenai pelancong asing yang tiba di sini dirampas telefon bimbit mereka, tanpa dijelaskan kenapa mereka ditahan. Adakah ia mengikut prosedur dan piawaian dalam undang-undang? Saya juga mendapat maklumat bahawa adanya pegawai yang mengubah akta yang termaktub dalam perundangan mereka sesuka hati ketika di lapangan. Malah, wanita yang ditahan tersebut juga tidak diberikan makanan yang sewajarnya ketika ditahan dan ini jelas melanggar undang-undang. Saya difahamkan Wanita tersebut diberi makan hanya sekali sahaja dalam tempoh 15 jam sepanjang ditahan.

6. Gambar tular ini juga jelas daripada pihak dalaman agensi sendiri. Kenapa tularkan gambar dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah? Saya menekankan sekali bahawa MCMC mesti menyiasatkan daripada pegawai dalaman yang menularkan dan fitnah atas gambar-gambar dan maklumat tersebut. Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa "sumber pendapatan" mereka akan terputus atau terancam. Mungkin juga mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tanpa asas dan menyebarkan laporan palsu.

7. Malah saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan. Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.

8. Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara.

9. Dalam masa sama, saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL - Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia. Malah kita sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan imigrasi di Malaysia dipulangkan ke Tanah Air, dan saya ingin mencadangkan supaya perkara ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan, bagi mengelakkan kejadian negatif serupa ini berulang berlaku. Selain itu, saya menyeru dan memohon orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan. Saya yakin kita dapat membersihkan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu.

10. Saya dan MOTAC akan terus bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam usaha membanteras rasuah serta penyelewengan kuasa di negara ini, walau apa jua cabaran mendatang.

TAMAT

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jika benar ada unsur rasuah di pintu masuk negara memang memalukan negara.

    ReplyDelete
  2. Bila menteri duduk diam rakyat memekak.Malas dan makan gaji buta.Duit pembayar cukai.
    Dia dtg bawa pasukan sprm dan polis atas aduan pihak konsulat china ada yg memekak tak puas hati.Apa la bongok...
    Rasanya elok para mangkuk nie diberi jawatan khas agar dpt membantu memakmurkan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikhabar kes menahan dan meminta rasuah di pintu masuk negara dah berbelas tahun kudisnya.
      Memalukan negara di mata dunia.Semoga siasatan akan menemui dalangnya.

      Delete
  3. Apa istemewa pelancong China banding dengan pelancong India dan negara lain..

    Kalau pelancong India atau Indonesia adalah menteri keturunan Cina ini akan bertindak sama...!?

    Tetiba Sedap bontot kata tuduh pegawai Imigresen Rasuah....!?

    Kerajaan Madani sangat bahaya di negara Malaysia sekarang ini..!?

    Apa istimewa pelancong China di mata kerajaan Madani, Hancur Malaysia mcm ni..!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempitnya pemikiran.

      Delete
    2. Sejak 2020 sehingga jun 2023 terdapat 136 salahlaku melibatkan pegawai imigresen.
      Kes di klia melibatkan menteri pelancongan dan pegawai imigresen biarlah pihak berwajib buat siasatan rapi.

      Delete
  4. Bila barua pukimak dapat kuasa dah pandai ugut ugut pegawai kerajaan...!? Apa istimewa nya pelancong ini pada menteri menteri pukimak ni..!?

    Menteri ugut ‘buang pangkat’, pegawai imigresen jelaskan kenapa warga China dihalang masuk

    Tiong enggan memberi peluang kepada pegawai imigresen terbabit untuk memberi penjelasan, sebaliknya menuduhnya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

    “Beliau juga memarahi pegawai kanan serta penyelia yang menolak kemasukan subjek dan mengatakan 'you are the culprit' serta membuat tuduhan yang tidak berasas dengan menyatakan pegawai meminta wang sebanyak RM3,000 melalui ejen untuk membebaskan subjek masuk ke Malaysia,” lapor Astro Awani memetik Syahmi sebagai berkata dalam laporan polisnya.

    Laporan polis turut menafikan dakwaan Tiong mengenai amalan rasuah yang berleluasa di lapangan terbang itu, sambil berkata pelancong berkenaan yang merupakan seorang wanita warga China bernama Wang Xue, bukan sahaja gagal mengemukakan tiket pergi dan balik seperti dikehendaki ke atas warga asing yang memasuki negara ini

    Tiong turut mengugut untuk membuang pangkat pegawai itu dan mengeluarkan “pelbagai kata-kata yang menjatuhkan air muka pegawai di hadapan pegawai lain serta orang awam yang berada dalam pejabat pada ketika itu”.

    Syahmi berkata notis penolakan masuk ke atas wanita itu telah dimansuhkan berikutan campur tangan Tiong, sambil menambah bahawa sebarang arahan untuk membatalkan sekatan kemasukan hanya boleh dibuat oleh ketua pengarah imigresen.

    Masa untuk melingkupkan barua barua DAP@ LeeKwanaYew makin bertambah membuak bukak menjelang PRN June 2023 ini...!!

    #lingkupkqnbaruaDAP@LeeKwanYew

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post