BEBERAPA wartawan dipercayai daripada akhbar berbahasa Cina semalam menerjah banglo didakwa milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Sik.
Sebaliknya wartawan tersebut berjumpa dengan abang Muhammad Sanusi, dikenali sebagai Budin yang mengaku beliau pemilik sebenar rumah berkenaan.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, Budin mengakui terkejut apabila cerita mengenai banglo miliknya heboh diperkatakan di media sosial.
Menurutnya beliau sebelum ini bekerja di ‘off shore’ dan baru saja pulang untuk melihat banglo yang baru sahaja siap dan belum diduduki itu.
Menjawab soalan sama ada Muhammad Sanusi ada membantu membiayai pembinaan banglo itu, beliau berkata kediaman itu dibina atas hasil titik peluhnya bekerja selama ini.
“Umur saya sudah 57 tahun. Saya kerja dia (Sanusi) masih sekolah. Mereka sekolah pun saya ada tanggung.
“Masa saya kerja, kakak saya pun sudah kerja. Adik-adik sekolah lagi,” katanya.
Menurut Budin, beliau sekeluarga belum berpindah ke banglo tersebut kerana masih menunggu perabot.
“Dulu saya kerja di Miri. Isteri tidak mahu beli (perabot). Jadi tunggu saya balik,” katanya lagi.
Apabila wartawan meminta untuk melawat bahagian dalam banglo itu, Budin menjawab rumahnya masih berkunci.
Berdasarkan audio dalam video tersebut, kedengaran seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya menyatakan jika benar banglo itu berharga RM7 juta, dia mahu menjualnya.
Budin juga menjelaskan harga banglo itu bukanlah jutaan ringgit seperti didakwa, sebaliknya dianggarkan antara RM800,000 hingga RM1 juta.
Terdahulu, tular di media sosial gambar sebuah banglo besertakan gambar Google Maps di Sik yang dikaitkan dengan Muhammad Sanusi.
Hantaran itu juga mendakwa banglo tersebut didaftarkan atas nama kepada seorang ahli politik di negeri ini bagi mengaburi mata rakyat susulan nilai banglo itu RM7.8 juta.
Selasa lalu, Muhammad Sanusi menafikan gambar banglo tular yang dikatakan bernilai RM7 juta di Sik, adalah miliknya.
Beliau berkata, perkara itu adalah fitnah untuk mempengaruhi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada Ogos nanti.
Beliau dalam kenyataan media menjelaskan banglo tersebut milik abangnya dan penduduk sekitar daerah itu sedia maklum berhubung pemilikan sebenar hartanah tersebut. – Malaysiapost
Abang Sanusi Dedah Harga Sebenar Banglo Miliknya
byAnak Sungai Derhaka
-
9
Tak pandai nak cover line.
ReplyDeleteAbg mb...buatlah ikut kemampuan.
Mana tidak dituduh nepotisme.
Bodoh bingai...
Dah dia mampu apa pasal lak kau yang meroyan. kau tahu tak berapa pendapatan beliau sebagai juruselam? kalau tak tahu jgn lah tuduh yg bukan-bukan. jgn sangka buruk pd orang dan nampak sangat hati kau tu ada masalah. hati mahu bersih bro
DeleteMacam anak2 atok yg kaya raya.
DeleteManusia yang bijak berkata-kata, bermain dengan sentimen bangsa dan agama, memburukkan lawan, memfitnah, spin selagi boleh, mampu membuat pengikut taksub untuk mengekalkan kuasa akan membuat aku teringat dengan mahafiraun.
ReplyDeleteDah berjaya melakukan segalanya maka akan berlakulah salahguna kuasa dan rasuah.
Sikap senohong gelama ikan duri.
Kuat berbohong, memfitnah dan mengkeji tak heran akan jadi pencuri @penyamun.
Panas berapi api , koyak rabak nampak. Hati mau bersih bro , jangan ikut hati mat retorik dan orang orangnya , hitam legam berbohong selalu.
DeleteTidak ada yang benar-benar bersih dalam politik apabila lubuk emas banyak di depan mata.
DeleteApatah lagi dari manusia yang banyak dongengan dan pembohongan.
Apabila rakyat dan lawan alpa maka akan berlaku jana wibawa.
Brother Anwar Bin Ibrahim - Bapa Goreng Negara
ReplyDeleteSlagi brother kite bole goreng kasi goreng walaun sampai hangus lahh..
Colin Charles mengecilkan pencariannya antara 9.30 pagi dan 9.55 pagi, ketika pertemuan secara maya dengan kerajaan Malaysia dikatakan sedang berlangsung.
Dia mendapati beberapa ciapan daripada Musk membalas subjek yang tidak berkaitan, dan menyenaraikan lima daripadanya dengan memberikan “timestamp” atau cap masa setiap satu.
"Elon jelas bosan dengan perbincangan ketika beliau menulis di Twitter, cap masa tidak berbohong," menurut Colin.
Ciapan Musk termasuk satu baris seperti "You can do that too" (Anda juga boleh lakukannya), "cool" dan satu lagi, "Good summary" (Ringkasan terbaik) sebagai pujian terhadap ulasan yang membandingkan Twitter dan Meta.
Membandingkan tingkah laku Musk semasa pertemuannya dengan Anwar dengan cara dia bertindak balas selepas bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo pada Mei tahun lalu.
"Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu di Starbase dan membincangkan projek masa depan yang menarik!" tulis Musk dalam kiriman di Twitter selepas bertemu Jokowi di tapak SpaceX miliknya di Texas.
Dalam pada itu, hanya tiga minit sebelum pertemuannya dengan Anwar berakhir, Musk menyiarkan emoji wajah tersenyum dengan air mata sebagai reaksi kepada ciapan gembira.
Malaysia Ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan Negara , Bapa Pemodenan Negara Mimi PMx Bapa Goreng Negara
Selamat mengoreng... Goreng sampai hangus broo.. kah kah kah
Khalas... Amin
Kah kah kah
Tuan ibrahim pertahankan sanusi. Orang tak CUKUP INCI ni nak pertahankan lobai tak cukup akhlak. Bukan aku yg kata, tapi sanusi. Hero lobai Pas akhlak terpuji anugerah Allah......kah kah kah
ReplyDelete...
Kesian bila parti agama lebih kepada mengumpat daripada menunjukkan kredibiliti memalukan negara.
DeleteAda kuasa ada banyak projek mega.
Yang tercapai hanya kosong
Projek banglo mewah saja yang boleh dibanggakan.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!