SEREMBAN: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyemak semula skim gaji perkhidmatan awam di negara ini, yang disifatkan beliau sukar untuk dilaksanakan.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ini kerana kerajaan ketika ini terpaksa menanggung hutang besar yang mencecah bilion ringgit.
"Kononnya mahu naik gaji pegawai kerajaan...mahu naik bagaimana duit pun tiada, bayar hutang sahaja pun berbilion setahun.
"Macam mana nak naik gaji, (tetapi) itulah janji yang dibuat (Anwar)," katanya ketika berucap pada program Jelajah Bicara Bangsa di Sikamat di sini malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan Perdana Menteri memberitahu skim gaji perkhidmatan awam akan disemak semula bagi memastikan penjawat awam menerima gaji dan upah yang setimpal.
Anwar dilaporkan berkata, penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu tempoh agak lama.
Dalam pada itu, Mahathir turut mempersoal kenyataan Anwar yang mahukan gaji lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinaikkan serta pengumuman pemberian elaun minimum.
"Syarikat mempunyai bajet tertentu dan mereka tidak sewenang-wenangnya naikkan gaji pegawai dan kakitangan mereka, ini akan menyebabkan perniagaan mereka akan jadi rugi.
"Ada juga cadangan dari Perdana Menteri ini untuk naikkan gaji lulusan TVET..sedap cakap," katanya.
Komen itu merujuk kenyataan Perdana Menteri bahawa pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum RM800 sebulan.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu mendakwa perjuangan orang Melayu sejak dulu yang menjurus kepada mempertahankan tanah air, bangsa dan Islam sudah diselewengkan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.
Tanpa menyentuh secara khusus mana-mana pihak, beliau berkata, golongan itu cuba mengalih Tanah Melayu ini supaya tidak lagi menjadi Tanah Melayu, selain mendakwa kononnya Malaysia negara pelbagai kaum dan orang Melayu perlu berkongsi tanah air dengan orang lain.
"Ini masalah paling besar dihadapi orang Melayu sekarang iaitu cubaan untuk mengalih Tanah Melayu ini supaya tidak lagi menjadi Tanah Melayu.
"Walaupun mereka telah mendapat nikmat, perolehan daripada perniagaan di sini, tetapi negara kita ini hendak diambil oleh mereka," katanya.
Bekas Pengerusi PEJUANG itu juga berkata, golongan ini menjadikan Melayu sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri selepas mendapat kedudukan dalam hati kaum majoriti negara ini.
"Mereka mendakwa berjuang untuk orang Melayu tetapi sebenarnya berjuang untuk mendapat kekayaan bagi diri mereka. Sebab itulah mereka (sanggup) melakukan pelbagai jenis jenayah (rasuah) dan hari ini mereka dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.
"(Sebenarnya) mereka pegang jawatan bukan untuk bangsa, negara dan agama tetapi nak isi tembolok mereka," katanya.
Beliau berkata, mereka yang berkenaan itu juga bertanggungjawab menukar negara ini daripada demokrasi kepada kleptokrasi dan kini bertukar pula kepada kakistokrasi iaitu orang yang tidak tahu bagaimana hendak memerintah, utamakan rakyat dan bangunkan negara.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa orang Melayu bersatu menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri untuk memilih parti yang memperjuangkan Melayu, tanah air dan Islam, sekali gus membersihkan negara daripada pihak tidak bertanggungjawab. - BH
Bayar Hutang Pun Berbilion, Nak Naik Gaji Kot Mana? - Tun M
byAnak Sungai Derhaka
-
10
Tragedi memali siapakah yang bersalah?
ReplyDeleteTun atau tg haji hadi?
Semoga ada jawapan dari mulut mereka di atas pentas yang sama sebelum menghembus nafas terakhir.
Mangkuk 2 ekor tu patut jawab sebelum mereka mampus!!!
DeleteTangan masih berdarah dengan darah rakyat yang tak berdosa angkara tragedi memali.
Sekor kata syahid
Sekor lagi kata mati katak
Semoga tabah dan tenang menjawab di alam kubur nanti...
Takyah lah sebok dgn pentadbiran orang lain.
ReplyDeleteKo dah kencing kepala rakyat selepas pru14.Rekod terburuk.
22 tahun skim perkhidmatan awam antara yang paling buruk bawah ko.
Skandal kewangan paling teruk dalam 22 tahun bawah ko.
Perpecahan kaum paling buruk bawah ko.
Yang baik...anak,waris,proksi dan krpni menikmati skim kekayaan paling hebat bawah ko.
Ludahlah muka ko sepuas-puasnya wahai contoh munafik yang mssih hidup.
Semoga lebih teruk kalah prn kali ini utk pejuWANG dan bunga.
Barua pukimak yg dibakul sampahkan Oleh DAP@LeeKwanYew .... Sila berambosss la orang tua tak guna ni
ReplyDeleteSettle dulu kes Zety Taufik Ayman dulu sialll
Pasal orang tua kimak ni PN tik Berjaya sapu bersih 6 negeri PRN kali ini
Berambosss sialll...
Masa kau jadi pm rasanya tak ada langsung insentif untuk kakitangan awam.Apatah lagi kenaikan gaji atau skim perkhidmatan yang lebih baik.
ReplyDeleteSekarang nak jadi jaguh.Jaguh yang hanya hebat mengecam dan mengutuk.
Rakyat akan tetap ingat dasar pengswastaan kau yang hanya menguntungkan legasi kau dan menyusahkan rakyat sehingga sekarang.
Rakyat tetap akan ingat kesan hancing yang kau tinggalkan masih terasa sampai sekarang.
Rakyat juga akan ingat pertambahan mendadak hutang yang kau dan konco-konco kau tinggalkan buat negara tercinta kerana rakyat sedar kau kosong bab ekonomi tapi berlagak serba pandai.
Maka, senyap dan berhentilah menyalak kerana kami semua dah cukup mual!!!!
Masa jadi pm4=negara bangkrap tak ada duit.Habis harta negara dijual bersama dengan puaknya.
ReplyDeleteMasa jadi pm4.1 pkp=Petik jer jari negara ada rm2trillion wang.
Atok KENCING kepala rakyat!!!!
Macam celaka ajer statement org tua celaka ni.. saja sabotage PN
ReplyDeleteAtok dah tak ada modal.
ReplyDeleteSemoga rohnya aman bersama penyakau jana wibawa.
Orang jadi yg malas saja yg tak ambil kesempatan di zaman pm4. Semua kemudahan di beri biasiswa utk bumi,institut pengajian tinggi, glc utk perkerjaan quota 30% perkerjaan di swata supaya kita dapat bersain dgn kaum lain. Tapi malas merebut cabaran itu. Ingat kerajaan dapat tolong satu genarasi saja tak akan nak kerajaan tolong anak cucu. Bagi perluang orang lain. Kalau kerajaan beri peluang se seorang jadi doktor jurutera akuantan dll. Itu tanggung jawab dia mendidik anak mereka menjadi high earner. Ini adalah chain reaction utk negara maju.Tapi kita tak sedar. Kerajaan tolong org felda anak mereka skg jadi jutawan
ReplyDeleteSelepas pm4 lagi banyak jenis biasiswa dan lagi banyak institusi latihan.
DeleteDan lagi banyak skim pekerjaan telah dinaiktaraf berbanding era pm4.
Dan selepas pm 4 ada lebih banyak bantuan dan insentif kepada golongan keluarga miskin.
Dan selepas pm4 lagi banyak negeri diberi perhatian dari segi pembangunan dan infrastruktur.
Dan selepas pm4 tiada lagi anak, waris,proksi dan kroni kaya mendadak hasil #daddykasi.
#jika ada yg sudi sambung..sambunglah.
Banyak sangat taik ditinggapkan oleh pm4,7,7.1
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!