Dakwaan Terhadap Sanusi Dedah Hipokrasi Golongan Liberal?

Pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilihat menunjukkan sikap berat sebelah golongan liberal yang selama ini sering membicarakan soal kebebasan bersuara di Malaysia selain lantang menuntut agar Akta Hasutan dimansuhkan.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Shafizan Mohamed berkata golongan itu bagaimanapun mencari jalan untuk menjustifikasikan sikap mereka.

"Kenyataan beliau itu dibuat terhadap Amirudin Shari, tetapi diolah semula menjadi isu 3R.

“Kumpulan yang selama ini bersikap terbuka tiba-tiba melaungkan 'Daulat Tuanku'," katanya kepada MalaysiaNow.

Jelas beliau, zaman pasca-kebenaran atau “post-truth” kini membolehkan semua orang mencipta kebenaran mereka masing-masing, tanpa ada hitam putih.

"Kebenaran ialah apa yang kamu suka, sehingga orang ramai pun keliru."

Beberapa tokoh dan kumpulan menyuarakan kegusaran mengenai kes itu, apatah lagi apabila Pakatan Harapan (PH) berjanji ingin memansuhkan Akta Hasutan dalam kempen-kempen pilihan raya mereka.

Antaranya bekas ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang digugurkan sebagai calon oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dan kumpulan peguam, Lawyers for Liberty.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu didakwa pada 18 Julai di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan campuran dalam satu ceramah politik di Selayang minggu lepas.

Sanusi sudah menghantar surat permohonan maaf namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu kenyataan menitahkan, isu tersebut masih belum selesai.

Pakar komunikasi daripada Universiti Teknologi Mara, Abd Aziz Aizam pula berkata beberapa pihak dilihat mengubah pendirian apabila sebelum ini lantang bersuara terhadap akta itu terutama ketika seorang ahli PKR, Iswardy Morni didakwa di bawah akta sama pada 2021.

"Namun apabila kes berlaku ke atas MB kedah ini ia dilihat seolah-olah satu perkara yang luar biasa dan sangat dahsyat seperti tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kumpulan yang dahulunya pernah mengkritik akta tersebut kini menyokongnya pula, dan ada juga kumpulan yang dulu menyokong akta itu dahulu kini mengkritiknya pula," katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Kartini Aboo Talib berkata, walaupun orang Melayu taat kepada raja-raja mereka, pendakwaan terhadap Sanusi dilihat sebagai berat sebelah.

Katanya, ini kerana “pemimpin Cina dari DAP” masih tidak dakwa walaupun kenyataan ketika berkempen berbaur hasutan dan bersifat perkauman.

Kartini dipercayai merujuk Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang mendakwa kuil Hindu akan dirobohkan sekiranya kerajaan Pulau Pinang jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN).

"Sudah pasti, orang Melayu akan turun mengundi sebagai menyahut 'gelombang hijau’,” katanya merujuk kepada istilah yang diperkenalkan veteran DAP Lim Kit Siang untuk menggambarkan sokongan Melayu pada PRU15.

Polis menyiasat kenyataan ahli Parlimen Bagan itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isu berkaitan institusi diraja menjadi subjek bualan apabila kerajaan memberi amaran agar tidak memainkan isu 3R- agama, kaum dan raja ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dekat.

'Politik dan hormat kepada raja adalah berasingan'

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam satu siaran langsing di akaun TikTok beliau mengugut untuk menghantar kereta polis kepada mereka yang meninggalkan komen berkait 3R.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi turut terbabit dalam isu 3R baru-baru ini selepas memanggil Parti Sosialis Malaysia sebagai parti “India estet”.

Menurut Kartini, pendakwaan terhadap Sanusi juga membangkitkan persoalan sejauh mana pengaruh institusi diraja dan rasa hormat masyarakat Melayu kepada institusi itu dalam menentukan corak pengundian dalam pilihan raya.

Kartini berkata, kritikan sultan kepada pemimpin tidak memberi impak besar untuk mempengaruhi pengundi.

"Ini kerana literasi politik pengundi di Malaysia jauh lebih baik," jelas Kartini.

Sebelum ini, Sultan Selangor pernah secara terbuka mengkritik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu memimpin PH.

Istana Johor juga pernah mengeluarkan kenyataan membayangkan mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) dikekalkan.

Bagaimanapun pada PRU14, Mahathir berjaya membentuk kerajaan bersama PH dan menamatkan penguasaan selama lebih 60 tahun BN.

Namun pada PRU15 tahun lalu, Mahathir tewas dan hilang deposit di kerusi Parlimen Langkawi.

Menurut Kartini, rasa hormat terhadap satu-satu tokoh atau institusi perlu dilihat secara berasingan - MalaysiaNow

21 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kebebasan bersuara mmg boleh.. Tapi bukan ikut sedap mulut. Dulu yg kutuk mb kedah.. Kena tahan juga. Ke ada kasta.. Mb kena ramai bising. Rakyat marhaein kena. Senyap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kutuk raptor kena tahan.
      Kutuk sultan kena tahan.
      Barulah adil.
      Jangan bab dia boleh kata tak boleh bersuara pulak.
      Jangan pula tukang takbir meroyan kata tak adil.
      Sampai bila bangsa nak maju?

      Delete
    2. Nusi dari kasta kayangan.Tak boleh dikritik dan dikutuk atau dihina.Akan kena hukuman dunia.

      Dia boleh kutuk dan hina kerana dalam agama dibenarkan.Makan daging manusia dikutuknya adalah halal.Puak syurga lah katakan...hihihi
      Sebab itu kalau pandang muka dia dah tak nampak seri dah.Gelap semacam.
      Mungkin banyak sangat mengutuk,memfitnah,menghina orang lain.Yang sokong sambil laung takbir perbuatan dia akan menambah pahala dia..hihihi

      Delete
  2. Betullah pemimpin yg dipilih mecerminkan rakyat bawahannya. Sebab rakyat bawahan yg pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang takbir dah tak mampu beza pemimpin islam dan pemimpin kapir yahudi.Itulah masalahnya.
      Tambah lagi kalau tukang takbir pengetahuan agama sama level dengan pemimpin dungu.

      Delete
  3. Rakyat bawahan tak kisah pasal pembangunan dan kebersihan.. Maka ramailah yg pilih pemimpin mcm mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ada beza.Asal dapat pemimpin yang pencela dan kaki fitnah.
      Apa pemimpin buat dengan hasil nadir bumi kira perbuatan maksum.Tanpa pengetahuan dewan dan pengetahuan rakyat.
      Yang kaya adalah pemimpin.Rakyat hanya mampu bertakbir.

      Delete
  4. Rakyat yg sukakan duit n tak jujur n suka fitnah.. Maka pemimpin yg dipilih pun sama mcm depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal negeri maju katanya.Lubuk emas negeri hanya depa sahaja yang tahu.

      Delete
  5. Jadi baiki diri sendiri n keluarga.. Bila rakyat bawahan baik.. Maka pemimpin yg dipilih akan baik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertakbir mampu memutihkan hati pemimpin katanya.

      Delete
  6. Patutlah mahiadin kata pas adalah parti ajaran sesat.
    Apa yg nak ditarbiyah kalau mulut pemimpin 2x5 dengan mulut kapir.
    Tak heranlah kalau dah ada kuasa akan berlaku rasuah dan salahguna kuasa di kalangan pemimpin yang mulut celupar.
    Pengikut pula seronok bertakbir kepada pemimpin yang konon nak tarbiyah rakyat.

    ReplyDelete
  7. Admin..apa yg ko merepet ni labuuu..kes hina raja dgn politik x reti beza kaa...dewan raja Selangor buat report oii..kira pmx hebat la noh boleh kawal soltan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raptor buntal boleh hina sesiapa sahaja.Tukang takbir kata boleh.Fatwa mereka pegang termasuk kunci pintu syurga.

      Delete
  8. Kalau sibuntal tu jadi pm rasanya ramai akan kena tahan kerana mengutuk mulut celuparnya.
    Pmx relaks jer walaupun teruk buntal tu kutuk.
    Baik layan masalah negara dan rakyat dari layan buntal mulut puaka.

    ReplyDelete
  9. Mudah jer Nak layan org tua renta tu... Bukan Nak Melayu Sgt tu apa lagi Islam..

    Dia Nak selamat Kan legacy mesra LGBT dan mesra gereja COMANGO ajer tuuu..

    'No boboi No Pejwang'

    Kasi main Cara halus dengan orang tua lidah bercabang tu....

    Mereput lah kauuu

    ReplyDelete
  10. Masa mula-mula jadi mb tebuk atap dia cuba test market dengan troll TMJ.
    Masa tu nak troll pm sembab...sekapal dan sejana wibawa.Tak berani walaupun pm sembab pernah kutuk parti dia parti ajaran sesat.
    Mula-mula dapat juga perhatian dari rakyat marhaen.Seronok pengikut dia konon berani troll TMJ.Akhirnya...
    Malang TMJ lebih bijaksana dan tak layan sangat buntal tongong.Lebih baik berkhidmat demi rakyat dari layan buntal yang cuma hebat mengumum billion-billion tapi hampeh.

    ReplyDelete
  11. Dia kena tangkap orang lain kena tuduh liberal.

    Rakyat kena tangkap...take beer!!!!!!

    ReplyDelete
  12. Aku sokong mb sanusi kerana bijak dan pandai membawa pelabur.
    Berpuluh billion nilai pelaburan.

    Maaf...sekadar pengumuman hanceng!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hingin laung takbir pada manusia bodoh.
      Dahlah bodoh, penipu pula.
      Pemimpin ini hanya layak untuk pengikut yang mudah diperbodohkan atau sama tahap kebodohannya.

      Delete
  13. Pas dah tak ada personaliti lain ka nak dijadikan hero? Cuma 1 juta lebih penyokong Pas yg gelak bila sanusi buat lawak. Lebih 20 juta lain rakyat malaysia meluat dgn gelagat sibuntal ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post