Enam Bulan Berkuasa, Apa Anwar Buat? Mahathir Tanya

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan prestasi Anwar Ibrahim mentadbir negara selain mendakwa negara dilanda pelbagai isu semenjak perdana menteri itu mula menerajui kerajaan.

Mahathir berkata, kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan politik yang “tidak tentu arah”, dan beliau memberikan amaran tentang kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya keadaan ini berterusan.

“(Anwar) dapat enam bulan (pegang kuasa), apa dia buat?” soalnya dalam satu episod audio siar.

“Keadaan mata wang jatuh, inflasi masih berterusan, ekonomi tak dapat dipulihkan … apa kejayaan (Anwar)?”

Beliau juga mendakwa mendapat aduan daripada penjawat awam bahawa mereka “tiada kerja” kerana tidak mendapat sebarang arahan daripada menteri.

“Menteri tak bagi ‘directive’ apa pun, (kakitangan) makan angin, (itu) saya dengarlah,” katanya.

Awal hari ini, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pada separuh pertama tahun ini, negara mencatatkan pelaburan bernilai RM1.7 bilion.

Katanya lagi, pertumbuhan ekonomi negara mengatasi Singapura, China, dan Indonesia pada tahap 5.6%, manakala inflasi bulanan rendah pada 2.8% - FMT

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ada kuasa hanya mampu tukar kereta dan agih tanah kerajaan kepada waris dan kroni dengan harga murah.
    Tak undi difatwa masuk neraka.
    Ada kuasa lupa dengan neraka.

    Semoga mereka mampu menjawab selepas mati nanti.
    Berat soalannya kerana agama digunakan untuk kepentingan laba sendiri.

    ReplyDelete
  2. Bak kata sorang tuh....Jahid guna YAB Nwar guna YA cuma kurang B tapi gerak menipu sama jer....Yayasan dijadikan kuda untuk menipu.....dah jadi PM idea yilek....Master Plan PD dah jadi apa kejadah kemudian dia cabut lari kawasan....hidup hidup melayu bangang kena kencing.....

    ReplyDelete
  3. Atok kata dia kalah di langkawi sebab ada pihak beri rasuah. Siapa? Dia dia tak bagi tau. Siapa yg menang besar di langkawi pd PRU 15? PN..Sekarang dia bersama perasuah, ok pula. Ini orang tua tak ada prinsip. Boleh bersama siapa saja asalkan menguntungkan diri sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22 tahun apa dia buat?
      Anak2 kaya raya.
      Kroni proksi kaya raya.
      Waris kaya raya.

      Negeri majoriti melayu miskin dan disabotaj.

      Kemudian ada hati nak buat proklamasi melayu
      Bersama pulak dengan puak pemberi 'sedekah'.

      2x5 penyamun dan perasuah..

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post