Kebangkitan Sanusi


SANUSI Md Nor antara politikus lincah yang tiba-tiba menggegarkan kedudukan politik Malaysia. Memandangkan karakter politiknya yang cenderung berkonfrontasi, kita akan terus menyaksikan kontroversi mengenainya di ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pada usia 49 tahun, namanya meningkat naik dalam tempoh singkat untuk menyandang jawatan menteri besar Kedah ke-14.

Selaku pengarah pilihan raya bagi Perikatan Nasional (PN), beliau berperanan penting menjadi orang kuat atau iron man dalam misi mempertahankan Kedah dan menawan beberapa negeri lain.

Sanusi adalah watak eksotik atau memiliki kelainan berbanding ahli-ahli politik Melayu sebelum ini. Dalam erti kata, anak kelahiran Sik Kedah ini menonjolkan sifat dan tingkah laku yang bukan selalu dibayangkan oleh ramai orang – mempamerkan kepemimpinan Melayu yang bukan berperwatakan elit dan cara bangsawan.

Fenomena Sanusi sebahagiannya dibikin secara terancang dan tersusun, manakala sebahagian pula akibat rangsangan spontan yang timbul dalam kalangan penyokong PAS dan PN di ruangan maya dari seluruh negara.

Lagi pula, muslihat Sanusi mensensasikan pelbagai isu menerusi ucapan, ceramah dan sidang media merupakan strategi untuknya mencipta market Sanusi.

Kebetulan pula sejarah politik Kedah telah melahirkan dua orang Menteri Besar yang bernama Sanusi. Dahulu Kedah mempunyai Sanusi Junid (1996-1999, kini Kedah mempunyai Sanusi Md Nor (2020-hingga kini). Kedua-duanya adalah penentang hebat Anwar Ibrahim.

Psike Melayu umumnya akan tertarik dengan gaya persembahan Sanusi. Tutur kata, pengenaan dialek Kedah serta cara pergaulan Melayu kampung yang ditunjukkannya dapat menangkap imaginasi khalayak Melayu – khususnya Melayu luar bandar.

Jika diperhatikan, beliau dianggap penghulu Melayu yang mudah dan mesra didampingi oleh pelbagai lapisan sosial khasnya rakyat biasa.

Sifat peribadinya yang intim dengan ikatan keMelayuan Islam telah mengukuhkan jati diri dan ciri ketaatannya kepada kepimpinan ulama sekali gus membantu melonjakkan perjuangan PAS.

Tanpa berselindung, Sanusi memaparkan sikapnya yang suka menentang arus, lantang (outspoken) dan sering berbalas serangan terhadap seteru politiknya. Secara tidak langsung, hubungan antara Persekutuan dan Kedah kadangkala boleh mencetuskan kekeruhan dan ketegangan.

Dari satu segi pula, Sanusi dengan nada berseloroh dan tegas menyatakan dalam ucapannya “tak usah duk lawan la Nusi, Nusi lebih nakal daripada itu. Kalau nak saman Nusi untuk berhenti daripada menjadi budak nakal, Nusi takkan berhenti kerana Nusi dilahirkan untuk melawan.”

Tambahnya, sekiranya Sanusi tidak bercakap lepas orang tidak akan mendengar dan memberikan perhatian. Taktikal yang dilancarkan Sanusi untuk memikat orang ramai agar sentiasa mengingati dan bercakap tentang dirinya.

Bahkan Sanusi tampil dengan penyampaian ceramah yang penuh dengan lawak jenaka yang mencuit hati penyokongnya serta diselangselikan dengan kata yang membidas, mencabar dan mempersendakan lawannya. Mungkin ini adalah cara berpolitik Sanusi melepaskan geram yang terpendam.

Lahir dari latar keluarga yang miskin menampakkan dirinya bersikap kasar, nakal mengusik dan tidak mempunyai kehalusan dalam menuturkan kata-kata. Kenyataan ini sendiri diakuinya. Tidak hairanlah kebangkitan Sanusi telah mencetuskan time bomb.

Dengan mengambil risiko yang mungkin menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Dalam situasi tertentu, Sanusi gagal menahan perkataan yang diungkapkan apabila berada di pentas ceramah. Pendakwaan Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya baru-baru ini dikatakan yang beliau telah melanggar garisan merah. Kebebasan bersuara itu ada batasan dan hadnya.

Salah satu aspek yang menarik perhatian penulis ialah fenomena Sanusi telah membangkitkan politik konservatif di kalangan orang Melayu. Sanusi antara faktor yang mengukuhinya.

Unsur konservatif yang dipaparkan dalam pemikiran Sanusi ialah sering mengulang-ulang ingatan sejarah, mengimbau terhadap kegemilangan sejarah lampau kerajaan Kedah serta membangkitkan kisah silam Pulau Pinang adalah milik Kedah yang boleh dikembalikan. Ini membayangkan sejarah yang ditidurkan, kini dibangunkan semula oleh Sanusi.

Buktinya dalam petikan ucapannya di Himpunan Melayu Raya Kedah Berselawat, beliau menyatakan:

“Apa yang sedang kita laksanakan adalah membuka lembaran sebenar yang telah disembunyikan begitu lama untuk rujukan, panduan dan pedoman generasi sekarang dan generasi akan datang untuk memimpin negeri ini. Sekali lagi menjadi negeri [Kedah] yang telah membawa cahaya Islam ke seluruh rantau ini.

“Kalaulah negeri jiran kita itu Constantinople [merujuk Pulau Pinang], tuan-tuan semua adalah Muhammad al-Fatehnya, kalau berlaku Fathul (pembukaan) Mekah tuan-tuan adalah tenteranya di waktu ini, tetapi pembukaan Mekah itu akan diulang dengan cara dan kaedah zaman ini, bukan lagi peperangan bersenjata.

“Constantinople (merujuk Pulau Pinang) itu akan diambil semula juga bukan dengan kekerasan, tetapi dengan iltizam dan kesungguhan kita. Bangsa Kedah tidak akan lagi ditindas, bangsa ini tidak lagi diizinkan untuk diinjak, dipandang hina di dunia ini, bangsa ini akan bangkit untuk mendaulatkan sekali lagi Kedah Darul Aman sebagai kerajaan paling ulung The Greater Kedah di rantau ini”

Oleh sebab fenomena Sanusi muncul di tengah-tengah percaturan politik kepartian yang dirangsang oleh semangat demokrasi, faktor membangkitkan sejarah masa lalu dengan naratif yang dibinanya olehnya adalah untuk memenangi PRN yang semestinya begitu berpengaruh kepada pengundi khususnya di Kedah.

Apa sahaja yang mungkin kita bayangkan tentang keperibadian Sanusi, kita patut meneliti keupayaannya menempatkan diri antara tokoh popular setaraf dengan ahli-ahli politik senior di negara ini. Itu satu pencapaian yang agak ketara. Biar apa pun kegetiran dihadapinya, Sanusi pasti sanggup “dihempas badai dilambung gelombang”, meminjam kata Allahyarham Sanusi Junid. – 25 Julai, 2023.




Mohd Azizi Jaeh
Pengajian Doktor Falsafah 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau stail sembang macam sahidan kasim rasa sukar rakyat nak taksub.
    Biarlah orang lain yang taksub dan teruja.

    Takut sangat nak taksub kerana banyak sangat sembang billion-billion tapi habuk pun tarak.
    Yang hebat melombong REE untuk kesejahteraan diri atau rakyat?
    Biarkan..tukang takbir kan ada?!

    Setakat hebat menghina, memfitnah, mencela orang dengan laungan takbir...biarkanlah.
    Mungkin dia tahu bila tuhan akan cabut nyawanya.Senang dia bertaubat dan memohon maaf.
    Sementara belum ada tanda, burukkanlah mulut dengan fitnah, mencela dan menghina.
    Oh lupa..fatwa syurga kan di bawah bontot mereka.Memang lawak.
    Muka tg presiden langsung tiada nur.Sembab tanpa cahaya.Hati busuk kot.
    Panglima buntal pon sama.Tiada langsung nur di wajah.Mulut dan hati busuk agaknya...hihihi

    ReplyDelete
  2. Buntal bangkit!?!!?

    ReplyDelete

  3. Proklamimasi Pantek Si Renta

    senarai penerima ini dari Pulau Pinang dan mereka telah menerima sejumlah RM780 juta, pada hal orang Umno menerima hanya RM19 juta sahaja. UMNo bole buat apa skg ni...!?Link

    https://youtu.be/C2vYX3CwfE8

    Senarai nama Parti DAP sembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB semasa PH jadi kerajaan diterajui barua meraka Tun Mahathir Mohamad.

    Link bawah kenapa UMNO / BN bisu skg..!?

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/04/jejak-wang-1mdb-250-penama-rm700-juta-umno-p-pinang-lapor-sprm/

    1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
    2. Enr Marketing. 24.3 juta
    3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
    4. Kek Lok Si Tample 12 juta
    5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
    6. Music Melody Store. 6.58 juta
    7. G Event Managmnt. 2.93 juta
    8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
    9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
    10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
    11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
    12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
    13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
    14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
    15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
    16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
    17. Choo Keng Hock 3.84 juta
    18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
    19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
    20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
    21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
    22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
    23. Chung Ling High School. 1 juta
    24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
    25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
    26. Chung Ling High School. 0.25 juta
    27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
    28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
    29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
    30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta

    Bukan ke ini conflict of interest?

    Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak kaum nya yang paling banyak dapat habuan.

    Berbeza denda Barnie Maddof scheme Ponzi terbesar di NYSE.. ( tgk siri Netflix) nasib nya di penjara seumur hiddup, anak nya mati sbb malu teramat dasyat isteri nya jedi gelandangan bila harta dirampas.

    Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan hutang yang ditinggalkan Kerajaan PH yang dicatat menghampiri RM850 billion. Sejumlah RM164 billion hutang dijana olih PH selama 22 bulan.

    Tidak seperti Jho Low, Zety Nik Faisal sampai sekarang hidup mewah.. memang celaka lah pemimpin barua Melayu Lee Kwan Yew@DAP ini..!!! Ini berlaku masa Tun Jadi PM kali ke 2 dah Macam pukimak...!!

    Angkara penipuan Bangsa Perasuah bernama Jho Low tepuk tangan saksikan pemimpin Melayu diperbodohkan dan bercakaran sesama sendiri.

    Otak barua lama dan baru tetap masih sama juga..!!Barua Lama Vs Barua Baru Lee Kwan Yew..

    sampai skg sekor babi pun tak diheret ke mahkamah..!!

    Maka PRN June 2023 kali ini semua saki Baki barua DAP@LeeKwanYew perlu dilingkupkan secara total..!!

    Proklamimasi Pantek...!!

    haha tepokkkk..!!

    ReplyDelete
  4. Malang jika mamat celupar ni jadi kajian orang universiti.

    Hari tu seorang pensyarah universiti kena balun dengan Rafizi

    Dah teruk sangatkah universiti sekarang?

    ReplyDelete
  5. Kesian anak muda melayu kena SCAM dgn kualiti kepimpinan spt sanusi. Orang tak cukup akhlak dan mulut longkang pun boleh dinobatkan sbg hero oleh anak muda melayu masa kini. Banyak sangat main game dan tengok tik tok agaknya. Standard anak muda melayu terus menurun. Sama spt dalam bidang akademik. Bila tak mampu capai standard minimum yg ditetapkan, diturunkan lagi geraf supaya nampak hebat. Hari ini pula standard perjuangan anak muda melayu ialah setakat angkat tangan stail sanusi melambangkan kita lawan. Oi anak muda melayu, rajin2lah selidik perjuangan anak muda zaman reformasi! Lihat bagaimana mereka berd3pan dgn FRU serta dikejar dan dibelasah. Zaman pemerintah Atok zalim yg jadi idola lobai masa kini! Itu baru pejuang tulen. Bukan setakat angkat tangan.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post