Menarik Pendedahan Vincent Tan Tentang Muhyiddin Ni..

Spanco menyelenggara Barisan atau Armada kenderaan Kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018.

Barisan atau Armada kenderaan ini ialah kenderaan yang akan digunakan oleh Menteri, Pegawai kanan Kerajaan dan Jabatan, serta Polis.

Selepas konsesi 25 tahun Spanco berakhir pada Disember 2018, Kerajaan ketika itu membuat tender secara terbuka dengan meminta pihak yang berminat untuk mengemukakan permohonan cadangan (Request for Proposal) mengenai konsesi berkenaan.

Selain Spanco yang dimiliki Taikun Kenderaan Tan Sri Robert Tan Hua Choon serta JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, syarikat lain yang menyertai bidaan itu ialah DRB-Hicom Bhd dan Samling Group.

Tender telah dimenangi oleh JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza dimana Naza ketika itu memiliki 51% kepentingan di dalam JV dan 49% oleh Berjaya dan LOI (Letter of Intend) diterima oleh mereka.

Bidaan yang dilakukan oleh JV terbabit ketika itu dikatakan adalah yang paling rendah dalam kalangan semua pembida.

Bagaimanapun LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kumpulan kenderaan kerajaan itu telah ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020 menurut Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Dakwanya "Mereka telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV).

"Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta. Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang terhadap (MoF) berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya.

Oleh itu tak pasal-pasal Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim disaman oleh JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.

JV Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada JV itu menurut laporan dari The Edge.

Muhyiddin perlu jawab persoalan ini.. 

1- Kenapa hasil tender oleh Kerajaan pada tahun 2019 tidak dipatuhi? 

2- Apakah justifikasi bagi Kerajaan pimpinan Muhyiddin memberikan kontrak kepada Spanco yang dikatakan RM700 juta lebih tinggi?

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mangkuk inilah yg mengubah jajaran hsr keretapi laju kl/Singapore dan juga membayar lebih rm300juta kpd Singapore krn membatalkan perjanjian.Untung singapore.
    Selain mengubah jajaran dia juga menggunakan jajaran kroni dan dikatakan memberi kontrak kpd kroni.
    Tapi masih ada juga yg percaya para penyamun jana wibawa.

    ReplyDelete
  2. Dapat pm sembab tebuk atap mcm itulah jadinya.
    Bapak segala perutusan.Apa pun tak jadi.Yang ada sakau jana wibawa.

    Malang dapat mb tebuk atap.Lagak macam orang mereng.Suka kutuk dan hina orang.

    Bapak segala pengumuman.Bab mengumum no.1.Projek billion-billion.
    Sampai la nie satu projek pon tarak.

    Antara pengumuman mb tebuk atap:
    Projek airport...ghaib
    Projek tambak rm40 billion Langkawi...ghaib
    Projek litar f1...ghaib
    Projek stadium...ghaib
    Projek glove...ghaib
    Projek Air...alpa

    Mungkin saka keturunan jana wibawa yg telah merasmikan kesemua projek ghaib tersebut.
    Selain mereka mb tebuk atap jer yang mampu melihatnya.

    Walaun....tepokkkk

    ReplyDelete
  3. Pernah didapati bersalah kerana melanggar sop pkp.
    Dia selamat dan terlepas kerana nama glamer tak sama dgn nama dlm ic.
    Penyakau jana wibawa yg menjadi bos kpd pas dan gelakan.

    ReplyDelete
  4. Fadhlina beri tempoh 24 jam untuk minta maaf..

    Saya ulangggg..

    Saya tidak akan teragak-agak untuk saman malu dan fitnah yang terus disebarkan. Kebebasan bersuara bukan kebebebasan untuk fitnah sesuka hati.

    Saya ulang

    Tak perlu 24 jam, bukan 24 Hari, bukan 24 minit... Sekarang Jadi pemimpin sekarang juga Kasi saman...!!

    Ada berani..!!


    Saya ulangggg..!!

    ReplyDelete
  5. Komunis melayu dijulang setelah menghina raja.
    Memalukan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkuk tu tak peduli arahan dan nasihat mursyidul am pas agar berhati-hati apabila berceramah dengan tidak menyentuh perkara sensitif.
      Rasa diri terlalu kebal dan hebat.
      Atau mungkin sengaja mencabar pihak berkuasa untuk menahannya bagi meningkatkan lagi aura bebalnya di mata rakyat.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post