Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH..

 

Patutlah tiba-tiba Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan ahlinya supaya memberi tumpuan memenangkan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan dan bukan memikirkan siapa yang bakal menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai menteri.

"Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub,.

"Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pengganti kepemimpinan yang sudah pergi,"

"Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepemimpinan AMANAH sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal berkait pengganti dan masa depan parti mengikut aturan serta amalan kebiasaan parti," katanya lapor Berita Harian.

Memang ada sebenarnya beberapa individu dari AMANAH yang sedang melobi untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Ahad lalu.

Bacalah..

SHAH ALAM - Biarpun masih berduka dengan kehilangan sahabat seperjuangan dalam parti, dua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, jika diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, beliau dan kesemua ahli Amanah masih bersedih di atas pemergian Timbalan Presiden Amanah itu yang diibaratkan sebagai seorang abang, sahabat, pemimpin dan guru kepada mereka.

Bagaimanapun, keperluan untuk meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham di kementerian kritikal itu amat mendesak pada saat rakyat mendambakan pelbagai usaha kerajaan yang melibatkan harga barang dan kos sara hidup.

“Sekiranya ia merupakan mandat daripada parti dan mendapat restu Perdana Menteri, saya bersedia memikul tanggungjawab itu walaupun portfolio kementerian itu sangat berat dan tidak mudah dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Mohd Sany menambah, sesiapa sahaja yang bakal menggalas tanggungjawab di dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu berdepan cabaran dan tekanan dalam meneruskan kesinambungan legasi dan kecemerlangan ditinggalkan Allahyarham.

“Seperti sedia maklum, Salahuddin sudah membawa KPDN ke tahap yang sangat tinggi dengan beberapa Insiatif Rahmah sudah menampakkan keberkesanan di mata rakyat.

“Sesiapa sahaja yang memikul amanah tersebut pasti akan menanggung bebanan berat kerana beliau mempunyai komitmen kerja sangat tinggi, tekun dan rajin,” jelasnya.

Menjawab spekulasi nama beliau kini antara disebut-sebut sebagai pengganti Salahuddin, Mohd Sany menjelaskan komitmen, azam dan kesungguhan untuk melaksanakan program gerak kerja membantu rakyat merupakan indikator penting bagi menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi menteri atau sebaliknya.

“Setakat ini, saya tidak tahu mengenai khabar angin itu. Namun dengan pengalaman dua penggal sebagai wakil rakyat, Insya-ALLAH saya mampu menggalas tanggungjawab berat itu.

“Ada juga mereka yang pertama kali menjadi ahli Parlimen terus diberi peluang menjadi menteri atau timbalan menteri. Yang penting adalah kemahuan kita untuk bekerja bagi memastikan kelangsungan kehidupan masyarakat dibela sebaik mungkin,” katanya.

Selain Mohd Sany, antara nama lain disebut-sebut menggantikan Allahyarham Salahuddin ialah Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Allahyarham Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah pada Ahad akibat pendarahan otak.

Dalam pada itu, Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading memberi jaminan beliau tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri sekiranya dipilih sebagai Menteri KPDN.

“Saya masih bersedih atas kehilangan sahabat yang sama-sama berjuang di dalam parti. Biarpun begitu, saya akan meneruskan hasrat murni yang telah diasaskan oleh Allahyarham sekiranya diberi kepercayaan dan mandat daripada Perdana Menteri.

“Saya akan memastikan perjuangan Allahyarham dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar di Malaysia menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat akan terus dilaksanakan,” katanya.

Aminolhuda yang turut memperjuangkan Program Payung Rahmah bersama Salahuddin berkata, program itu adalah kesinambungan utama yang akan diteruskan biarpun tunjang utamanya telah tiada.

“Jika dilihat dari segi perancangan awal sehingga ke hari ini, sepatutnya Inisiatif Rahmah bukan sahaja melibatkan makanan bahkan dirancang untuk dikembangkan kepada aspek penawaran insurans, bank dan tambang kapal terbang.

"Oleh itu, program ini harus diteruskan dan selaku pimpinan dalam parti Amanah, saya selalu mengambil maklum tentang perkembangannya,” ujarnya - SH

Hmm.. nampak sangat gelojoh dan gila jawatan..

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nak fitnah silakan.

    Ahli Amanah ni tak ada yang kejar jawatan untuk kaya diri.

    Tapi memang keperluan lantikan cepat sebab penyakau and the geng masih berleluasa. Boleh jejas ekonomi rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah masih merah.Yang giat nak melobi tolong hentikan.

      Delete
  2. Jangan pilih yang setara dengan sanusi buntal.Hancusss

    Kalau dapat cari yang seikhlas arwah.Bekerja untuk rakyat.
    Pahala dunia ran akhirat.

    Bukan sifat yg kerja menyakau ree, jana wibawa atau mengimarahkan judi.
    Buat malu pengundi dan penyokong...

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah camne sekor gabnor Bernama Zety tatau ada kemasukan Wang billion billion hengget ... Klu Kita Nak masuk duit 50 ribu hengget pun kena declare dng bank... Kah kah kah

    Mengenai dakwaan yang dibuat oleh Najib semasa temu bualnya dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 2 Julai 2018, di mana beliau mendakwa bahawa saya mengetahui tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya di AmIslamic Bank Berhad dan bahawa saya tidak membangkitkan sebarang soalan mengenainya, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mengetahui transaksi yang dilakukan dalam akaunnya pada masa itu,” katanya.

    Saya ulangggg...

    camne sekor gabnor tau Ada kemasukan Wang billion hengget ... Klu Kita Nak masuk duit 50 ribu hengget pun kena declare dng bank... Bodo bodoo..

    2 mahkamah kat USA dan Singapore terang lagi bersuluh sebut nama Taufik Ayman dan anak tima Wang AMLA 700 jota hengget sekor gabnor Bernama Zety tatau pasai duit AMLA...

    Bila nak tangkap Taufik Ayman.

    Bodooo bodooo..!!


    Kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Barua balun barua... Melayu lain jangan masuk campur.. Biar barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri..

    Haah Melayu sekelian haah Tepokkk

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan menang mudah 5-1 dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

    “Hari ini dia kata (Dr Mahathir), mereka (PN) akan menang lima daripada enam negeri. Sudahlah itu tekaan dia. Masa dia bertanding di Langkawi dia kata (boleh) menang besar (tetapi) bila ada keputusan dia hilang deposit.

    Saya ulangggg

    Melayu lain jangan masuk campur.. Biar barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri..

    Haah Melayu sekelian haah Tepokkk

    ReplyDelete
  5. Wahai Melayu sekelian.. Menjelang PRN Ogos 2023 Kali ini..!!

    Masih kah kau ingat Wahai orang Melayu' sklian..!
    Jangan jadi Melayu' Mudah Lupa seperti barua barua tuan DAP@LeeKwanYew...

    Dulu fitnah Najib sampai togel dikerjakan sekarang fitnah dari barua yg sudah dibakulsampahkan oleh DAP@LeeKwanYew terhegeh hegeh dengan Proklaminasi Melayu...!!

    Akhirnya Jho Low lesap dan kaum Jho Low tepok tangan ketawa terbahak bahak tengok barua barua mereka DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri dan sampai sekarang barua mereka iaitu kes Zety Taufik Ayman lesap 700 juta sampai sekarang terkinja kinja senang lenang.. macam pantekk la semuanya

    Inilah cara barua DAP@LeeKwanYew linkup dan laga laga kan kaum Melayu...

    Semua kaum Melayu jangan terikut terkinja Kinja pula jomm mari kita tengok Dan tepok tangan barua barua Melayu DAP@LeeKwanYew berbunuhan. Lagi cepat barua ni mampos lagi cepat Melayu bersatu semula.. haha tepokkk..!!

    Bila barua mereka PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel LeeKwanYew@ DAP ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura

    Kalau PN menang nanti ( insyallah menang PRN) Dan kerajaan bertukar maka

    1. Ujudkan pemodal pemodal Melayu' menguasai ekonomi negara.
    2. Ujudkan kapitalis Melayu' sebanyak mungkin.
    3. Ujudkan beratus ratus billionaire Melayu' agar negara tidak bergantung pada kapitalis mafia Mata Sepet bertuankan Lee Kwan Yew walaupun mafia Mata Sepet itu warga nagara Malaysia
    4. ujudkan rangkaian Kartel Kartel Melayu'
    5. Jika perlu dinujudkan rangkaian mafia mafia Kartel Melayu' Maka ia jugak perlu dilakukan
    6. Mengembangkan ekonomi orang Melayu' bila kesemua diatas sudah terbentuk
    7. Kapitalis kapitalis Melayu' yang ujud nanti harus lah bersifat natural dan tidak memihak mana mana pemimpin. Elakkan Dari adu domba Kapitalis Mata Sepet... Jangan ujudkan lagi Team A Dan B, Team Wawasn dsb nya. Itu semua adu domba halus Kartel mata sepet supaya Melayu' screw Melayu spt ucapan Super Man DAP.
    8. Elakkan jadi mangsa batu api musuh.. dah tingkat kan hubungan dengan Indonesia jiran serumpun.
    9. Lupakan Singapura pergi mampos dengan Singapura jiran tak guna Malaysia dan Indonesia.
    10. Semua bahan2 makanan dan bahan mentah yang dihantar ke Singapura perlu dikaji harga caj bayaran duti import dan sebagainya.

    Saya ulangggg..!!! Padan muko kau hanatt

    Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti.

    Masa kasi Pelingkup semua saki baki barua barua DAaP@LeeKwanYew semakim hampir.. June 2023 PRN Kasi lingkup semuanya..

    Saya Ulanggg..

    Wahai Melayu..!! Menjelang PRN Ogos 2023 ini..!!

    Masih kah kau orang Melayu' ingat...

    Jangan jadi Melayu' Mudah Lupa seperti barua barua tuan DAP@LeeKwanYew... OGOS 2023 PRN Kasi lingkup barua ini kesemuanya.!!

    Ini Kali lah..!! Ingat pesanan Melayu' ini

    ReplyDelete
  6. JANGAN ADA PUAK SEMBURIT DIANGKAT SEBAGAI MB JIKA PN MENANG DI SELANGOR!!!!!!!

    AKAR UMBI MENOLAK SEMBURIT!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Tak pasti betul atau tidak.
    Sejak berlaku fenomena gelombang hijau dan sampai peringkat pencalonan bakal-bakal yb prn ini dilihat calon-calon yang dipilih kebanyakan bukan pilihan akar umbi.
    Adakah dengan 'kemenangan' bakal-bakal yb yang dicalonkan oleh tangan ghaib akan memudahkan tangan ghaib membuat percaturan jika mereka menguasai negeri sebagai mb?
    Kalau yb jujur sukar buat 'kerja'.Pilih sesama waris dan yang jenis angguk-angguk....hmmmm
    Keyakinan yang tinggi sehingga ada yang mengatakan letak beruk jadi calon pasti akan menang.Wah tingginya keyakinan dengan gelombang hijau.Harap tidak alpa.
    Apa-apa pun terpulang dengan pengundi yang akan mengundi.
    Pengundi setia, pengundi atas pagar dan pengundi yang memprotes akan keluar dan menunjukkan mereka lebih berkuasa daripada orang yang mencalonkan bakal-bakal yb nie.

    #pengundi setia

    ReplyDelete
  8. Bapa telefon selepas dengar ceramah politik kata kalau aku tak balik mengundi si bakal yb dah keluar dalil kata jika bapak mati jangan sentuh mayat bapak.Lawak dalam sebak.Maklumlah bila orang tua sebut bab kematian nie.
    Bengang pun ada menipu warga emas sebegitu.
    Parah dah puak perasan alim gila kuasa nie.Menyesal pula join gelombang hijau tempoh hari.

    Aku cuma kata akan cuba balik tapi dalam hati tak akan undi manusia yang tunggang agama nie.Buat malu.
    Demi jaga hati orang tua.Aku cuba balik.
    Cuma terkilan sangatlah bapak dah jadi 'mangsa memali 2.0'
    Banyak dosa mereka yang tunggang agama nie.

    Makin celik agama dan makin celik akal...manusia makin bijak memilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang ostad pas kata mati masa meeting parti pas lebih afdal dari mati dalam sujud ketika solat.

      Kalaulah ada hadis sahih gerenti setiap negara islam ada parti pas.

      Yang paling lawak ada ostad pas kata nabi adam diturunkan di gunung jerai.

      Masalahnya bila ostad2 nie ingat orang lain sama bodoh dengan mereka.

      Syukurlah walaupun tak alim tapi tak lah bodoh macam ostad pas yang gila tongang agama ni.

      Delete
  9. ingatlah tak kira2 apa komen kemenangan mestilah berpehak kepada melayu dan islam( termasuk bumiputra, wahai bumiputra sabah sarawak sedarlah) bukan puak2 barua pap tak kira dari parti mana,
    ayuh beramai2 kita buktikan kemenangan melayu dan islam prn negeri yang akan diadakan bukan ogos nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post