Sanusi Dah Kena, Kita Tunggu Guan Eng Pula

“MENTERI Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) sudah didakwa. Kita tunggu Lim Guan Eng dan yang lain juga selepas ini.”

Itu reaksi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh susulan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi di Mahkamah Sesyen Selayang, semalam.

Muhamad Akmal dalam hantaran di Facebook menegaskan, tiada ruang kepada mana-mana individu dalam negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Menurut Muhamad Akmal, tiada siapa yang terkecuali tidak kira warna parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga berharap pertuduhan terhadap Muhammad Sanusi itu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat.

“Tiada ruang kepada mana-mana individu di dalam negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu 3R.

“Tidak kira apa sekali pun warna parti, sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, anda tidak boleh terkecuali.

“Supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat,” katanya.

Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghasut.

Bagi pertuduhan pertama beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung lantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga didakwa atas satu lagi pertuduhan menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada minggu lalu di Mahkamah Sesyen berasingan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membuat kenyataan ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang- UtusanTV



6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hadi Awang pun dalam siasatan, kenapa tak masukan sekali dalam ulasan??? lupa ke nyanyuk ke? atau saja jahat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kebal sikit.
      Keputusan majlis syura pun dia boleh ingkari.
      Apalah setakat undang-undang yang ada..

      Delete
  2. Sanusi tu bodoh dan pelupa agaknya.
    Dulu ada orang tua umur 61 kritik dia dalam sosmed.Pukul 3 pagi juga pihak polis tangkap.Hari berikut 3 orang ditangkap.
    Tak zalim????

    Bila kena barang hidung dia boleh kata zalim dan tak boleh bersuara pulak.Bodoh!!!!
    Lagi kejam dari atok.Tak boleh dikritik dan dicabar sikit pon.

    Tak heranlah.Kalau nasihat mursyidul am pas dia tak nak dengar.Apalah sangat undang2 yang ada.

    Rasanya kalau beginilah gayanya bila ada kuasa yang lebih besar di tangan.Mungkin lebih buruk diktatornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang lain...kena tangkap.
      Kalau raptor...tiara hak bercakap.

      Munafiknya nko!!!!

      Delete
  3. Perenggan pertama dia fitnah Anwar Ibrahim. Dia reka cerita Elizabeth Tan sengaja dihantar untuk langgar Anwar. Pelajar² perempuan dihantar untuk tanya soalan kat Anwar dalam event universiti.

    Perenggan kedua dia indirectly kutuk Sultan Selangor. MB Selangor ni cokia sebab Sultan pun level cokia tak setaraf Sultan Kedah.

    Perenggan ketiga dia fitnah Agong. Dia reka cerita kata Agong tak pernah titah kerajaan perpaduan.

    Tu baru tiga. Kalau ko dengar ceramah full, ko akan rasa lagi segan. Dah tahun 2023, ada MB berceramah macam tak pernah sekolah macam baru keluar dari hutan.

    ReplyDelete
  4. Pondan tua mb ni rupanya takut kena tangkap. Tu belum kena belasah macam PMX. La ni dia dok ketaq SPRM pula mai cari dia. Nadir oh nadir.....Pasai apa la orang muda skrg jadikan makhluk mcm ni hero depa. Banyak sangat fantasi dgn video gameu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post