MENTERI besar penjaga Kedah Muhammad Sanusi Md Noor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Bagi tuduhan pertama di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin, Sanusi dituduh membuat kenyataan hasutan ke atas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tuduhan itu berkait ucapannya mengenai pelantikan menteri besar Selangor dalam satu ucapan di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara di Gombak pada 11 Julai.
Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Sanusi yang diwakili peguam Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 4 Oktober bagi sebutan kes ini.
Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Bagi tuduhan kedua, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional itu dituduh membuat kenyataan hasutan berkait pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Sanusi didakwa mengikut Section 4(1)(a) Akta Hasutan dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Sanusi dalam ucapan pada 11 Julai itu antara lain menyebut Sultan Selangor memilih menteri besar yang “cokia”.
Ekoran itu, puluhan laporan polis dibuat ke atas penyandang kerusi DUN Jenteri itu, yang seterusnya memohon ampun dengan menulis surat kepada Sultan Selangor.
Sultan Sharafuddin bagaimanapun semalam menitahkan perkara itu belum selesai.
Sanusi seterusnya ditahan sepasukan polis dari USJT dan D7, JSJ Bukit Aman di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 3.00 pagi tadi..
Sanusi dikatakan ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A, di hotel berkenaan.
Kita pegang pada prinsip ‘Innocent until proven guilty’ iaitu seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak boleh lagi dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya....
Sanusi Mengaku Tak Bersalah Atas 2 Tuduhan Hasutan
byAnak Sungai Derhaka
-
14
Si raptor nie perlu kurangkan beretorik.Jika gila sangat nak kekalkan kuasa dunia sebagai mb tu kena bijak bercakap.
ReplyDeleteDengan para pengikut bolehlah sembang lebat.Maklumlah nak dapat kredit dan sanjungan dari pemuja setia.
Apa yang dibuat tak menjadi .Dari bola sepak kedah yang makin muram kerana sibuk nak troll TMJ.Apa kemajuan yang diperolehi?Tak ada.
Lebih baik tenang dan buatlah sesuatu demi negeri sendiri daripada sibuk nak menonjol diri dan jaga tepi kain orang lain.
Kalau manusia mungkin dia akan sedar dan ada keinsafan.
Kalau mangkuk, diajar macam mana pun tak akan timbul nur di wajah kerana hati dah biasa mengejek dan menghina orang lain.
Suka menghina dan memfitnah orang nie akan biasa pula melakukan sakau dan salahguna kuasa.
Mb bodoh!!!
ReplyDeleteNak popular sangat.
Nak dipuja sangat.
Kerja sendiri habuk pon tarak.
Memang bodoh.
DeleteProjek mega yang diwar-warkan semuanya mimpi indah.
Jadi bahan lawak.
Memang pelawak pon.
Oi nusi, nak kritik dengan fakta tak ada masalah. Tapi jangan hina fizikal dan merendahkan kemampuan orang tanpa alasan. Contoh: mengatakan orang ini tak cukup inci dsb. Cuma tengok fizikal hang depan cermin. Macam2 aku boleh kutuk hang, jika aku mau tapi itu bukan akhlak Islam. Akhlak Pas kot! Kemudian mengatakan orang cokia...tanpa sebarang hujah. Itu cara budak kecik bergaduh. Malu la sikit. Dan lebai2 besar yg dok pertahankan sanusi brrkenaan perkara ini. Apa yg Islam kata ttg berlaku adil, walaupun merugikan pihak sendiri?
ReplyDeleteBuat malu parti isle.
DeleteAkan ada fatwa songsang akan cover.
Mengata, menghina dan fitnah dibenarkan dalam agama puak ini.
DeleteFatwa mereka pegang.
Kunci syurga mereka pegang.Ptuihhhhh!!!!
Tuang presideng tak peduli dengan keputusan majlis syura.
DeleteDia lebih utamakan keputusan pas pusat.
Inilah jadinya cacamarba.
Anak buah jadi huru hara.
Gila dengan kuasa dunia.
Terkejut dengan gelombang hijau katanya.
Kuasa lebih utama.
Moral agama dah tiada.
Keputusan presideng lebih utama.
Majlis syura dipekak dan dibuta.
Asal dunia bahagia bagi mereka.
Dah ejek, hina orang.
ReplyDeleteKena tangkap, play victim.
Bangang dan tongong punya mb.
Ingat selepas gone end bersara sebagai km tak ada lagi pemimpin negeri yang tongong.
BODO...
Ejek dan menghina tu dah ada dalam hukum fatwa mereka.Maklumlah siapa undi mereka masuk syurga.Tiada salah dan berdosa pun ejek dan menghina dalam agama mereka.Semuanya dibolehkan asal sokong mereka.
DeleteTengok, penyamun jana wibawa dan penyokong cabutan judi dibela.
Mana ada pengikut agama yang sokong penyamun dan judi?
Hanya puak mereka.
Bercanggah dalam agama asal sokong mereka adalah halal.
Tepokkkk!!!!!
Ingatkan pemimpin dap tadi.
ReplyDeleteRupa-rupanya pemimpin bangang parti isle.
Nak bersuara tak ada hal.
Kalau dah sentuh perlembagaan negara tak ada beza dengan manusia yang selalu korang tuduh suka sentuh sistem beraja negara.
2x5 dia dengan komunis.
Saya ingat dia ditahan kerana hina pmx.
DeleteRupa-rupanya kerana menghina sultan dan raja.
Ada darah keturunan komunis rasanya.
Sebagai seorang yang berpengaruh, dia tak patut buat apa yang dia buat tu
ReplyDeleteTahun 2021 ada pakcik tua umur 61 kritik dia dlm sosmed.Pkl 3 pagi pakcik tu kena tangkap.
DeleteKeesokan harinya 3 org lagi ditangkap atas alasan menghina dan mengkritik dia.Lagi kejam dia guna kuasa sebagai mb.Belum pegang kuasa lebih besar.Lagi kejam tapi lupa perbuatannya yang lalu.
Selama ini dia hina dan kutuk orang lain tak ada langsung tindakan.Ikut suka mulut puaka dia.
Bila melibatkan pihak raja barulah terkantoi.Ingatkan pihak cina dap yang hina raja tetapi melayu pas mental yang hina raja.
Perenggan pertama dia fitnah Anwar Ibrahim. Dia reka cerita Elizabeth Tan sengaja dihantar untuk langgar Anwar. Pelajar² perempuan dihantar untuk tanya soalan kat Anwar dalam event universiti.
DeletePerenggan kedua dia indirectly kutuk Sultan Selangor. MB Selangor ni cokia sebab Sultan pun level cokia tak setaraf Sultan Kedah.
Perenggan ketiga dia fitnah Agong. Dia reka cerita kata Agong tak pernah titah kerajaan perpaduan.
Tu baru tiga. Kalau ko dengar ceramah full, ko akan rasa lagi segan. Dah tahun 2023, ada MB berceramah macam tak pernah sekolah macam baru keluar dari hutan.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!