PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang ejen yang meminta rasuah RM18,000 untuk “menyelesaikan” kes seorang pelancong asing tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.
Sumber badan anti-rasuah itu berkata pihaknya telah mengenal pasti orang tengah terbabit untuk membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini. Setakat ini tiga keterangan saksi termasuk menteri terlibat dan dua orang saksi utama warga China telah diambil.
“Beberapa orang pegawai imigresen terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan hari ini,” katanya.
Jumaat lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mengakui beliau ialah menteri dikaitkan dengan kejadian kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.
Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan dibuat mengikut seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan - FMT
SPRM Cari Ejen Minta Rasuah RM18,000 Di KLIA
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Wooii..!! Azam Baki dah kenalpasti jangan nak gentel telo lagi
ReplyDelete...Sila dedah la weiii..!!
Jangan jadi mcm Jho Low Zety smpai sekarang SPRM, PDRM AG tak buat apa apa , sumanya gentel gentel telo sampai berdarah darah kulit telo memasing....!! Agen tu mata sepet ke Melayu' kiteee.. dedah kan segera ...!!
SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang ejen yang meminta rasuah RM18,000 untuk “menyelesaikan” kes seorang pelancong asing tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.
Sumber badan anti-rasuah itu berkata pihaknya telah mengenal pasti orang tengah terbabit untuk membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Saya ulangggg
Jangan jadi mcm Jho Low Zety smpai sekarang SPRM, PDRM AG tak buat apa apa , sumanya gentel gentel telo sampai berdarah darah kulit telo memasing....!!
Dah kenal pasti ajen tu dedah kan segera jangan nak geli geli gentel telo lagi weeiii..!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!