PETALING JAYA: Dua penganalisis menyifatkan Tiong King Sing sebagai liabiliti politik buat kerajaan susulan pembabitan menteri pelancongan, seni dan budaya itu dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA minggu lalu.
Tetapi, seorang lagi penganalisis berkata, tindakan Tiong menunjukkan seorang menteri sedia mengambil tindakan secara langsung bagi menangani rasuah jika dakwaannya terhadap sesetengah pegawai imigresen betul.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Tiong perlu dikawal dan menyarankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertimbang menggantikannya jika beliau merombak Jemaah Menteri.
Katanya, insiden di KLIA memberi gambaran buruk kepada kerajaan kerana tindakan Tiong tidak wajar sebagai seorang menteri.
“Beliau sepatutnya mengumpul bukti rasuah dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan diambil berbanding bertindak sendiri.
“Perkhidmatan awam memerlukan jaminan bahawa mereka mampu menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika terdapat sebarang salah laku, ia perlu ditangani dengan cara betul, bukan secara sembarangan seperti dalam kejadian di KLIA.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara senada dengan Azmil dan berkata, tindakan Tiong terburu-buru kerana SPRM sukar menentukan sama ada benar-benar berlaku rasuah dalam insiden itu.
“Saya pasti SPRM akan dapati sukar untuk menentukan sama ada rasuah berlaku ketika itu, di mana Tiong campur tangan.”
Beliau menjangkakan Perikatan Nasional akan memainkan isu itu ketika kempen PRN enam negeri dan gabungan berkenaan akan mendakwa menteri persekutuan tersebut campur tangan dalam prosedur perkhidmatan awam.
Jumaat lalu, Tiong mengakui terbabit dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA, di mana beliau cuba campur tangan dalam kes seorang warga China mendakwa dilarang memasuki Malaysia.
Beliau berkata, lawatannya ke lapangan terbang itu mendedahkan “budaya rasuah beberapa pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik”.
Semalam, sumber SPRM dilaporkan berkata, agensi antirasuah itu sudah mengambil keterangan seorang menteri dan dua warga China berhubung kejadian itu.
Tetapi, James Chin dari Universiti Tasmania berkata tindakan Tiong akan “mengejutkan” rakyat Malaysia kerana ia menggambarkan seorang menteri sanggup mengambil tindakan segera bagi menangani rasuah, jika dakwaannya terhadap sesetengah pegawai imigresen itu betul.
“Dari segi hubungan perkhidmatan awam (dengan menteri itu), saya berpendapat, secara umumnya, kebanyakan penjawat awam mahu bekerja untuk perkhidmatan awam yang bersih.
“Saya tidak fikir majoriti penjawat awam mahu bekerja untuk perkhidmatan awam yang korup. Jadi, jika kerajaan mengambil lebih banyak tindakan terhadap rasuah dalam perkhidmatan awam, ia hanya akan membawa kepada perkara baik.”
Insiden di KLIA itu bukan kali pertama Tiong mencetuskan kontroversi.
Tahun lalu, Ahli Parlimen Bintulu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, yang juga sebahagian daripada kerajaan terdahulu, mengkritik ketua pengarah kesihatan ketika itu, Dr Noor Hisham Abdullah berhubung cara kementerian itu menangani pandemik Covid-19.
Tiong, yang mengetuai Parti Demokratik Progresif (PDP), turut membidas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi pada Ogos lalu berhubung lawatannya ke Taiwan - FMT
Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan - Penganalisis
byAnak Sungai Derhaka
-
6
Osahh boto chilanat eeh Azam nih..!!
ReplyDeleteWooii... Azam Baki ketuo SPRM dah kenalpasti dan bongkar jangan dok diam gentel telo lagi..!!
Bukan bongkar lepas tu gentel telo ajer... Jangan jadi mcm Jho Low Zety smpai sekarang SPRM, PDRM AG tak buat apa apa , sumanya gentel gentel telo sampai terbit darah kat kulit telo memasing sampai skg tak hado tindakan...!!
Harap2 kes 'pelancung' asing misteri ini akan dapat merungkai dakwaan 1.2 juta pelancung asing yang masuk tak keluar2?
Sebenarnya Tohan Yang Maha Esa dah tunjuk jalan suruh bongkar dn bongkar sumanya.
Bongkar dan dedah sekarang...Tunggu hapo lagi ni...!?
Rupa-rupanya dalam media sudah beberapa kes rasuah melibatkan pegawai imigresen klia diambil tindakan mahkamah.Itu di klia, bagaimana dengan pintu masuk negara di lokasi yang lain?
ReplyDeletePegawai imigresen yang hidup mewah memang ada yang dibuktikan jauh dari pendapatan bulanan berdasarkan tangkapan.Sampai bila kudis ini terus berleluasa?Mereka inilah yang mencemar nama pegawai lain yang jujur bekerja.
TAHNIAH kepada menteri pelancongan kerana berani membongkar kes tersebut walaupun sebenarnya dikatakan diviral oleh pihak dalaman imigresen sendiri.
Yb menteri adalah muka hadapan penyambut kedatangan bagi setiap pelancong yg datang ke dalam negara.
Ada atau tidak kontroversi yb menteri kena menjawab bagi kementerian dan kerajaan.Semoga siasatan akan membongkar lagi pelakuan buruk yang mencemarkan nama negara.
Dikhabarkan pihak sprm mengesahkan wujud salahlaku rasuah pegawai imigresen di klia.
DeleteJadi dakwaan menteri adalah benar.
Mengenai perkara tersebut pihak pengurusan/agen sektor pelancongan turut mengesahkan memang ada berlaku perkara sebegitu sejak sekian lama.
Jika benar maruah negara sudah tercalar sebelum sempat pelawat asing melangkah kaki mereka ke dalam negara.
Bagi pembangkang PN, isunya ialah melayu vs bukan melayu. Jika melayu rasuah sakan sekalipun dia akan pertahan mati2an
ReplyDeleteSelangor untuk PN - sah 39 kerusi dalam tangan bila pengundi Tolak UMNo/BN
ReplyDeleteTinjauan terbaru kebimbangan terbesar kepada Umno menjelang enam pilihan raya negeri bulan depan, bahawa pengundi Melayu di Selangor yang menyokong parti itu pada pilihan raya lepas lebih cenderung mengundi calon Perikatan Nasional (PN).
Dalam laporan tinjauan terbaru yang diterbitkan oleh ISEAS Perspective, jurnal dari Institut Kajian Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura, seorang penganalisis politik dan ketua badan pemikir juga mendapati 39% pengundi Melayu yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas berkata mereka akan mengundi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
No Boboi No PejWang...
ReplyDeleteLegasi COMANGO dan mesra gereja wajib ditolak abis abisan...
Jangan jadi kan Boboi sebagai calon... PejWang hanya nak tumpang PN ajer.. Pengikut tak ada semua deposit calon lingkup ada à ti nak jadi calon...!!
Apa kejadah nak tunduk pada parti total melingkup deposit...!!
Harapan dizahirkan Mukhriz susulan pertemuan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad dua hari lalu yang bersetuju mengukuhkan perpaduan orang Melayu serta meningkatkan sokongan kepada PN pada PRN 12 Ogos depan.
Merujuk keputusan PN menolak permohonan penyertaan Pejuang pada 21 Mac lalu, Mukhriz berharap komponen itu kali ini dapat mempertimbangkan sewajarnya kerjasama untuk mengelak pertembungan dan mewujudkan situasi satu lawan satu dengan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).
Kalau Boboi dicalonkan helok pengundi pilih calon Bebas utk dimenangkan..!!
Menyemak lah kau boboi..!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!