Kota Bharu: Barisan Nasional (BN) Kelantan mendakwa kumpulan yang akan lompat parti bagi menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah saudara mara Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.
Setiausahanya, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau dimaklumkan kumpulan itu membabitkan hampir 1,000 ahli Umno cawangan Cabang Tiga Haji Musa di Ketereh.
"Walaupun ramai yang dikatakan akan keluar, namun cawangan berkenaan tidak boleh dibubar kerana ia bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
"Kita tengoklah pengumuman Annuar petang ini, namun apa yang saya boleh katakan, kumpulan berkenaan adalah saudara mara Annuar.
"Namun, anak Annuar, Afiq Amani yang juga Ketua Pemuda Umno Ketereh dari cawangan berkenaan kekal bersama Umno," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Md Alwi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas tidak menafikan perkembangan itu sedikit sebanyak mengganggu perjalanan parti terutama sepanjang tempoh berkempen.
"Namun adatlah bila musim begini... suasana seperti ini tidak pelik dan biasa. Tindakan mereka juga tidak bercanggah dengan agama, peraturan negara serta pilihan raya.
"Jadi kita kena terima dengan hati terbuka kerana sedangkan, suami isteri pun boleh bercerai, apatah lagi mereka yang duduk dalam parti.
"Tukar parti adalah biasa. Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir Mohamad pun menyertai pelbagai parti. Itu normal dan kita jangan menganggap satu perkara besar sehingga menimbulkan perasaan marah dan benci," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Annuar mendakwa, ramai kalangan pemimpin dan ahli Umno akan meninggalkan parti itu.
Tanpa menyatakan jumlahnya, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat petang ini - MyMetro
1,000 Adik Beradik Annuar Musa Dijangka Lompat Keluar Dari UMNO
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Ahak kesian nuar musa....
ReplyDeleteTak jadi calon pas lalu demam tak nak kempen.
Membazir keluar belanja besar melobi tapi tak kena calon.
Sedikit demi sedikit para munafik yang kaya melalui pengaruh politik tersungkur jatuh.
Tak ada keikhlasan nak perjuangkan nasib rakyat.
Hanya gunakan politik untuk kantung peribadi.
Pas tak perlukan annuar musa.Itu pasti.
ReplyDeleteSepatutnya ikut bersatu.Ada juta-juta dalam bilik din sembab.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!