Cukuplah Berpolitik, India Sudah Ke Bulan..

Membaca titah Sultan Selangor, ketika upacara angkat sumpah Menteri Besar negeri itu dan 10 Exco Selasa lalu menginsafkan sejenak.

Antara titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melekat di minda ialah baginda memohon semua pihak berhenti berpolitik kerana rakyat dan baginda sendiri sudah penat dan mahukan semua kaum hidup bersatu semula.

Sultan Selangor yang menginjak usia 78 tahun turut berharap ekonomi Selangor akan gemilang semula. Demikianlah realiti politik Malaysia ketika ini, orang politik masih terus berpolitik biarpun PRU15 dan PRN di enam negeri sudah tamat.

Tindak tanduk puak-puak yang tidak penat menjaja isu politik jelas lagi nyata membabitkan kumpulan yang kemaruk kuasa. Sehingga cita-cita mereka tercapai dijangkakan sampai bila-bila rakyat akan disumbat dengan isu-isu karut-marut. Sepatutnya selepas PRN 12 Ogos lalu, semua parti sudah berlapang dada menerima keputusan pengundi dan kembali fokus untuk menguruskan isu rakyat dan memajukan negara.

Namun ia tidak berlaku malah adakala menjadi-jadi apabila permainan politik tersebut semakin tidak bertempat sehingga tahap menggusarkan. Suhu politik mulai panas lagi menjelang PRK di DUN Pelangai, Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Antaranya, terus ditiup ura-ura Kerajaan Perpaduan bakal runtuh dan kempen-kempen di tiga PRK terus dimainkan referendum rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Begitu juga cubaan Kelantan mahu menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan berbeza dengan Pusat walaupun, kontroversi itu ditamatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, namun ura-ura tersebut tidak sihat.

Kelantan walaupun dipimpin Pas namun negeri tersebut masih dalam Malaysia dan Pusat masih mempunyai tanggung jawab ke atas negeri itu berasaskan konsep fe­deralisme seperti di ulang laung Pas.

Begitu juga dengan kenyataan MB Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud yang memberi bayangan seolah-olah ADUN Galas dan ADUN Kota Lama sebagai menentang perjuangan Islam. Ada yang mempersoalkan, Pas adalah parti politik dan bukan agama, jadi sangat tidak relevan untuk memberi contoh sebegitu lebih-lebih lagi Nassaruddin sepatutnya lebih arif membezakan yang mana parti dan yang mana agama.

Beberapa tindak-tanduk yang menyebabkan pergeseran antara Pusat dan negeri sebegini akan membawa kepada pertelagahan politik berterusan manakala rakyat yang penat menjadi keliru.

Justeru, titah Sultan Selangor patut dijadi panduan bukan sahaja di Selangor tetapi semua negeri kerana kemelut politik ini merebak di semua negeri.

Semua orang politik sepatutnya move on dan bukalah minda masing-masing menyaksikan bagaimana India sedang berbangga dengan pendaratan Chandrayaan-3 di kutub selatan Bulan pada Rabu lalu.

India kini sudah dalam liga Amerika Syarikat, China dan Russia berjaya melakukan pendaratan di Bulan. Malaysia jangan mahu merancang misi ke Bulan tetapi mungkin ramai dalam kalangan kita tidak dapat bayangkan di manakah Bulan itu berada - Utusan

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Admin tolong minta haji hadi tu banyak2 mengucap.
    Kesian dah rakyat tengok.
    Sejak jumlah cukup jadi tidak cukup sejak itu dia asyik sebut bulan bulan bulan bulan
    Kan bendera pas tu ada bulan
    Atau angkara bulan tu dia jadi mamai
    Kena bantu ruqyahkan dia supaya cepat sembuh
    Dah nak abis bulan 8 dan tak lama lagi masuk bulan 9, 10, 11, 12
    Tak kan masih lagi sebut bulan bulan bulan bulan sampai tak bernafas

    Kena move on lah
    Dah ketetapan Allah swt
    Redho jerlah
    Kami rakyat ni dah move on
    Percaya dengan qada dan qadarNya

    Malu juga bila ada kapir kata haji hadi macam tak percaya dengan ketentuanNya
    Asyik sebut bulan bulan bulan

    Ok...tunggulah pru 16 ya
    Beberapa bulan sebelum pru 16...sebutlah banyak mana pun bulan bulan akan pas dan bersatu akan jadi kerajaan

    Sekarang masa untuk ayahanda haji hadi bertenang, muhasabahkan diri, renung balik kelemahan diri dan move on..ok
    Jangan lupa, ydp agong kita Islam, pm kita Islam, tpm tpm kita Islam, kebanyakan menteri kita Islam, mp mp kerajaan kita majoriti Islam
    Kalau mereka rosakkan perlembagaan , dont worry kita akan ikut hj hadi
    Sekarang ada tak? Tak ada kan

    Masa hj hadi dan rakan-rakan jadi kerajaan tak pernah dengar pon nak bela melayu dan Islam
    Tak pernah sebok pon tentang royalti
    Tak peduli pon dengan pulau batu putih yang hilang
    Tak peduli pon tentang tuntutan lanun sulu
    Tak peduli sangat pon tentang air di kelantan

    Atau alpa kerana sibuk sebagai duta khas dengan gaji taraf ceo atau kemaruk oleh lubuk emas jana wibawa atau terpegun dengan meningkatnya jumlah cabutan judi.

    Kami mendoakan agar hj hadi, ts mahiadin serta rakan-rakan dapat move on
    Redho dengan qada dan qadar ok
    Malu bila ada kapir kata hj hadi dan rakan-rakan macam tidak percaya dengan ketentuanNya
    Errrr....macam orang tidak ada agama
    Maaf yer...'macam'?!

    ReplyDelete
  2. Bila kerajaan kukuh dan stabil maka ekonomi akan bercambah.
    Peluang pekerjaan bagi rakyat dan peluang mereka menambah pendapatan.
    Pembangkang kena bersikap profesional dan tunjukkan korang boleh mentadbir negara dengan berhujah bernas di parlimen.
    Kalau sekadar berpolitik 24/7 sehingga putus nafas bagaimana kita nak setanding dengan negara jiran.
    Timbul pulak rasa bosan dengan tahap mental wakil-wakil rakyat.
    Rakyat dihasut tanpa peluang untuk bantu mereka meneruskan kehidupan lebih bermakna.
    24/7 politik sampai lupa dengan hukum agama.Memalukan.

    ReplyDelete
  3. Masa jadi kerajaan mereka sebok menyakau.
    Tak peduli pon nasib melayu dan Islam.
    Sama jer..
    Bila gagal jadi kerajaan + kantoi menyakau...gelabah meroyan
    Takut kena penjara
    Bila takut kena penjara mereka hasut rakyat.
    Dari si saka tua sehingga konco-konconya si din ceret, mat semburit, din minyak subsidi, ahli umno mesra din ceret dan para lobai
    Sekarang perang politik hasut rakyat kata melayu dan islam terancam
    Melayu dan Islam terancam ker atau salahlaku mereka buat mereka terancam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan nama pemimpin pn yg terkait dgn salahguna kuasa dan rasuah masa kempen bergegar pentas kata nak saman kerajaan sambil melaung kalimah Allah.
      Setakat ini belum ada pon yang berani saman.
      Bersumpah dengan kalimah Allah dah jadi mainan pulak.
      Mungkin sejak bersekedudukan dengan ulamak fasik dan munafik dalam parti isley.

      Delete
  4. Anak sungai derhaka ni bila sultan bertitah.. Baru nk tukar tajuk ka.. Dulu bkn main tibai kerajaan perpaduan.

    ReplyDelete
  5. Tibai dr segi dasar.. Apa pn nk buat jika tubuh kerajaan..

    ReplyDelete
  6. Memali 2.0 perlu dibendung.
    Ada individu sampai nak membunuh sultan angkara doktrin berpanjangan pihak gila kuasa yg guna bangsa dan agama sebagai tajuk utama mereka.Diapi-apikan konon jihad dan mati syahid.
    Mereka tak pernah diberi peluang menilai situasi sebenar.Hanya melihat sebelah bahagian sahaja.

    Sudah-sudahlah berpolitik.
    Tunggulah pru16.
    Yang pernah sakau jana wibawa dan rasuah biarlah mereka menerima pengadilan.Jadi gentlemen.
    Jangan heret rakyat yg tak berdosa.
    Mereka mewah menyakau, rakyat miskin pula nak dijadikan beban atas dosa mereka.
    Mereka juga perlu teruskan kehidupan.Kasihanilah mereka rakyat yang tidak tahu apa-apa demi nafsu serakah penyakau dan perasuah negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post