JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang yang menyumbang kepada kemenangan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, akan memberi impak besar di Johor.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impak gelombang tersebut akan membawa kepada kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September nanti.
Menurutnya, gelombang PN akan menerobos ke Johor yang merupakan tempat lahirnya UMNO.
"Dalam situasi dan keadaan politik negara ketika ini, PRK dua kawasan ini mempunyai signifikannya atau kesannya tersendiri. PRK ini diadakan selepas PRN enam negeri yang menyaksikan PN menang 146 kerusi atau 60 peratus.
"Dua kawasan ini iaitu Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan penerimaan gelombang PN sebagaimana yang melanda enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sewaktu PRN," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Kempas pada Rabu.
Hadir sama, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Zulkifli Jaafar sebagai calon PN di Parlimen Pulai dan Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon DUN Simpang Jeram.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengingatkan jentera PN agar meningkatkan usaha untuk memujuk lebih 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi bagi memastikan parti itu berjaya merampas dua kerusi berkenaan.
"Parlimen Pulai yang dahulunya kawasan hitam kini sudah bertukar putih dan peluang untuk menang agak tinggi.
"Kita sudah melalui banyak pilihan raya dan ini tidak mustahil meskipun analisis kawasan sebelum ini menunjukkan kawasan gelap. Jika kita mendapat sokongan 90 peratus daripada pengundi Melayu, kita yakin boleh menang," ujarnya.
Enam PRN baru-baru ini mengekalkan status quo apabila Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PN mengukuhkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun, kemenangan dikatakan lebih berpihak kepada PN kerana berjaya menembusi kubu PH-BN apabila mengurangkan majoriti Perpaduan di ketiga-tiga negeri dikuasai PH dan BN, termasuk menamatkan penguasaan dua pertiga PH di Selangor yang dicatatkan sejak 15 tahun lalu dan berjaya bertapak di Negeri Sembilan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram perlu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu - SH
Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor
byAnak Sungai Derhaka
-
9
1 utk kau
ReplyDelete8 utk aku
Hihihihi....
Puak jana wibawa, cabutan judi dan penyakau REE berusaha utk kuasai agar dapat lepas dosa dunia....hihihihi
Kesian...ketinggalan maklumat. Sesekali tu keluarlah dari gua untuk tinjau keadaan luar.
DeleteCerdik tak seberapa....bodoh tak boleh di ajar!!!
DeleteBedegar-degar kata masuk billion-billion tapi habuk pon tarak...hihihi
DeleteHarta rakyat dikata billion-billion, trillion-trillion disakau oleh warga china komunis walaun tak tahu.Duduk gua ker?
Owhh lupa...mungkin gua jauh dari kawasan lombong REE...hihihihi
Sekor walaun pon tak tahu tapi ada hati nak buat gelombang taik...hihihihi
Padanlah muka korang mudah kena kencing...
Takbirr!!!!!
Hihihihihi....
KEPALA BAPAK HANG!!!!
ReplyDeleteHANG BODOH!!!!!
Walaun memang BODOH!!!!!
8 utk aku..1 utk walaun.
HANG BODOH!!!!
1 cukup!!!!
Aku cerdik 8!!!!
Kihkihkihkih...
LANCIAU!!!!!
KEPALA BAPAK HANG!!!!!
Bulan 8 dah nak habis.
ReplyDeleteBila lagi din cirit dan tun memali nak angkat sumpah?
Kes kencing hancing ker?
Daripada sibuk nak tebuk atap baik laksanakan hukum hudud selepas menang bergaya di negeri-negeri pas.
Besar lagi pahala dari meroyan ke putra jaya.
Diperbodohkan oleh din cirit dan konco-konco yang banyak kes rasuah dan sakau.
Jujur cakaplah, para walaun nak hudud tak?Jika nak sangat baik laksanakan sekarang dari dipermainkan oleh pemimpin korang dan pihak lawan nanti.
Jangan alih perhatian nak tebuk atap 24/7.Bosan.Tunggu pru16.
Sekarang ekonomi nak berkembang balik dan pelabur dah mula yakin nak melabur.Jangan tengok data dari pemimpin korang yang gila kuasa.Tengok data luar negara dan maklumbalas ekspatriat asing.
Sekarang walaun boleh desak pemimpin korang laksanakan hukum hudud.Itu lebih baik daripada din cirit dan tun memali dan orang-orangnya meroyan sampai lupa dengan dosa fitnah, berbohong, menghina, mencerca,memaki dan spin 24/7.
Jauh dari sifat nabi dan para sahabatnya.
Ingat lagi suatu ketika dulu minyak masak subsidi utk rakyat marhaen tiada dlm pasaran.
ReplyDeleteRupa-rupanya anak pemimpin pn monopoli dan buat stok.Mentang-mentang bapak org kuat tebuk atap.
Kalau tak kerana gagal jadi kerajaan mungkin rakyat tak tahu cerita.
Patutlah beriya nak tebuk atap kali kedua.
Menantu midin dah lari ke luar negara.Ramai yg kata dia tggu kerajaan bertukar baru nak balik.Wah mampu duduk jadi pelarian di luar negara dari ke penjara.
Semoga mereka ini menerima hukuman kerana menyakau hak rakyat.
Tanggal 31, bulan 8 57.
ReplyDeleteBulan 8 walaun basah kuyup kena kencing oleh pemimpin mereka.
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Tengah tunggu perkenan Sultan London Raja Petra Kamarudin.
DeleteHarap walaun bersabar.
Sabar separuh dari iman.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!