UMNO adalah parti utama orang Melayu yang mempunyai sumbangan besar tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Sumbangan dan jasa UMNO sangat besar dan tidak terbilang kepada bangsa Melayu khususnya dan negara amnya. Sokongan besar pengundi dan kemenangan besar sejak awal merdeka diraih dalam setiap pilihan raya.
Walaupun begitu sejarahnya, sejak akhir-akhir ini UMNO mengalami nasib berbeza dari sebelumnya. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah. Kuasa beralih kepada Pakatan Harapan (PH) dan BN/UMNO pertama kali menjadi pembangkang dalam sejarah politik negara sejak merdeka pada 1957.
Aliran sokongan yang menurun kepada UMNO dan parti komponen BN mula dilihat pada PRU12 (2008) dan PRU13 (2013). Penurunan ini tidak dilihat oleh UMNO dan BN sebagai satu tindakan untuk memperbetulkan dan bangkit semula dengan lebih kuat dan gagah. Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas PRU13 kelihatan semakin lemah dengan pelbagai isu dikaitkan dengan pimpinannya dan UMNO.
Usaha untuk memperbaiki dan mengukuhkan UMNO tidak berlaku sepatutnya. Akhirnya, penolakan pengundi secara besar-besaran dalam PRU14 (2018), UMNO/BN jatuh tersungkur.
Kelemahan pencapaian UMNO/BN ketara lagi dalam PRU15 (2022) di mana BN hanya mendapat 30 kerusi Parlimen. UMNO hanya mendapat 26 kerusi. Kelemahan UMNO ternyata dengan penolakan besar-besaran di negeri pengundi majoriti Melayu-Islam. UMNO kalah teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pengundi Melayu seolah-olah menolak secara mutlak UMNO/BN dan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Apakah akan berlaku kepada UMNO/BN dalam PRN di enam negeri, esok? Adakah UMNO akan diterima kembali oleh pengundi Melayu dan bukan Melayu daripada parti-parti gabungannya (khususnya DAP)? Ini dilihat sebagai ujian besar bagi UMNO sama ada keputusan UMNO/BN bertindak bekerjasama dengan PH selepas PRU15 adalah bijak dan tepat bagi memulihkan kedudukannya atau kesan sebaliknya akan menimpa?
Dari satu segi, UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya menyesuaikan diri dalam situasi politik baharu negara. Kerajaan perpaduan berjaya dibentuk dengan sokongan UMNO/BN. PH juga perlukan UMNO/BN kerana tanpa sokongan UMNO/BN sebanyak 30 kerusi Parlimen itu tidak mungkin kerajaan perpaduan yang kuat akan berjaya dibentuk (tidak dinafikan sokongan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak juga penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan). Apa yang ditekan di sini adalah asasnya 30+82=112 berjaya membentuk angka minimum majoriti mudah daripada 222 keseluruhan anggota Parlimen.
HATI GELENG, KEPALA ANGGUK
Adakah tindakan UMNO/BN ini diterima oleh ahli akar umbi yang pada asasnya adalah perjuangan semangat dan kedudukan istimewa orang Melayu seperti dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 153? Adakah tindakan UMNO bekerjasama dengan DAP selaras dengan perjuangannya dan majoriti orang Melayu? Ini persoalan besar yang bertembung di peringkat akar umbi dan penyokong bawahan UMNO.
Penyokong tegar UMNO pada umumnya masih berpegang kepada prinsip lama bahawa DAP yang pejuangannya adalah bertentangan dengan apa diperjuangkan UMNO. DAP umumnya memperjuangkan hak dan kepentingan sama rata semua penduduk. Perubahan amalan demi strategi politik boleh berlaku, tetapi teras utama perjuangan UMNO dan DAP adalah sangat-sangat berbeza. Mungkinkah teras perjuangan ini boleh dikikis? Apa yang dilaungkan oleh pemimpin atasan sama ada UMNO atau DAP itu benar-benar ikhlas atau hanya memenuhi kepentingan dan demi mencapai objektif politik semasa? Adakah kerjasama UMNO/BN-PH ini akan terus kekal andainya kekalahan teruk dialami calon-calon mereka?
Saranan supaya penyokong UMNO/BN memberi undi kepada calon PH/DAP, begitu juga ahli DAP memberi undi dan sokongan kepada calon UMNO/BN yang bertanding, adakah benar-benar berasas dan berpijak di bumi nyata? Atau saranan ini hanya slogan semasa yang jauh dari dunia kenyataan? Politik liberal iaitu falsafah baharu politik negara yang mula berkembang ini mampukah menggantikan politik konservatif yang telah lama bertapak? Falsafah politik konservatif yang diamalkan selama ini tidak sekali-kali menolak kerjasama masyarakat berbilang kaum dan menentang kepentingan dan hak kaum minoriti. Sekian lama terbukti kestabilan politik berjaya dibentuk berasaskan politik konservatif.
UMNO selepas PRU15 telah melompat dari tapak asalnya kepada satu asas baharu di bawah pimpinan Ahmad Zahid. Kritikan dan sebarang bentuk menentang pimpinan atas akan disangkal. Beberapa pemimpin UMNO yang berani bersuara dan memberi cadangan untuk parti digantung dan dibuang keahlian. Yang masih bertahan adalah yang akur kepada pimpinan atas dan juga berwatak di hati geleng, kepala angguk, demi kepentingan tertentu.
Keputusan PRN di enam negeri esok akan menentukan corak, arah tuju, kedudukan dan masa depan UMNO/BN. Jika UMNO/BN mendapat sokongan besar pengundi Melayu serta menang besar, maka pada dasarnya UMNO/BN akan bangkit dengan falsafah dan tapak baharu. Ini bermakna kerjasama UMNO dengan PH/DAP boleh diterima oleh orang Melayu dan penyokong parti itu secara umumnya. Andainya UMNO/BN gagal mendapat kemenangan dan sokongan besar orang Melayu, maka secara kasarnya UMNO ditolak sekali lagi oleh pengundi. Kegagalan dan kejayaan UMNO dalam PRN di enam negeri ini adalah simbol besar yang sangat bermakna bagi masa depan survival UMNO dalam politik.
Walaupun ini hanya pilihan raya negeri, tetapi impak kepada PRU akan datang dan kedudukan secara tidak langsung kepada politik nasional dan Kerajaan Persekutuan adalah sangat penting. Adakah orang Melayu masih yakin dan memberi undi kepada UMNO atau beralih kepada parti politik lain sebagai pengganti? 12 Ogos hari penentu!
PROFESOR Madya Dr. Mohd. Noor Yazid
Felow Penyelidik Kanan, Kluster Pembangunan & Etnografi,
Institut Kajian Orang Asal Borneo,
Universiti Malaysia Sabah.
Masih yakinkah orang melayu pada bersatu?
ReplyDeleteWahai Melayu sekelian.. Menjelang PRN Ogos 2023 Kali ini..!!
ReplyDeleteMasih kah kau ingat Wahai orang Melayu' sklian..!
Jangan jadi Melayu' Mudah Lupa seperti barua barua tuan DAP@LeeKwanYew...
Dulu fitnah Najib sampai togel dikerjakan sekarang fitnah dari barua yg sudah dibakulsampahkan oleh DAP@LeeKwanYew terhegeh hegeh dengan Proklaminasi Melayu...!!
Akhirnya Jho Low lesap dan kaum Jho Low tepok tangan ketawa terbahak bahak tengok barua barua mereka DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri dan sampai sekarang barua mereka iaitu kes Zety Taufik Ayman lesap 700 juta sampai sekarang terkinja kinja senang lenang.. macam pantekk la semuanya
Inilah cara barua DAP@LeeKwanYew linkup dan laga laga kan kaum Melayu...
Semua kaum Melayu jangan terikut terkinja Kinja pula jomm mari kita tengok Dan tepok tangan barua barua Melayu DAP@LeeKwanYew berbunuhan. Lagi cepat barua ni mampos lagi cepat Melayu bersatu semula.. haha tepokkk..!!
Bila barua mereka PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel LeeKwanYew@ DAP ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura
Kalau PN menang nanti ( insyallah menang PRN) Dan kerajaan bertukar maka
1. Ujudkan pemodal pemodal Melayu' menguasai ekonomi negara.
2. Ujudkan kapitalis Melayu' sebanyak mungkin.
3. Ujudkan beratus ratus billionaire Melayu' agar negara tidak bergantung pada kapitalis mafia Mata Sepet bertuankan Lee Kwan Yew walaupun mafia Mata Sepet itu warga nagara Malaysia
4. ujudkan rangkaian Kartel Kartel Melayu'
5. Jika perlu dinujudkan rangkaian mafia mafia Kartel Melayu' Maka ia jugak perlu dilakukan
6. Mengembangkan ekonomi orang Melayu' bila kesemua diatas sudah terbentuk
7. Kapitalis kapitalis Melayu' yang ujud nanti harus lah bersifat natural dan tidak memihak mana mana pemimpin. Elakkan Dari adu domba Kapitalis Mata Sepet... Jangan ujudkan lagi Team A Dan B, Team Wawasn dsb nya. Itu semua adu domba halus Kartel mata sepet supaya Melayu' screw Melayu spt ucapan Super Man DAP.
8. Elakkan jadi mangsa batu api musuh.. dah tingkat kan hubungan dengan Indonesia jiran serumpun.
9. Lupakan Singapura pergi mampos dengan Singapura jiran tak guna Malaysia dan Indonesia.
10. Semua bahan2 makanan dan bahan mentah yang dihantar ke Singapura perlu dikaji harga caj bayaran duti import dan sebagainya.
Saya ulangggg..!!! Padan muko kau hanatt
Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti.
Masa kasi Pelingkup semua saki baki barua barua DAaP@LeeKwanYew semakim hampir.. June 2023 PRN Kasi lingkup semuanya..
Saya Ulanggg..
Wahai Melayu..!! Menjelang PRN Ogos 2023 ini..!!
Masih kah kau orang Melayu' ingat...
Jangan jadi Melayu' Mudah Lupa seperti barua barua tuan DAP@LeeKwanYew... OGOS 2023 PRN Kasi lingkup barua ini kesemuanya.!!
Ini Kali lah..!! Ingat pesanan Melayu' ini
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!