Nur Jazlan Nasihat DAP?

 

DAP mencatatkan kemenangan 98% dengan memenangi 46 dari 47 kerusi DUN, Parti tersebut telah memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Selangor , Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Di Selangor DAP bertanding 15 kerusi, 11 di Negeri Sembilan dan 19 di Pulau Pinang, DAP Cuma tersungkur di dewan undangan negeri (DUN) Derga dan mengekalkan Kota Darulaman di Kedah.


UMNO pula bertanding di 108 Kerusi, tapi hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi dalam enam negeri itu atau kalah 82%.

Jadi secara dasarnya ianya menunjukkan dan membuktikan UMNO telah ditolak oleh Orang-orang Melayu kerana boleh dikatakan 108 Kerusi yang ditandingi itu didominasi oleh Kaum Melayu.

Tiba-tiba muncul Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati DAP , katanya DAP perlu mengikut formula kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang berubah mengikut landskap politik hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menegaskan, sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO kali ini, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Itu nasihat Nur Jazlan kepada DAP..

DAP perlu mengikut formula kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang berubah mengikut landskap politik hari ini.??

KEJAYAAN Barisan Nasional?? Kejayaan mai kot mana?.. PRU-15 kalah teruk.. PRN 2023 pun kalah dengan teruknya.. Nur Jazlan boleh kata KEJAYAAN?

Mungkin kejayaan yang ditangguhkan kot? Ha.. ha..

Parti sendiri pun ditolak Melayu.. nak suruh DAP berubah ikut cara UMNO?? Apa punya lawak la dia ni buat..

Tapi.. apa perlunya DAP berubah untuk mendapat sokongan Melayu? sedangkan DAP tidak bertanding di kawasan Majoriti Melayu..

Cakap sajalah... DAP perlu berubah untuk UMNO dapat kembali sokongan Melayu UMNO..

Laporan berkaitan..

JOHOR BAHRU - DAP perlu berubah menjadi parti yang sederhana supaya boleh terus disokong oleh masyarakat Cina dan pengundi Melayu.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, DAP yang merupakan rakan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan perlu mengikut formula kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang berubah mengikut landskap politik hari ini.

"Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika PRN lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tak boleh nak terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina.

"Bila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka kata MCA tak ekstrem dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu.

"Berbeza dengan DAP, mereka kata tak boleh terima agenda sekular dalam parti itu. Sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu seterusnya menegaskan, sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO kali ini, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

"Tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada mereka sanggup gugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysia Malaysian dalam perlembagaan parti mereka.

"Sebab dua agenda itulah terus jadi trauma kepada orang Melayu dan buatkan mereka tak boleh terima perjuangan DAP.

"Biarpun sebelum ini sudah ada orang Melayu yang jadi ahli, pemimpin malah jadi wakil rakyat, namun pada saya, majoriti orang Melayu melihat ia sekadar satu cara kecil untuk 'menghalalkan' parti itu di mata orang Melayu," katanya.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara berkata, jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar, DAP dirasakan akan terus dipulau oleh pengundi Melayu.

Malah tambahnya, UMNO juga akan terus ditolak orang Melayu selagi UMNO bekerjasama dengan DAP di dalam kerajaan.

"Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap Pas akan jadi lebih kuat pada PRU16 dan masa depan.

"Oleh itu, kita akan lihat keadaan politik yang ekstrem di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada Pas sebagai parti mereka," katanya.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ank sungai derhaka gi tulis kegagalan pn... Suruh je semua kerajaan perpaduan berbincang dalam kerangka yg sihat

    ReplyDelete
  2. Tak boleh nak kata apa.
    Melayu telah lama di doktrin utk tolak dap sejak dahulu lagi.Tak dinafikan.
    Sebab itulah pn mendapat sokongan penuh pengundi melayu walaupun pada dasarnya pemimpin pn khasnya bersatu hanya nak selamatkan tengkuk mereka dari pengadilan.
    Ya, kalau dap atas pimpinan yb Anthony Loke mampu menukar gaya dap sekarang tak seperti dulu mungkin akan ada perubahan besar dari pengundi melayu.
    Cabaran memang ada kerana hasutan dan doktrin yang disebar oleh pn terhadap dap mampu mengikis keyakinan pengundi melayu.
    Politik sekarang berada di alaf baru dan rakyat makin cerdik dari bermain sentimen.
    Pemimpin pula akan berusaha untuk meyakinkan rakyat.
    Memang ada pemimpin yang ingin berkuasa demi mencari kekayaan peribadi dan untuk keluarga melalui politik.Memang ada kerana terpengaruh dengan yang lama.Kaya dan terus kaya kerana kuasa politik.
    Nepotisme dan kronisme akan terus menular jika pemimpin sebegini diberikan peluang.
    Terpulang kepada kebijaksanaan rakyat.Kalau rasa nak hentikan pengaruh legasi kaya yang terus menguasai negara melalui politik, rakyat harus bijak menilai.

    ReplyDelete
  3. Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan

    Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga

    Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja

    Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia

    Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post