Pengundi Muda ‘Condong PN’, Kekalkah Selangor Ditangan PH?

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan Izuan Ahmad Kasim akui cabaran besar menanti usaha mempertahankan DUN Kota Damansara, berikutan sebahagian besar pengundi terdiri daripada golongan muda yang dikatakan ‘condong’ ke arah Perikatan Nasional (PN).

Izuan, 32, yang disifatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai ‘wakil Pemuda’, berkata ruang yang tercipta oleh inisiatif Undi18 telah ‘diracuni’ oleh ‘dakyah-dakyah’.

“Kita melihat perkara ini menjadi satu barah kepada anak muda ketika pilihan raya umum lepas. Kita nak anak muda menjadi masa depan negara,” katanya.

Kajian oleh Bridget Welsh, seorang penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, ke atas PRU15 lepas mendapati kira-kira 37% pengundi dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun menyatakan sokongan kepada PN, mengatasi PH (35%) dan BN (23%).

Statistik Selangorkini bagi DUN Kota Damansara melaporkan kira-kira 29.2% pengundi daripada lebih 90,000 pengundi dalam lingkungan usia 21 hingga 30 tahun (bersamaan 26,318 orang), manakala 7.3% pemilih berumur 18 hingga 20 tahun (6,579 orang).

Pengundi berusia 31 hingga 40 tahun pula seramai 72,104 (20%).

Izuan berkata PH mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kecenderungan terhadap PN itu, merangkumi usaha di dunia nyata dan di media sosial yang melibatkan penyampaian maklumat dan mematahkan ‘fitnah’.

“Saya percaya pengundi muda bijak untuk memilih siapa yang betul-betul menawarkan kebaikan untuk mereka. Saya percaya untuk PRN kali ini mereka akan beralih arah,” katanya.

Izuan dijangka bertembung bekas penyelaras Pakatan Harapan bagi DUN Kota Damansara, Razlan Jalaluddin yang bertanding atas tiket PN, serta Sivarajan Arumugam yang mewakili Parti Sosialis Malaysia.

Beliau berkata meskipun Pakatan Harapan yang sekian lama mentadbir Selangor di belakangnya, dia tidak mengambil mudah cabaran daripada Razlan.

“Kalau di sini, saya yang dilihat ‘underdog’ tapi itu bukan satu penghalang untuk saya,” katanya.

“Saya wakil daripada kerajaan yang menawarkan apa yang ditawarkan menteri besar kepada pengundi.” - FMT

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pudin muka bulan nnpk sangat nipu nyer..

    Sapa Rez Calid nak teman kan PMx jumpa Sultan...

    PMx tu Kan PM Malaysia perlu teman ke nak jumpa Sultan sendiri.!?

    Silap ari bolan nnti China Doll pulak teman kan Bang Non jumpa Sotan...

    Kikiki...bagi alasan bio logik sket...!!

    Simpan bangang tu Sket ...malu kat pengudi

    Akai hado..!?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post