PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata seseorang umat Islam tidak berdosa atau menjadi kafir sekiranya tidak menyokong parti Islam direka manusia.
Beliau berkata parti Islam rekaan manusia itu bukan bersifat suci atau sakral yang tidak mengikat seorang Muslim menyokongnya.
“Mana-mana individu atau kumpulan boleh mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi dakwaan ini mestilah dibuktikan dengan jelas dalam realiti kehidupan.
“Perlu diingatkan, Islam tidak akan tegak dengan slogan semata-mata tetapi ia ditegakkan dengan amalan dalam kehidupan rakyat sejahtera dan berkebajikan di samping pentadbiran negara yang baik, bersih dan cekap.
“Islam boleh ditegakkan secara bijaksana tanpa mencanangkannya kepada umum seperti melaksanakan keadilan sosial, meratakan kebajikan, membasmi kemiskinan, membanteras rasuah dan maksiat dan sebagainya,” katanya menurut Berita Harian dalam kenyataan media.
Semalam, dua Adun pembangkang di Kelantan Dr Hafidzah Mustakim (Kota Lama) dan Syahbudin Hashim (Galas) menuntut Menteri Besar Nassuruddin Daud dari PAS memohon maaf di atas kenyataannya dalam kuliah Jumaat baru-baru ini yang didakwa melabel mereka ‘melawan perjuangan Islam’.
Dalam sedutan ceramah Nassuruddin, beliau berkata: “Terima kasih banyak kepada rakyat Kelate (Kelantan). Mu beri sokongan kepada perjuangan Islam. Alhamdulillah. Orang muda bersemangat, orang tua hok sokmo (sepanjang masa) sokong perjuangan Islam.
“Alhamdulillah sehingga tinggal dua kerusi. Takpolah kena ada jugok, takut orang nak tengok lagu mana hok lawan perjuangan Islam ni. Jadi rakyat boleh tunjuk hok dua tu.”
Bagaimanapun, Nassuruddin yang juga Adun Meranti menafikan dakwaan melabel dua wakil rakyat itu sebagai melawan perjuangan Islam.
Sebaliknya, beliau menegaskan ucapannya hanya menyebut perjuangan Islam, bukannya melawan Islam seperti didakwa - FMT
Tak Berdosa Tolak Parti Islam Rekaan Manusia Sebenarnya..
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Tak ada dalil dlm alquran langsung.
ReplyDeleteUlamak parti lebih taksub akan dunia berbanding akhirat.
Sanggup mengkafir sesama Islam.
Fitnah dan mengumpat dah jadi santapan harian demi kuasa dunia.
Mereka hidup mewah tapi keperluan asas rakyat tidak dipedulikan.Jauh dari sifat para sahabat.
Rakan mereka berdosa, mereka tutup sebelah mata.Orang lain diaibkan dan dimalukan kerana gila kuasa.
Adakah semuanya angkara rambang mata dan termakan wang jana wibawa dan wang cabutan judi.
Jika benar tak heranlah hati jadi hitam.
Pesan nabi di akhir zaman yang merosakkan ummah adalah ulamak yang sayangkan dunia berbanding akhirat.
Hebat mufti ni berani buat kenyataan tersebut.Sebelum ini yg sadis cuma atok dan mahiadin jer berani kata parti tu sesat.Yang lain takut kena kutuk dan kecam atau hilang populariti.
ReplyDeleteDoktrin mereka cukup bahaya sampai ada makcik kata parti lain kafir sampai kiamat.Tak hairan solat dua imam.Tanah kubur asing-asing, majlis kawin asing-asing.Malu wei depan agama lain.
Sekarang dalam zaman teknologi moden dan ilmu berkembang luas rasanya rakyat boleh menilai.
Ahli maksiat belum pasti masuk neraka.
Ahli ibadah belum pasti masuk syurga.
Ilmu tu luas.
Semuanya bergantung pada rahmatNya.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!