Tuan Ibrahim Jawab 'Pendedahan' Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS mendedahkan bahawa PAS pernah bersetuju mengganti agenda negara Islam kepada negara berkebajikan dan tidak mengetengahkan isu undang-undang Hudud semasa bersama DAP dan PKR dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Keputusan itu dicapai dalam perbincangan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan barisan kepemimpinan DAP antaranya Tan Sri Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook dan Lim Guan Eng serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili PKR.

"DAP menolak agenda negara Islam selepas mendapati mereka gagal mengekalkan sokongan orang bukan Melayu manakala hudud dikatakan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, kepemimpinan PAS hari ini perlu berhenti berbohong daripada menjaja naratif bahawa parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana DAP menentang perjuangan negara Islam dan Hudud, sedangkan Pas pernah bersetuju untuk tidak membawa kedua-dua agenda berkenaan semata-mata ingin memenangi pilihan raya.

“Pada tahun 1999 Pas mencapai kemenangan cukup besar iaitu menang 27 kerusi Parlimen, hadirin sekalian itu kemenangan yang cukup hebat selepas berlaku reformasi.

“Tetapi DAP kalah teruk di mana Kit Siang kalah di Bukit Bendera, Karpal Singh kalah di Jelutong. Isu utama pada waktu itu adalah isu negara Islam. Sebab pengundi Tionghua tidak gemar dengan isu negara Islam. Selepas 1999 DAP keluar daripada BA dan 2004 mereka bertanding lawan dengan Barisan Nasional (BN) tidak bersama dengan BA. Hasilnya DAP menang 12 kerusi.

“Menjelang 2008 usaha untuk menggabungkan kerjasama Pas, DAP, PKR berterusan dibuat oleh berbagai pihak. DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan Pas bersetuju gantikan negara Islam dengan negara berkebajikan,” katanya ketika berucap di Ceramah Kelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Taman Sri Kasih di sini, malam tadi.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ‘Kerajaan Berkebajikan’ sebenarnya tidak bertentangan dengan konsep ‘Negara Islam’ yang diperjuangkan PAS, dan ia digunakan selepas perbincangan mendalam oleh parti itu.

“Bahkan beliau (Mohamad) juga menerima slogan tersebut. Ia bukan menggantikan atau mengubah dasar perjuangan PAS,”

Berikut adalah laporannya..

PETALING JAYA: PAS menepis dakwaan Presiden Amanah Mohamad Sabu bahawa PAS menggugurkan ‘negara Islam’ apabila ia menggunapakai konsep ‘kerajaan berkebajikan’.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ‘Kerajaan Berkebajikan’ sebenarnya tidak bertentangan dengan konsep ‘Negara Islam’ yang diperjuangkan PAS, dan ia digunakan selepas perbincangan mendalam oleh parti itu.

“Bahkan beliau (Mohamad) juga menerima slogan tersebut. Ia bukan menggantikan atau mengubah dasar perjuangan PAS,” katanya kepada FMT.

Semalam, Mohamad ketika mendakwa PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat bukan kerana hudud tapi nak bersama Umno berkata isu ‘Negara Islam’ selesai pada 2009 apabila PAS setuju menggantikannya dengan ‘Kerajaan Berkebajikan’.

Penerangan itu menyusuli laporan bahawa Hadi ketika berceramah di Johor pada Sabtu lalu mendakwa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana DAP enggan menerima hudud.

Menjawab dakwaan Mohamad bahawa PAS memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamar pada 2015 tanpa perbincangan panjang, Tuan Ibrahim menjawab DAP juga pernah meninggalkan kerjasama lain, misalnya Barisan Alternatif menjelang PRN Sarawak pada 2001.

“Kerana kononnya bimbang dengan gabungan BA, sokongan DAP akan merosot. Ternyata DAP ditolak oleh pengundi di Sarawak. Akhirnya DAP menyertai semula gabungan selepas PRN Sarawak,” katanya.

Tuan Ibrahim menambah sejarah menunjukkan parti yang bergabung dengan DAP akan ditolak oleh pengundi Melayu.

“Lihat sokongan kepada PKR, Amanah bahkan sekarang Umno merosot kerana kerjasama dengan DAP,” katanya.

Barisan Alternatif merupakan gabungan tidak rasmi antara PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional, Parti Rakyat Malaysia, dan Parti Sosialis Malaysia yang ditubuhkan pada 1998.

Kerjasama rasmi antara pembangkang terbentuk pada 2008 menerusi Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh PAS, DAP, PKR, dan Parti Kebangsaan Sarawak.

DAP pada 2015 bertindak memutuskan hubungan dengan Hadi, diikuti Muktamar PAS membuat keputusan membatalkan kerjasama politik dengan DAP pada tahun sama.

Susulan perselisihan itu, Pakatan Harapan dibentuk oleh PKR, Amanah, DAP, dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu pada 2015 - FMT

Mungkin Mat Sabu dah terlupa kot yang dia sendiri setuju dan terima slogan ‘Kerajaan Berkebajikan’ tu..

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini mmg pro pn n pas.. Jadi mmg tak puji pmx n kerajaan perpaduan lah

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah ruu355 hanyalah retorik politik utk mengaburi mata dan hati umat Islam.Setelah umno bersetuju menerima ruu355 pun masih juga umno difitnah sebagai kapir dan menolak Islam.
    Senang kita permudahkan urusan presiden pas agar melaksanakan ruu355 di negeri majoriti Islam dan dimenangi mereka pada pru15 dan prn yang lepas.Sebagai Islam kita sokong penuh.
    Tak perlu berdolak dalih sekejap bentang, sekejap tangguh dan senyap terus sehingga tamatnya riwayat penyair.
    Seperti yang dikatakan sebelum ini presiden pas turut mempersoalkan badan pengampunan dalam negara.
    Tiada hal kerana itu hak dia ikut dalil.
    Tetapi pernah atau tidak dia memohon ampun dan maaf kepada para waris tragedi memali yang terkorban akibat amanat dan fatwa songsangnya.
    Tak perlu dikatakan soalan syaitan untuk menutup kemaluan sendiri kerana belum tentu ditutup jika dah berada di alam kubur.
    Ramai waris mangsa yang perlu diminta pengampunan atas kesilapan amanat dan fatwa songsang anda.
    Lakukan sebelum terlambat.
    Ahli maksiat belum pasti masuk neraka.
    Ahli ibadah belum pasti masuk syurga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post