UNDUR! UNDUR!.. UNDUR ZAHID!!

TIDAK ada tanda-tanda gelombang hijau yang dikaitkan peralihan besar sokongan pengundi Melayu terhadap parti PAS serta Perikatan Nasional (PN) akan mereda, kata penganalis politik

Mereka memberitahu, gelombang hijau akan semakin kuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika tiada usaha agresif dilakukan parti kerajaan perpaduan.

Antanya Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir yang melihat ia berkait persepsi bahawa kerajaan perpaduan tidak berupaya tangani masalah dan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Katanya Umno paling terjejas dengan gelombang tersebut apabila ramai pengundi Melayu yang dahulu mengundi parti tersebut kini beralih kepada PN.

Namun jika Umno mengubah barisan pemimpinnya termasuk mengundurkan Ahmad Zahid sekalipun, parti itu tidak akan berupaya untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Melayu.

Jelasnya, pengundi yang selama ini menyokong Umno juga menjauhi parti tersebut disebabkan kerjasama dengan DAP dan gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Kalau ganti Zahid pun (sukar). Orang Umno ini sudah kecewa ahlinya, pemimpinnya, jadi untuk bangkit semula itu sukar.

“Tambahan lagi dengan faktor kerjasama PH dan DAP, lagilah pengundi akan lari daripada Umno,” katanya.


Gelombang hijau itu memberi kemenangan besar kepada PN yang menang 146 kerusi daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

PN menafikan majoriti dua pertiga Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di Selangor dengan menang 22 kerusi.

PN juga cemerlang di Terengganu dengan menang kesemua 32 kerusi DUN, Kelantan 43 kerusi dan Kedah 33 kerusi.

Peningkatan sokongan juga berlaku di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan biarpun kalah di dua negei itu.

Mengulas lanjut, Jeneri tidak yakin PH dan BN mampu mengubah persepsi orang Melayu terhadap mereka dalam tempoh sebelum PRU16.

“Susah sebab ia gelombang massa. Saya tidak nampak boleh tersekat di tengah jalan. Kawal mungkin boleh tapi nak matikan sepenuhnya untuk tempoh empat tahun ini sukar.

“Melainkan ada sesuatu yang besar berlaku dalam PN barulah akan memberi situasi berbeza,” katanya.

Penganalisis Universiti Sains Malaysia Azmil Tayeb pula berpendapat fenomena itu tanda majoriti orang Melayu memilih PN sebagai parti terbaik untuk mewakili kepentingan Melayu dan Islam.

“PN sekarang adalah BN yang dulu semasa ia di puncak kekuasaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau percaya PH dan BN dapat meraih semula kepercayaan kaum Melayu dengan membuat rombakan dan pembaharuan dalam kepimpinan parti termasuk mengundurkan Ahmad Zahid.

“Umno perlu melalui reformasi besar dalam parti untuk menarik semula sokongan orang Melayu bermula dengan pengunduran presiden parti.

“Manakala BN boleh memperkenalkan dasar ekonomi yang menguntungkan golongan B40 yang majoritinya orang Melayu.

“Kerajaan juga boleh mensosialkan agenda dan nilai progresif dan inklusif di masjid, surau, sekolah dan pengajian agama sebagai cara melawan naratif yang dibawa PN,” katanya.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali pula melihat keputusan PRN baru-baru ini sebagai manifestasi fenomena dalam PRU15 yang kini semakin kuat.

Oleh itu beliau berkata kerajaan perpaduan perlu memberi tumpuan kepada agenda Melayu Islam untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

“Terutama Umno mereka dahulu merupakan parti lama yang memperjuangkan Melayu Islam imej itu perlu dikembalikan semua,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga perlu menumpukan usaha mendekati golongan muda termasuk memberi kesedaran politik kepada golongan itu melalui program yang dirangka.

“Golongan musa ini kerana mereka banyak yang keliru dengan naratif politik terutama berumur 18-19 tahun jadi mereka amat mudah dimanipulasi kerana terdedah di media sosial.

“Kerana itu golongan tersebut perlu bimbingan. Kerajaan perlu adakan modul cintakan negara seperti Program Latihan Khidmat Negara,” katanya - TMI

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila tersungkur sikit suruh undur.
    Digesa pulak oleh para pemimpin yg periuk nasinya kurang berasap.
    Kurang dan tiada projek.
    Hanya bergantung kpd politik utk mengaut kekayaan sampingan.
    Pengikut pula dihasut agar bersetuju.
    Kenapa parti lain mampu jatuh dan bersabar?

    ReplyDelete
  2. Dulu minta najib undur tak berubah juga umno.
    Yang cilaka bila manusia yg kuat menjilat najib serta merta mengutuk dan mengata najib secara terbuka tanpa berselindung.Optimis sungguh hajat nak jadi presiden parti.
    Jadi kabinet abahcow bukan main puji dan jilat bapak jana wibawa.
    Masa kempen pru15 sempat berkempen memburukkan parti.
    Konon optimisnya dia nak jadi panglima dgn memburukkan orang lain.Nak naik cepat semoga jatuh pun cepat.

    ReplyDelete
  3. Hampir 60 Negara hadir sidang Summit BRICS di Afrika Selatan... Agenda utama new currency (R5) BRICS hapuskan kuasa Dollar Amerika...

    Bang Non kerajaan Madani Masih menagih nasihat IMF World Bank dan Amerika Syarikat

    Madani simbol kerajaan Freemason

    Dollar Amerika Nak runtuh disidang summit BRICS esok 22.8.2023

    Bodoh bang non bodoh....

    Bila anggota BRICS currency simbol R5 akan muncul pada 22.8.2023 di South Africa

    Iaitu 1R5 = 55 USD

    Makna nya haper...!?

    Semua orang especially Amerika, Eurpo, UK , France , Aussie dan sekutu USA termasuk Singapura akan memgalami defecit matawang menyebabkan nilai Dollar merudim terutama Rakyat dan selebriti USA.

    Jika Harga roti katakana di USA 2 USD maka mereka akan import bahan roti dan menjual roti di USA maka Harga Kan melambung sekitar

    2 X 55 = 110 USD hanya sebuku roti

    Selamat muflis USA... Gud Bye Dollar gud Bye IMF dan World Bank...

    Saya ulangggg...

    Bodoh bang non bodoh....hamba USA, IMF dan World Bank...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau yg komen tu pakar dlm bidang ekonomi..ada gelaran master dlm bidang ekonomi ok la..ni sindrom dgar ceramah dari sesetgah utz yg x tau bab ekonomi..nak smbng bab ekonomi..pengikut yg taksub angguk jer cam burung belatuk..madani simbol freemason la..bodoh tu jgn disimpan utk anak cucu..

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post